Wednesday 18 April 2012

Program Puteri UMNO Seremban



PROGRAM
PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEREMBAN

Tarikh : 
18hb. April 2012 ( Rabu )

Program : 
Kunjungan Ziarah Kasih Puteri ke DUN Ampangan

Tempat Berkumpul :
Pusat Khidmat Masyarakat BN Dun Ampangan

Jam :
5.00 petang

Tema Pakaian :
Warna Pink


**************************************

Tarikh :
20hb.April 2012 (Jumaat)

Program :
Lawatan & Ziarah Bersama YB.Dato'Hj.Yunus Bin Rahmat
(Adun Angkat Dun Ampangan )

Tempat :
Dusun Nyior ( Dun Ampangan )

Jam :
10.30 pagi 


SEMUA DIJEMPUT HADIR



Salam Perjuangan


" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "



Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB. Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan
  


UNTUK BELIA 35 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"

 

Pembangkang Semakin Terdesak...PTPTN & Bersih 3.0 Diekspolaitasi



Dalam merencana survival politik bagi hari-hari mendatang menjelang pilihan raya ke-13 ini sama ada dipihak UMNO/Barisan Nasional mahupun pembangkang, generasi muda adalah tunjang utama jatuh bangunnya sesebuah parti tersebut.

Momentum sokongan anak muda pada 2008 telah berubah dan beralih arah kepada Barisan Nasional diatas komitmen kerajaan dengan dasar dan ruang terbuka yang diamalkan serta pendekatan-pendekatan baru yang mampu menarik minat generasi muda untuk bersama-sama Barisan Nasional. 

Oleh yang demikian, pemimpin pembangkang hari ini dilihat semakin terkapai-kapai dalam mencari isu untuk mencetuskan kemarahan rakyat terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Tidak salah saya katakan sekarang ini UMNO/BN berada dilandasan yang tepat untuk menghadapi sebarang kemungkinan jika berlakunya pilihanraya dalam waktu terdekat. Cuma kita perlu sentiasa berhati-hati dan bersedia supaya tidak tersilap langkah dalam menangani isu-isu kontroversi yang ditimbulkan oleh pembangkang.


Ini kerana pembangkang bijak mengeksploitasikan setiap isu dan yang terbaru isu PTPTN. Justeru, UMNO/BN disemua negeri harus tunjukkan kekuatan untuk menangkis tomahan ini. Bagi saya sebagai pemimpin muda, tidak dinafikan, isu PTPTN ini mampu menarik minat genarasi muda dan mahasiswa untuk bersama pembangkang. Jangan kita leka dan berdiam diri atau mengikut rentak irama pembangkang. 

Seharusnya, penyebaran maklumat dan penerangan perlu dilipatkan gandakan usahanya agar rakyat/anak muda tidak memandang serong kepada kerajaan yang diterajui oleh UMNO/BN sama ada usaha yang telah dijalankan atau dirancangkan oleh kerajaan untuk rakyat.

Sedar atau tidak, pembangkang kini mengekploitasi pelbagai isu tetapi apa yang ingin saya highlightkan adalah isu PTPTN dan Bersih 3.0 kerana ianya melibatkan generasi anak muda. Malah pelbagai hasutan yang disuntik oleh pemimpin pembangkang kepada anak muda terutama mahasiwa agar bersama mereka kononnya akan terciptalah sejarah jika PTPTN berjaya dihapuskan.


Kaedah yang diambil pula lebih menjurus kepada budaya demonstrasi jalanan yang pasti akan mencetuskan ketegangan dan hura-hara. Jika ini berlaku, kerajaan akan dipersalahkan. Polis akan dikatakan bertindak ganas. Hak rakyat dicabuli dan pelbagai lagi hinggakan dunia luar akan memandang serong serta timbul persepsi negatif tentang Malaysia.

Kepada anak muda dan mahasiswa, kita sebagai pelapis negara janganlah muda melatah dan melihat perkara ini dengan mudah. Kita mempunyai akal fikiran dan mampu berfikir secara rasional. Janganlah kita diperguna atau diperalatkan oleh pihak tertentu agar matlamat mereka tercapai.

Banyak saluran dan kaedah lain yang boleg digunakan untuk menyuarakan pandangan dan pendapat. Sifat keterbukaan yang ada pada Perdana menteri harus digunakan secukupmya demi kebaikan semua.

Agenda pembangkang adalah tidak lain dan tidak bukan hanyalah ingin kuasa semata-mata. Oleh itu dasar menghalalkan cara perlu bagi mereka apabila melihat sokongan serta dokongan anak muda terhadap UMNO/BN mula dirasai.

Cubalah kita renungkan bersama.

Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.



UNTUK BELIA 35 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"