Monday 30 July 2012

Pergerakan Puteri UMNO siap siaga hadapi PRU13


Puteri Umno Kerja Keras Pastikan BN Kekal Memerintah 

Pergerakan Puteri Umno terus berusaha gigih dengan menyebarluaskan khidmatnya kepada rakyat dalam usaha membantu Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya umum akan datang untuk kekal memerintah negara.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata walaupun Puteri Umno masih "muda" dalam dunia politik, namun peranannya sama penting dengan pergerakan lain parti itu dalam memperkasakan Umno.

"Memang benar kita tiada semasa Umno di awal penubuhannya dan semasa ia berjuang memerdekakan negara, tetapi kelahiran Puteri Umno dalam era 'millennium' telah membantu parti terutamanya dalam menarik golongan muda.


Puteri Umno dilancarkan pada 3 Ogos 2001 oleh Presiden Umno ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber : Pergerakan Puteri UMNO Malaysia














Sabtu lalu, kami berjaya melakukan satu tanggungjawab yang amat besar sekali. Kami bakal berhadapan dengan ibu segala PRU iaitu PRU13.

Persidangan Puteri UMNO Bahagian Seremban kali ini bersedia mengalas tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada kami.

PRU12 sememangnya pengajaran yang amat berharga buat UMNO dan sebagai entiti, kami juga merasa kedukaan itu. 

Kali ini, kami tidak akan menoleh kebelakang untuk kalah, kami sentiasa memikirkan  jauh ke hadapan tanggungjawab untuk menang dan sentiasa berusaha memenangi hati pengundi di Seremban.

Terima kasih kami ucapkan kepada wakil Datuk Rosnah Rashid Shirlin, Dg Maimunah Sidek, EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, hadir bagi merasmikan persidangan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban, Sabtu lalu.

Insya Allah, segala amanat dari Datuk Rosnah Rashid Shirlin yang dibacakan oleh Dg Maimunah akan dijadikan bekalan berhadapan PRU13 yang bakal tiba.

Salam perjuangan!!