Monday 6 August 2012

Jangan pandang sepi golongan gelandangan


PBDB DAN PUTERI SEREMBAN TELAH BERGANDING BAHU UNTUK MEMBERI MAKANAN JUADAH SAHUR UNTUK GELADANGAN DI HOT SPOT KL .Gelandangan (orang-orang merempat) di Kuala Lumpur kini mencecah 2,500 orang dan ada lebih 500 orang adalah gelandangan tegar. Yang menyedihkan ialah, hampir 80 peratus gelandangan adalah terdiri dari kalangan orang Melayu. 

Antara faktor mengapa gelandangan ini semakin berleluasa ialah kerana kemiskinan. Gelandangan berbeza dengan "pengemis". Anon (1980) menyatakan "Gelandangan" ialah orang-orang yang hidup dalam keadaan tidak sesuai dengan norma kehidupan yang layak dalam masyarakat setempat, serta tidak mempunyai tempat tinggal dan pekerjaan yang tetap di wilayah tertentu dan hidup mengembara di tempat umum. 

Sedangkan, pengemis adalah orang-orang yang mendapatkan penghasilan dengan meminta-minta di muka umum dengan pelbagai cara dan alasan untuk mengharapkan belas kasihan dari orang lain. 

p/s : Terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Apa juga istilah kepada mereka, mereka tetap manusia biasa seperti mana kita. Mungkin nasib kita lebih baik dari mereka.  

Salam perjuangan

"Suara Belia / Anak Muda Bersatu. Tidak dapat dikalahkan."






Ikhlas,
Wan Salwati Hj Abdullah


Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
Ahli Majlis Tertinggi Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan

[Fixed Deposit] : Kg Daching Kg Barisan Nasional




Sejurus Mesyuarat EXCO, saya memenuhi jemputan di Masjid Daching iaitu Majlis Berbuka Puasa dan Penyerahan Sumbangan Baitulmal (MAINS), sebagai Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban, di mana Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan ke Majlis Berbuka Puasa bersama penduduk Daching, Lenggeng.

Kehadiran Menteri Besar Negeri Sembilan itu, dinanti-nantikan oleh penduduk Kg Daching, Lenggeng.

Sesuai dengan namanya, Insya Allah Kg Daching sudah semestinya menjadi fixed deposit Barisan Nasional di sini.

Keputusan Menteri Besar yang juga Pengerusi MAINS menyalurkan sumbangan zakat melalui Baitulmal sangat dinanti-nantikan oleh golongan asnaf. Sekurang-kurangnya, ini meringankan perbelanjaan menghadapi hari raya tidak lama lagi.

Pada malam tersebut bukan sahaja Baitulmal (MAINS) mengulurkan bantuan, malah Lembaga Tabung Haji turut memberi sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Paling mengembirakan, LTH mengeluarkan bonus kepada kumpulan asnaf yang diselia olehnya sebanyak RM500 seorang.

Bersyukur dengan kurniaan rezeki Allah Taala.









Masih Belum Terlewat : Selamat Ulangtahun Puteri UMNO ke-11 tahun

SEJARAH PUTERI UMNO


Penubuhan Puteri UMNO dipersetujui secara prinsip oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti pada 10 Julai 2000 bertujuan untuk menarik lebih ramai golongan wanita muda menyertai UMNO. Bagaimanapun tarikh 16 Oktober 2000 mencatat satu lagi sejarah bagi UMNO kerana Majlis Kerja Tertinggi bersetuju secara rasmi menubuhkan Puteri UMNO – satu lagi gerakan penting dalam parti.

Cadangan penubuhan Puteri UMNO ini diputuskan oleh Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Julai 2000. Majlis Tertinggi bersetuju secara prinsipnya menubuhkan Puteri UMNO bagi memenuhi keperluan golongan wanita muda yang berminat menyertai parti itu.

Justeru, pada 9 April 2001 hari Isnin, Puteri UMNO dengan rasminya diperkenalkan kepada umum. Bagi merealisasikan Puteri UMNO sebagai barisan yang mampu bertindak secara profesional dalam parti di kalangan wanita muda, YB Datuk Azalina telah dilantik menjadi Ketua Penaja Puteri UMNO. Bersama beliau juga dilantik beberapa barisan Exco yang mampu mendukung cita-cita parti mengekalkan kedaulatan Melayu.

Pada 3 Ogos 2001 tercatat satu lagi sejarah dalam kamus parti UMNO apabila sayapnya, Puteri dilancarkan oleh YAB Presiden UMNO, Tun Mahathir Mohamad di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Selepas berusia 55 tahun, akhirnya UMNO mengambil keputusan untuk ‘melahirkan’ seorang puteri bagi memantapkan barisan perjuangan yang sedia ada sejak 1946. Puteri UMNO yang diilhamkan sendiri oleh Presiden UMNO, adalah pelengkap kepada Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Wanita UMNO yang sedia ada.

Puteri UMNO dicadangkan kepada wanita Bumiputera yang berusia 18 hingga 40 tahun tetapi setelah dibahaskan di dalam MKT, had umur yang dipersetujui ialah 18 hingga 35 tahun. Oleh yang demikian, setiap wanita warganegara Malaysia berstatus Bumiputera berusia 18 hingga 35 tahun boleh menjadi ahli Puteri UMNO.

PERHIMPUNAN AGUNG UMNO

Pada 20 hingga 23 Jun 2001 adalah julung kali Perhimpunan Agung UMNO menerima ‘tetamu baru’ apabila 25 pemimpin PUteri menyertai perhimpunan tersebut. Biarpun bertaraf pemerhati, delegasi Puteri yang menyertai perhimpunan itu mendapat perhatian banyak pihak terutamanya media dan pemimpin tertinggi parti. Paling membanggakan apabila Ketua Puteri , Azalina Othman Said berucap pada hari kedua perhimpunan tersebut iaitu 22 jun 2001. 

Dengan suara lantang penuh sopan, beliau menyuarakan segala cita-cita Puteri dan arah tuju Puteri dalam usaha berjuang bersama pemimpin lain. Beliau juga menjelaskan bahawa perjuangan Puteri adalah selari dengan sayap UMNO yang lain cuma pendekatan yang sedikit berbeza dilakukan bagi disesuaikan dengan sasaran. 

Perhimpunan ini juga adalah kesempatan kepada pemimpin Puteri untuk beramah mesra dan mengenali sekian ramai ahli UMNO yang menyertai perhimpunan tersebut sama ada sebagai perwakilan atau pemerhati. Sewaktu berlangsungnya perhimpunan ini dua pemimpin Puteri telah ditemuramah oleh RTM dan disiarkan secara langsung oleh RTM. 

Ketua Penerangan Puteri, Mastina Abdul Hamid diundang bagi membincangkan isu politik dan generasi muda bagi membincangkan isu politik dan generasi muda bersama Exco Pergerakan Wanita UMNO Dr. Noraesah Mohamad dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Adham Baba. 

Manakala, Exco Perhubungan Media, Siti Rohayah Attan juga ditemuramah secara langsung oleh RTM bersama Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Azimi Daim bagi membincangkan soal globalisasi.

03 Ogos 2012

Masih muda tidak bererti tidak matang.. kerana UMNO selalu mengharungi dugaan yang terlalu hebat, maka Pergerakan Puteri UMNO segera melalui tempoh matang. Sepak terajang di dalam politik bukan lagi perkara baru. Ianya satu lumrah dan hari ini pencapaian mengharungi dugaan itu sama-sama ditempuhi. 

Tahniah buat semua pemimpin muda. Perubahan iklim perjuangan telah menjadikan diri kita terus kuat dan perkasa.