Monday 9 July 2012

Pergi Tak Kembali, Sebutir Bintang Budayawan Bangsa.. Al-Fatihah



KUALA LUMPUR, 9 Julai  - Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO bersama dengan seluruh warga Ibu Pejabat UMNO mengucapkan salam takziah ke atas ahli keluarga dan sanak saudara tokoh budayawan Sharifah Azah Mohamed Alsagoff atau lebih dikenali sebagai Azah Aziz, yang meninggal dunia hari ini.
Arwah yang juga isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan ibu kepada Gabenor Bank Negara, Tan Seri Dr. Zeti Akhtar Abdul Aziz meninggal dunia pada usia 84 tahun.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas allahyarham dan semoga roh beliau ditempatkan bersama orang-orang yang beriman – Al-Fatihah. – MediaUMNO
Takziah dari saya dan keluarga. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas jenazah beliau dan tergolong dengan golongan orang yang beriman.
Alfatihah, Amin.

Tahniah Kelab Pemilik Volkswagen NS

Bekerja di pagi minggu yang sangat menceriakan.. Bersama kereta klasik volkswagen yang antik dan unik..

Saya di Sutera Hotel S2 pagi tadi di Majlis Perasmian Kelab Pemilik Volkswagen Negeri Sembilan memenuhi jemputan Mr. Ganesan Pengerusi Kelab Pemilik Volkswagen. 

Turut memenuhi undangan tersebut Dato' VS Mogan, EXCO Kerajaan Negeri Sembilan.





Sedikit sejarah volkswagen yang boleh dikongsi bersama-sama seperti di bawah, 


Walaupun sudah lebih 60 tahun sejak kemunculan pertama kereta Beetle dengan bentuk ikonik ala kumbang dari kilang Wolfsbug, Jerman ia masih mendapat sambutan hangat dari geenrasi tua mahupun muda serta mempunyai ramai peminat setia dari serata dunia.


Penjimatan bahan api, ketahanan enjin, reka bentuk asas yang ringkas dan mudah diselenggara serta kos produksi dan harga penjualan yang murah merupakan faktor utama untuk pembinaan model Beetle. Prototaip pertama Beetle pada tahun 1933 waktu itu dilengkapkan dengan enjin penyejukkan udara berkuasa 19 kW (25hp) yang tahan lasak, selain daripada reka bentuk unik direka oleh Dr. Ferdinand E Porsche atas arahan tegas daripada Adolf Hitler, diktator Jerman pada era Perang Dunia Kedua.


Rekabentuk prototaip pertama Beetle banyak yang dipengaruhi oleh reka bentuk Tatra, sebuah syarikat pengeluar kereta dari Czechoslovakia pada masa itu. Pada awalnya ia dikeluarkan sebagai ‘kereta rakyat’ sebelum diserapkan ke dalam pasukan bersenjata sebagai antara jentera kegunaan ringan di medan peperangan. Namun selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, ia masih dikeluarkan atas permintaan ramai sehinggalah berakhirnya produksi Beetle di kilang Volkswagen di Mexico pada tahun 2003. 


Antara model-model Volkswagen klasik dari tahun 1940an hingga 1980an terdiri daripada model seperti Combi, Safari, Single Cab, Double Cab, Transporter, Oval, Country Buggy, Beach Buggy, Karman Ghia, Variant Fastback, Cabriolet, Variant Squareback Type 3. 


Semoga dengan perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada kita semua.



Salam Perjuangan..

"Suara Belia / Anak Muda Bersatu. Tidak dapat dikalahkan"


Ikhlas,

Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Tertinggi Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan