Monday 23 April 2012

Kunjungan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bah.Seremban ke NIlai




Hari ini, sekali lagi Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban meneruskan siri Kunjungan Ziarah Kasih Puteri ke Dun Nilai dengan mengunjungi 5 keluarga kurang bernasib baik yang memerlukan perhatian serta bantuan yang sewajarnya.

Kunjungan ini juga sedikit sebanyak memberi cahaya pengharapan serta keceriaan buat mereka. Sesungguhnya kita harus bersyukur dengan apa yang kita perolehi dan janganlah pula kita lalai dan lupa akan mereka yang kurang bernasib baik.

Esok (24hb.April-Selasa) Kunjungan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bahagian Seremban akan ke DUN Lenggeng pula. Kepada mereka yang berkelapangan masa bolehlah bersama-sama kami atau kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan atau apa jua bentuk bantuan, Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban amat mengalu-alukan dan boleh berhubung terus dengan pihak kami di Pejabat Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban di College Height, Sikamat. 

Sesungguhnya, dengan kelapangan masa serta bantuan kita dapat memberi sinar serta kecerian kepada mereka yang memerlukan.


Sekitar Kunjungan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bah.Seremban ke Dun Nilai.

 Rombongan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bahagian Seremban ke rumag En.Mohamed@Mahamoney yang merupakan mangsa kebakaran yang memusnahkan rumah kediamannya dan sekarang terpaksa menyewa ditempat lain


 Kunjungan Ziarah Puteri UMNO Bahagian Seremban ke Nilai melawat Makcik Halus Bt. Nadek. Beliau seorang ibu tunggal dan hanya memperolehi pendapatan dengan mengumpul serta menjual tin-tin buang. Beliau pernah mengalami kemalangan semasa melakukan kerja-kerja ini.



Kunjungan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bahagian Seremban juga melawati Pn.Nurhidayah Bt.Ramli seorang ibu tunggal yang membesarkan 6 orang anak yang masih kecil setelah kematian suami tercinta 6 bulan yang lalu tanpa sebarang penyakit. Beliau tidak mampu menahan sebak dan menitiskan air mata semasa kehadiran rombongan ini ke rumahnya




Titisan air mata Pn.Nurhidayah Bt.Ramli membuatkan peserta rombongan sedih dan hiba melihat ketabahan seorang wanita yang terpaksa memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa setelah kematian suaminya.




Rombongan ini juga menziarah Pakcik Ramli B. Zakarian yang berusia 60-an dan tiada pendapatan tetap serta menumpang dirumah anaknya,



Kunjungan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bahagian Seremban melawat Pn.Salamiah Bt.Kamarudin yang merupakan seorang ibu tunggal yang hidup sebatang kara kerana anak dan suaminya telah meninggal dunia. Beliau terpaksa menyewa sebuah bilik dengan sewa RM100 sebulan dan berniaga kecil-kecilan bagi menampung kos kehidupan seharian.

 Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak/Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "

Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bah.Seremban
Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.

UNTUK BELIA 30 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"