Wednesday 21 March 2012

PEMIMPIN BERJIWA RAKYAT : PM ke N.Sembilan Sabtu ini.

Perdana Menteri di Negeri Sembilan Sabtu ini

Perdana Menteri yang kita kasihi Y.A.B Datuk Seri Najib Razak akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan pada Sabtu ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata Perdana Menteri dan isteri dijadualkan menghadiri beberapa program di sekitar Port Dickson dan juga Sikamat Seremban.

Lawatan Perdana Menteri dijadual bermula pada 11 pagi di Taman Intan Duyung, Port Dickson, bagi menyempurnakan majlis penyerahan rumah rakyat kepada penghuni yang terpilih. Kemudian disusuli dengan Jamuan 1Malaysia di Padang Awam Port Dickson.

Pada sebelah petangnya pula, Perdana Menteri dijadual menghadiri Majlis Ramah Mesra dengan penduduk di Taman Desa Rhu, Sikamat bagi memenuhi janjinya sebelum ini untuk bertemu penduduk kawasan itu.

Program itu dijangka berakhir kira-kira jam 5 petang sebelum Perdana Menteri berlepas pulang.

Kepada masyarakat Port Dickson dan yang paling utama masyarakat serta pengundi di Dun Sikamat, inilah masa dan peluang untuk kita menemui secara dekat tokoh pemimpin negara berjiwa rakyat yang sama-sama ingin merasai denyut nadi rakyat di Sikamat. Janganlah lepaskan peluang ini untuk bersama-sama tidak kiralah tua, muda, miskin, kaya, Melayu, Cina, India dan sebagainya kerana kita adalah 1Malaysia.

Jumpa kita disana nanti.

Salam Perjuangan

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah. Seremban /Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakkan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
& Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.


SERANGI DENGAN PROPAGANDA

EDARKAN RISALAH & FLYERS 
DALAM PENYEBARAN MAKLUMAT DAN PROPOAGANDA

PS menyambut baik saranan serta gesaan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan yang berharap seluruh pimpinan bahagian dapat menyalurkan maklumat berkenaan kepada masyarakat setempat agar penduduk mendapat maklumat yang tepat dan benar dengan mengedarkan Risalah serta Flyers.

Mereka boleh agihkan maklumat Risalah dan Flyers berkenaan di mana-mana sahaja. Tidak kiralah di kedai kopi, kedai gunting, hentian bas/teksi atau tempat-tempat lain asalkan maklumat itu sampai kepada kumpulan sasaran dan masyarakat.


Dan mereka juga boleh melangkau lebih jauh dengan penggunaan kaedah yang sama, cumanya isi serta bahan kandungan itu disesuaikan dengan keadaan dan senario setempat bagi memberi nilai tambah apa yang diperjuangkan oleh UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional.

Peranan Risalah dan Flyers amat besar dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat selain daripada kemudahan teknologi alam maya yang menjadi kegilaan Belia/Anak Muda masa kini. Jadikan Risalah dan Flyers ini sebagai salah satu daripada "bahan keperluan" masyarakat untuk mendapatkan maklumat terkini dan boleh diedarkan secara berjadual di tempat masing-masing.


Kalau dilihat kepada sejarah Risalah dan Flyers, ianya telah digunapakai dari zaman dulu lagi dan dikenali sebagai propaganda.

Propaganda membuahkan hasil kejayaan hebatnya pada tahun 1848, semasa Karl Marx dan Friedrich tinggal dalam negara monarki dan menerbitkan risalah dan flyers yang bertajuk "The Communist Manifesto". Tanpa disedari oleh mereka risalah yang berpengaruh besar ini telah dibaca dan diedarkan dengan meluas sehingga  membentuk asas bagi Socialism dan Komunism sepanjang abad ke 19 dan 20. Sejarah ini telah membuktikan propaganda melalui risalah dan flyers dapat memberi impak yang besar kepada minda rakyat dan masyarakat.


Propaganda merupakan mesej-mesej bersepadu yang bertujuan mempengaruhi pendapat atau kelakuan orang ramai iaitu rakyat. Propaganda juga dalam erti kata lain adalah untuk menyampaikan maklumat dengan tujuan mempengaruhi masyarakat. Manaka keadah yang digunapakai bagi penyebaran risalah adalah dengan mengiklankan di pokok, kedai atau tempat tumpuan dan ada juga yang dijatuhkan melalui kapal terbang.
"Propaganda ialah cubaan sengaja yang sistematik untuk membentuk persepsi, memanipulasi kognisi, dan mengarahkan kelakuan agar mencapai maklum balas yang melanjutkan tujuan yang diingini penyebarnya."
Garth S. Jowett and Victoria O'Donnell, Propaganda and Persuasion

Hari ini, arus media utama yang digunakan untuk menyebarkan mesej propaganda termasuklah akhbar, laporan kerajaan, penyemakan sejarah, junk science, bahan bacaan, risalah, filem, radio, televisyen, poster dan paling hebat adalah penggunaan peralatan berteknologi tinggi.

Oleh itu PS bersetuju jika risalah dan flyers dapat diedarkan secara menyeluruh dengan membawa isu yang bersuaian dengan sitiuasi masyarakat setempat agar mereka (rakyat) merasai, menjiwai kehadiran serta kita tonjolkan keperihatinan kita yakni UMNO terhadap masalah mereka sebagai rakyat Malaysia.

Salam Perjuangan

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"




Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah. Seremban /Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakkan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
& Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.

Budaya Politik Yang Perlu Dibuang.

Budaya Politik yang perlu dibuang daripada UMNO. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menasihatkan veteran UMNO menggunakan saluran betul mengkritik parti daripada membuatnya secara terbuka demi menjaga imej parti itu.

Beliau diminta mengulas tindakan segelintir vateran UMNO yang dilihat lantang mengkritik parti secara terbuka.

Sikap buruk seperti perang mulut dan saling menunding jari antara satu sama lain dalam UMNO perlu dielakkan kerana boleh menyusah dan menimbulkan perbalahan sesama anggota seterusnya memberi gambaran buruk kepada rakyat.

Kalau ada pandangan beritahu kepada pemimpin UMNO dalam majlis parti atau bawa kepada jawatankuasa parti sama ada di peringkat bahagian atau cawangan atau tulis surat kepada Majlis Tertinggi.

Jangan menghina dan mengkritik parti kita (UMNO) kerana kita mahu UMNO menang dalam pilihan raya akan datang. Kalau ahli sendiri memburukkan parti ia boleh merosakkan imej UMNO.

Pimpinan UMNO boleh bertemu dan berbincang dengan golongan veteran parti bagi mendengar sendiri masalah dan pandangan golongan tersebut terhadap parti. Tidak salah kalau pemimpin UMNO juga turun padang dan mendengar sendiri pendapat golongan veteran ini kerana kadangkala pandangan mereka boleh digunakan oleh parti.

PS: Inilah Ragam/Penyakit/Masalah ataupun Budaya Politik berfikiran Kalut, Kuno dan Cepat Melatah yang masih ada pada segelintir ahli dan juga pemimpin UMNO ketika ini. PS pernah menyuarakan tentang budaya politik seperti ini semasa Persidangan Agung Umno yang lalu, betapa buruk dan memberi kesan yang negetif kepada rakyat apabila melihat suasana politik didalam UMNO itu sendiri.

Budaya Politik ini perlu dihakis dan dibuang terus daripada UMNO. Sifat "Keterbukaan" yang tidak dibuat-buat perlu ditonjolkan kepada umum bahawasanya UMNO sebuah parti yang relevan dan menerima semua pandangan serta teguran untuk kebaikan semua.

Belia/Anak Muda pasti bersetuju dengan kenyataan PS ini, bahawasanya kami sebagai pewaris kepada parti UMNO yang telah banyak berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara tidak mahu UMNO hanya gah pada Lambang semata-mata sedangkan UMNO rapuh kerana didalamnya penuh dengan perbalahan, sikap berpuak-puak dan sabotaj sesama sendiri demi kepentingan peribadi atau kelompok tertentu sehingga sanggup membelakangkan kepentingan parti UMNO itu sendiri.

"Sedarlah wahai orang UMNO, tingkah laku kita, cara kita dan kepimpinan kita sedang diperhatikan oleh rakyat. Janganlah disebabkan kita, UMNO pula hilang kuasa yang ada".


Salam Perjuangan Paradigma Srikandi.

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah. Seremban /Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakkan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan & Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.


Hasrat PM

Hasrat Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui, adalah menjadi suatu tugas mencabar kepada kerajaan untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang berdasarkan keadaan semasa yang dilihat lebih kompleks.

Bagaimanapun, ujar Perdana Menteri, kerajaan akan berusaha keras dan tidak mahu membentuk kerajaan yang lemah di Parlimen jika terus mendapat mandat mentadbir negara nanti.

Kita akan kerja keras untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Turun padang akan diteruskan. Tetapi, keadaan semasa memang mencabar.

Rakyat makin berpendidikan dan dengan limpahan teknologi baharu. Inilah cabaran masa kini.

Namun, jika kalau pilihan raya menghasilkan keputusan yang lemah, ia akan memberi kesan kepada negara.

*******************
PS mengakui kenyataan yang dinyatakan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO betapa getirnya pertarungan politik untuk memenangi hati rakyat dan pengundi kali ini. PS merasakan faktor utama yang mungkin boleh Melambat, Merencat dan Mengganggu kelancaran untuk memenangi hati rakyat adalah :-
  • Pertembungan Budaya Kerja
  • Pertembungan Idealisme Generasi Lama dan Baru
  • Pertembungan Kaedah Pendekatan   
Tetapi apa yang lebih penting, dalam merealisasikan hasrat Perdana Menteri ini, Titik Pertemuan, Persamaan dan Persefahaman antara ahli parti sesama sendiri adalah perlu bagi mengelakkan perpecahan atau perbalahan sesama sendiri.

Ianya perlu diberi perhatian sewajarnya kerana Pertembungan Budaya Kerja, Idealisme dan Kaedah Pendekatan amat berbeza dan mencabar berbanding 15-20 tahun dahulu kerana ianya melibatkan penggunaan teknologi maya yang maju seperti FB, Twitter, Blog, SMS, BBM dan sebagainya.

Jadi kita perlu mengakui, penggunaan kemudahan teknologi terkini ini dikuasai dan digemari oleh golongan Belia/Anak Muda. Maka, tidak mustahil pertembungan 3 perkara diatas "akan" atau "telah berlaku" sama ada di Cawangan, Bahagian, Negeri mahupun Pusat.

Apabila pertembungan ini berlaku, janganlah Pemimpin di Cawangan/Bahagian/Negeri/ atau pun Pusat menidakannya..sebagai pemimpin, kita perlu menerima kenyataan zaman telah berubah dengan limpahan kemajuan teknologi. Teknologi ini akan sentiasa datang dan terus dipertingkatkan mengikut peredaran masa.

Untuk Anak Muda, bantu dan berikanlah terbaik sama ada Kepakaran, Idea, Cadangan ataupun Pandangan kepada pimpinan di Cawangan/Bahagian, Negeri dan Pusat agar "UMNO tidak lapuk di telan zaman"

Salam Perjuangan

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah. Seremban /Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakkan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan & Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.