Friday, 6 April 2012

KZKP : Puteri UMNO Seremban Ke Dun Nilai (06hb.April 2012)


SEREMBAN

KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI
KE
DUN NILAI
(06hb.April 2012 - Jumaat)


Selepas semalam di Dun Ampangan, hari ini tibalah pula giliran rombongan Kunjungan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bahagian Seremban ke Dun Nilai.


Seperti biasa kunjungan ini amatlah dinantikan oleh mereka yang kurang bernasib baik malah sambutan serta penerimaan mereka dengan kehadiran kami amat bermakna kepada mereka.


Pendekatan program ini, dapat dirasai, menyentuh jiwa dan sanubari mereka serta rombongan Puteri UMNO bahagian Seremban. Hingga membuatkan ada diantara kami mengalirkan air mata apabila melihat serta mendengar penderitaan dan kisah sedih mereka. Setidak-tidaknya dengan kunjungan ini dapat memberi sedikit cahaya serta sinar kegembiraan kepada mereka semua.


Kepada pembaca semua yang mempunyai maklumat tentang mereka yang susah/kecacatan dan menerima musibah, bolehlah emailkan ke : srikandimasyarakat@yahoo.com


Saya juga, mengalu-alukan kepada anda yang ingin turut sama dalam siri kunjungan ini dan kepada dermawan/budiman yang ingin menghulurkan sumbangan atau bantuan kepada bakal penerima bagi program seterunya bolehlah berhubung terus dengan urusetia program di Bilik Gerakan Puteri UMNO Seremban di College Height Sikamat Seremban atau emailkan kepada alamat diatas untuk tindakan susulan. Sumbangan anda amat bermakna dan besar ertinya kepada penerima.


" Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pasti mendatang "
 

 Kunjungan Ziarah Kasih Puteri ke rumah nenek Simah Bt. Samek.


Nenek Simah merupakan warga emas dan ibu tunggal yang tinggal di Kampung Mantin Dalam. 


 Kunjungan Ziarah Kasih Puteri seterusnya ke rumah Pn.Siti Normala Bt.Nasir yang baru sahaja kehilangan suami tercinta pada 19hb.Mac yang lepas dan kini membesarkan anak seramai 4 orang tanpa suami disisi.


Bersama anak kecil Pn.Siti Normala yang berusia 8 bulan.

 

Seterusnya ke rumah Adik Mohd Rashid B.Darus yang mengidap Down Sindrom. Beliau tinggal bersama kakaknya yang juga merupakan seorang ibu tunggal.


 Adik Mohd Rashid disematkan lencana Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan datang di Putrajaya.


 Terpancar kegembiraan pada wajah adik Mohd Rashid apabila dapat bertemu, bermain dan bergurau 
dengan 'Abang Kembarnya' di Kampung Batang Benar, Nilai.

 Berkunjung ke rumah nenek Juriah Bt. Darus yang mengidap kencing manis yang serius dan tidak boleh berjalan lagi. Turut serta Ketua Wanita UMNO Caw. Nilai, Puan Masitah Bt.Ahmad.


Nenek Juriah Br.Darus menerima sedikit sumbangan dan buah tangan daripada Pergerakan Puteri Umno Bahagian Seremban.

 Membuat lawatan ke rumah terakhir iaitu rumah nenek Esah Bt.Maidin. Nenek ini mengidap penyakit darah tinggi dan tinggal bersama anaknya.


Menerima pelukkan dari nenek Esah yang berusia 73 tahun menganggap kami semua seolah cucunya sendiri.


Melihat kesan rumah nenek ini yang baru sehari dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda persekitaran kampung ini.


Insya'allah, program seperti ini akan terus dilaksanakan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik agar rakyat dapat melihat serta merasai keperihatinan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional dalam usaha membantu serta membela nasib rakyat Malaysia. 


Sepertimana yang diwar-warkan oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dapat diterjemah dengan ertikata sebenar dalam perjuangan ini.

 
Salam Perjuangan
 
 
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Puteri UMNO Malaysia
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban 
MKT Gerakan 4B Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.





Untukmu Belia 47 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"
 
   




KISAH SAMA, PARTI BERBEZA : Azmin Ali kena ikut cara Shahrizat Abd.Jalil


SEREMBAN



Saya ingin mencoretkan 2 cerita yang hampir sama tetapi dari parti yang berbeza. Iaitu berkaitan kisah NFC yang cukup "panas" baru-baru ini dan kisah pendedahan milikkan saham bernilai RM 2juta oleh Timbalan Presiden PKR Azmin Ali.


Apabila timbul isu NFC, maka ramailah juak-juak parti pembangkang mendesak agar Shahrizat meletakkan jawatan sedangkan yang mentadbir urusr NFC adalah suaminya. Maka terkorbanlah Shahrizat seperti kambing hitam jawatan Menteri yang disandangnya kerana terpalit (kononnya) dengan isu NFC. Maka beliau melepaskan jawatan itu. Ianya merupakan suatu tindakan yang cukup berani dan bertanggungjawab demi menjaga kreabiliti dan persepsi umum.


Lain pula kisah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang terus membisu terhadap lima perkara yang dinyatakan Datuk Dr.Hasan Ali termasuk

  • Sumber kewangan Ahli Parlimen Gombak itu serta isterinya, Shamsidar Taharin yang membeli saham bernilai RM2 juta antara tahun 1992 hingga 1994.  

  • Azmin juga dicabar menafikan dakwaan bahawa beliau serta isterinya termasuk seorang ipar memiliki saham bernilai RM8.5 juta pada awal tahun 1990-an adalah tidak benar.

  • Azmin juga perlu menafikan tuduhan yang dibuat dalam buku karangan Syed Hussin Al-Attas bertajuk ‘Tuhan, Politik dan Seks’ yang diterbitkan pada tahun 2010 termasuk cabaran penulis-penulis blog untuk menentukan kesahihan nasab biologi seorang lagi ahli keluarga beliau.

Jadi jalan cerita ini adalah sama. Ahli-ahli PKR juga mendesak agar Azmin Ali menyatakan pendirian dan kebenarannya dan segera meletakkan jawatan jika tuduhan itu adalah benar.


Dimanakah keberanian serta rasa tanggungjawab beliau sebagai seorang pemimpin? Pujian dan keberanian serta rasa tanggungjawab Shahrizat harus dipuji dan diikuti semua.


Kepada ahli parti pembangkang, lihatlah dengan mata hati kita sendiri. Adakah kepimpinan seperti ini yang ingin diangkat dan dijulang sebagai pemimpin? Buatlah penilaian dengan sewajarnya sebelum tiba hari pengundian.


Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 47 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"






Renungan Bersama.



KELEBIHAN HARI JUMAAT

 

Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu

1) Allah ciptakan Adam.

 

2) Allah turunkan Nabi Adam ke bumi.

 

3) Allah mematikan Nabi Adam.

 

4) Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu,  kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.

 

5) Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.


 

( Riwayat Hadis Muslim)

 

 

 

 

 

Thursday, 5 April 2012

KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI KE DUN AMPANGAN (05hb.April 2012)


SEREMBAN




Hari ini 05hb.April 2012 (Khamis) selepas selesai sahaja program bersama Isteri Perdana Menteri dan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Negeri Sembilan, sekali lagi saya mengetuai Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban bersama ahli jawatankuasa serta ahli puteri membuat Kunjungan Ziarah Kasih Puteri (KZKP) ke Dun Ampangan bagi menziarahi dan melawati 4 buah keluarga yang kurang bernasib baik serta memerlukan perhatian dari keperihatinan kita semua.
Seperti biasa, kehadiran rombongan kami disambut dengan penuh mesra dan mereka amat berbesar hati dengan kunjungan yang dibuat ini. Pergerakan Puteri UMNO Seremban juga menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada penerima-penerima yang dilawati di Dun Ampangan. Ada diantara mereka yang menerima kerusi roda bagi tujuan mempermudahkan pergerakan.

 Jadual Esok
06hb.April 2012 (Jumaat) - DUN Nilai

Berkumpul Jam 5 ptg -Depan BSN Mantin
 
Kepada mereka yang mempunyai maklumat tentang mereka yang susah/kecacatan dan yang menerima musibah, bolehlah emailkan ke : srikandimasyarakat@yahoo.com    

Sekali lagi, saya menyeru kepada mereka yang ingin turut sama menyertai ataupun menghulurkan Sumbangan/ Bantuan (Swasta / NGO / Orang Perseorangan) kepada mereka ini atau untuk siri-siri berikutnya bolehlah berhubung terus dengan urusetia di Bilik Gerakan Puteri UMNO Seremban di College Height, Sikamat. Seperti pepatah ini :-


"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".



 Kunjungan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bah.Seremban ke rumah Makcik Jain Bibi 
@ Kamisah bt.Abd.Kadir di Jiboi Baru Ampangan.

 Beliau mengidap sakit saraf dan lumpuh anggota badan sebelah kiri.


 Puteri UMNO Bahagian Seremban menyampaikan sumbangan berupa kerusi roda kepada Makcik Jain Bibi @ Kamisah bt.Abdul Kadir dan mendoakan agar kesihatannya bertambah elok.


Melawat Bendahari Wanita UMNO Cawangan Ampangan Barat, Makcik Mok Che bt. Abu Bakar yang mengidap sakit saraf tulang.

Rombangan Kunjungan Ziarah Kasih Puteri bergambar bersama Makcik Mok Che bt.Abu Bakar dan kelihatan juga Saudara Ros Sahar, Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat BN Dun Ampangan.

Menziarah seorang Ibu Tunggal, Pn.Nor Simah bt.Mohamed Rose yang mempunyai 2 orang anak yang masih bersekolah. Malangnya beliau tiada pekerjaan dan pendapatan bulanan yang tetap.

Menziarah Makcik Aziman bt.Abu Hasan yang mengidap kencing manis dan darah tinggi yang serius.


Salam Perjuangan,

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"   
Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 48 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"

Sekitar Kempen Bersama Menjaga Alam Sekitar & Turun Padang Pandu Puteri Malaysia



Kempen Bersama Menjaga Memelihara
Alam Sekitar 
dan 
Pandu PuteriTurun Padang
Bertempat :
Di Bangunan Pandu Puteri Malaysia Cawangan N.Sembilan
Jalan Dato'Abdullah Seremban.
Tetamu Kehormat :
Y.Bhg.Datin Seri Utama Rosmah Bt.Mansor
Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia
Pada  :
05hb.April 2012 (Khamis)
Jam 2.30 petang


Y.Bhg Datin Seri Utama Rosmah Mansor bersama YAB. Menteri Besar Negeri Sembilan
berada di pentas utama sempena Kempen Bersama Menjaga Alam Sekitar dan Pandu Puteri Turun Padang.


Ucapan Perasmian oleh Y.Bhg. Datin Seri Utama Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri Malysia



Bersama YB.Datuk Zainab Bt. Nasir
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesejahteraan Masyarakat


Salam Perjuangan,

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"   
Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 48 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"


ISU LGBT : Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender ke Parlimen



SEREMBAN


Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim akan membawa usul di Dewan Rakyat minggu depan bagi melarang golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) daripada menjadi ahli Dewan Rakyat serta Dewan Negara.

 

Menurut Zahrain yang mewakili Konsensus Bebas, usul itu perlu dibawa kerana gaya hidup LGBT adalah dilarang di negara ini dan aspek agama Islam sebagai agama rasmi di negara ini perlu dipelihara.


Kalau layak menjadi ahli Dewan Rakyat, ia bermakna individu itu layak menjadi Perdana Menteri, kita tidak mahu Perdana Menteri kita pusing satu dunia dengan pasangannya yang sama jenis, ini akan memberi impak buruk kepada negara.


Beliau sedang mengarang usul mengenai perkara ini dan mungkin pada Isnin depan akan dibentangkan di Dewan dengan izin daripada Speaker Dewan Rakyat.


Saya merasakan bukan setakat LGBT sahaja tetapi juga kepada mereka yang mempunyai ciri atau condong kearah Kaki Perempuan, Kaki Botol, Kaki Judi, Kaki Rasuah, Kaki Songlap @ Kaki Rembat. Kaki Pukul @ Kaki Gengster dan sebagainya harus dinafikan hak sebagai Ahli Parlimen.


Marilah kita fikirkan bersama.

 

Salam Perjuangan,



"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
 
Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia.
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 48 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"



BISEKSUAL : Lebih baik saman daripada memberi ugutan?


SEREMBAN


Satu lagi budaya politik pembangkang adalah ugutan. Ugutan telah menjadi perkara biasa kepada pihak pembangkang agar matlamat mereka untuk mengusai Malaysia tercapai. Baru-baru ini, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP) Datuk S.Nallakaruppan menerima sepucuk surat berunsur ugutan setelah beliau mendakwa penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin biseksual. 

 

 

Isi kandungan surat satu muka surat yang bertulisan tangan itu sangat marah dengan kenyataan yang dibuat Nalla mengenai Anwar, malah penulis mengugut Nalla dan peguamnya, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, untuk ‘berhati-hati’. Dalam surat itu juga ada disebut perkataan ‘pariah’.

 

Nallakarupan tetap dengan pendiriannya bahawa Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Pembangkang itu seorang biseksual.

 

 

Bekas rakan karib Anwar itu juga berkata beliau sanggup disaman walaupun RM500 juta kerana mendakwa mempunyai bukti yang boleh menyokong kenyataannya dan bersedia mendedahkannya di mahkamah.

 

Ini juga sebahagian daripada budaya politik pembangkang yang lebih menjurus kepada keganasan dan menghalalkan cara sepertimana saya lakarkan dalam penulisan saya yang terdahulu. Sedangkan negara kita ini mempunyai undang-undang dan kita sebagai rakyat Malaysia berhak menggunakan saluran tersebut. 

 

Kenapa tidak digunakan saluran mahkamah untuk mencari kebenaran? Sahutlah cabaran Nalla dengan menyamannya sepertimana yang dikehendaki beliau.

 

 

Adakah pemimpin parti pembangkang seperti ini layak menjadi pemimpin negara kita? Penuh dengan agenda tersendiri serta tipu muslihat sehinggakan kawan karib sendiri sanggup berpaling tadah kerana tidak sanggup bersekongkong dengan apa yang dilakukan oleh Ketua Pambangkang ini. Ianya terbukti dan jelas berapa ramai orang kanan Parti Keadilan yang keluar parti. 

 

Oleh yang demikian, saya ingin mengajukan soalan kepada ahli parti pembangkang yang lain, " Anda bila lagi untuk berbuat demikian"? Sedar dan insaflah, kebenaran pasti akan menjelma jua.


Salam Perjuangan,



"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia.
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 48 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"