Saturday 10 March 2012

HAYATI LAH PUISI INI SANG ANAK

Hayatilah puisi ini sang anak...

saatmu berusia 1 bulan..
ibumu bertarung nyawa melahirkanmu..
kau balas dengan tangisan yang x henti2..

saatmu berusia 2 bulan..
ibumu berpantang menahan selera makan..
kau balas dengan meminum susunya..

saatmu berusia 3 bulan..
ibumu berjaga malam menemanimu..
kau balas dengan rengekan dan demam..

saatmu berusia 4 bulan..
ibumu mengikut setiap kali kau meniarap..
kau balas dengan bajumu yg kotor..

saatmu berusia 5 bulan..
ibumu terpaksa berkejar memerhatikan prgerakanmu..
kau balas dengan tangisan kelaparan..

saatmu berusia 6 bulan..
ibumu melihat kau mula merangkak..
kau balas dengan tak tidur malam..

saatmu berusia 7 bulan..
ibumu bersengkang mata melihat kau mengutip makanan di lantai..
kau balas dengan sepahkan barang..

saatmu berusia 8 bulan..
ibumu setia merapatimu..
kau balas dengan luka di kepala..

saatmu berusia 9 bulan..
ibumu menyapu sampah di lantai siang malam..
kau balas dengan tumpahkan air di merata tempat..

saatmu berusia 10 bulan..
ibumu melipat kemas pakaianmu..
kau balas dengan menyepahkannya..

saatmu berusia 11 bulan..
ibumu mengajar dirimu berjalan..
kau balas dengan demam di malam hari..

saatmu berusia 12 bulan..
ibumu bertepuk tangan melihat kau berjalan..
kau balas dengan pacahkan cermin almari..

saatmu bergelar kanak2..
ibumu membelai dengan kasih mesra..
kau balas dengan rajukan memanjang..

saatmu bergelar remaja..
ibumu mengikut saja kehendakmu..
kau balas dengan ego dan sikap burukmu..

saatmu bergelar dewasa..
ibumu berdoa siang malam agar kau bahagia..
kau balas dengan menghantarnya ke rumah kebajikan..

saatmu di alam kematian..
ibumu memaafkan segala kesalahanmu..
kau balas dengan gelaran ANAK DERHAKA..

ALLAHU AKBAR..
wallahualam..
Nukilan : Perindu Kedamaian.

Bicara Minda Paradigma Srikandi

Prasangka Buruk Memakan Diri Kita Kelak...

Kepada pembaca PS yang budiman, hari ini PS ingin mengajak semua tentang kesan atau akibat jika kita Prasangka Buruk sesama kita kerana ianya akan memakan diri kita jua akhirnya. Secara jujur Prasangka Buruk ini berlaku didalam kita menjalankan kehidupan harian kita tanpa kita sedari.

Ini kerana HATI manusia tidak dapat dikawal untuk mereka fikir, kata dan tuduh apa saja. Itu semua di luar jangkaan kita. Ilmu dan kehendak mereka itu kemudian akan menghasilkan tindakan dan pelbagai tindak-tanduk yang diluar jangkaan.


Jika baik hati mereka, maka baiklah cakap mereka, baiklah layanan dan sangkaan mereka. Tetapi jika hati kotor, apa lagi tindakan akan diterjemahkan segala hitam yang bersarang di hati itu. Sebenarnya yang mengukur baik dan buruk seseorang bukannya manusia kerana mereka tidak mempunyai kuasa melakukannya.

Yang paling mengetahui apa yang ada dalam hati kita ialah Allah. Dialah yang menilai kebaikan kita, memberi rezeki serta memberi kehidupan kepada kita.Manusia memang suka bersangka-sangka. Apa lagi sangkaan yang buruk. Hati, akal dan mata selalunya tidak seiring.


Mata melihat, otak memproses manakala hati mentafsir. Contohnya, jika hati yang berbaur dosa dan dengki akan mentafsir kecantikan seseorang, dia akan kata perempuan itu memakai susuk.

Demikian juga apabila bercakap banyak dikata hendak tunjuk pandai. Apabila diam tidak bercakap pula dikatanya sombong.

Memang manusia punya hak untuk bersangka. Jika yang baik punya sangka empunya diri yang untung. Hati tenang, minda damai, jiwa harmoni, disenangi dan mudah mendapat kawan.

Jika sangkaan itu buruk, jiwa pastinya akan sengsara. Banyak fikir mengenai orang, darah pun naik. Pendek kata semua tidak kena.

Sebab semua hal orang dia hendak fikir dan tafsir, sedangkan diri sendiri tidak difikirkan. Tabiat bersangka buruk terkena pada semua golongan tidak kira orang tua dengan cara dan kepakarannya manakala orang muda dengan kehangatannya.

Jika kita hendak layan semua sangka buruk orang dan semua hati kita hendak jaga, alamatnya makan hatilah kita.

Lihatlah kisah dan sejarah Luqman al-Hakim dengan anaknya yang menaiki seekor keldai. Dalam perjalanan orang kata: “Ada ke patut dua beranak naik keldai, kesian keldai tu.” Selepas itu, Luqman duduk di atas keldai dan anaknya tarik dari bawah. Orang kata juga: “Ada ke patut bapa biarkan anaknya menarik dari bawah.”

Kemudian mereka bertukar posisi lain pula, anak naik keldai manakala Luqman pula yang tarik dari bawah.

Orang mengata juga, anak macam itu buat ayahnya macam hamba. Justeru, cara terbaik ialah merawat kembali penyakit buruk sangka.

Berubahlah dengan memperbaiki diri sendiri. Membaiki diri bersungguh-sungguh dengan membersihkan hati daripada sifat keji (mazmumah) kepada sifat terpuji (mahmudah).

Perhatikan juga siapa kawan di sekeliling kita. Adakah kawan kita itu mendorong ke arah kebaikan atau keburukan?

Jika kita dapat menewaskan nafsu jahat dalam diri sendiri, nescaya kemenangan hidup pasti berpihak kepada diri kita.

Proses berubah jadi baik mungkin tidak semudah disangka, namun sekiranya hati dan akal sudah bertekad dan ada kesungguhan, Allah pasti permudahkan jalannya.

Ruang untuk perbaiki diri sentiasa ada dan terbuka. Justeru, tepuk dada tanya diri. Mahu berubah atau tidak?
Prasangka Buruk adalah Racun Kehidupan