Tuesday 7 August 2012

Negeri Sembilan destinasi kedua : Kembara Indahnya Ramadhan 1433H


Lima hari lagi akan berakhirnya Kembara Indahnya Ramadhan 1433H yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia.

Turut bergandingan dengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB), KNR 4B Malaysia, RTM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis.

Konvoi ini bermula pada 28 Julai dan akan berakhir pada 12 Ogos 2012.

Program Kembara Indahnya Ramadhan 1433H bermula di negeri Melaka di mana lokasi bermula di kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Hj Mohd Ali Rustam.

Di mana peserta konvoi berbuka puasa bersama-sama Ketua Menteri Melaka yang juga mantan Pengerusi Belia 4B Malaysia.

Sejurus flag off oleh Dato' Seri Hj Mohd Ali Rustam, peserta konvoi bertolak ke destinasi kedua iaitu NEGERI SEMBILAN. 

Peserta Konvoi Negeri Sembilan terdiri dari 200 orang belia berpesatuan dan tidak berpesatuan menanti sejak dari jam 1:00 pagi di perkarangan Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi menantikan ketibaan rombongan konvoi dari Melaka.

Tepat pukul 2:00 pagi, rombongan konvoi dari negeri Melaka sebanyak 20 buah kenderaan tiba di perkarangan STAR, Paroi. Turut bersama di dalam konvoi tersebut ialah YBhg Sdr. Muamar Gaddafi, Pengerusi Belia 4B Malaysia.

Di dalam majlis ringkas flag off yang dilaksanakan oleh Pengerusi Belia 4B Malaysia, beliau menasihatkan peserta konvoi mengikuti peraturan undang-undang jalan raya dan mendengar kepada 1 arahan marshall yang ditauliahkan.

Memandangkan konvoi yang disertai mendapat penyertaan di kalangan belia, belia perlu jadikan ianya satu medium mendekatkan diri dengan masyarakat.

Tepat jam 2:30 pagi, Pengerusi Belia 4B Malaysia, YBhg Sdr Muamar Gaddafi melepaskan peserta konvoi ke destinasi pertama di Jelebu yang akan dinantikan oleh Dato' Jalaluddin Alias, Timbalan Pengerusi UMNO Bahagian Jelebu dan jawatankuasa UMNO Bahagian Jelebu.

Berikut di bawah merupakan himpunan gambar yang sempat diambil ketika Kembara Jelajah Ramadhan 1433H di lokasi pertama di Bahagian Jelebu. 






































Himpunan gambar, klik sini

Terima kasih diucapkan kepada mereka yang terlibat, UMNO Bahagian Jelebu, Pergerakan Puteri UMNO Jelebu, JKKK dan Belia Kampung Ulu Jelebu yang sama-sama bersengkang mata menjayakan program ini. 

Peserta konvoi bersama-sama bersahur dengan penduduk kampung homestay Ulu Jelebu dan suasana ini amat baik sekali.

Program Kembara Ramadhan 1433H merupakan kali kedua dilaksanakan selepas ianya dilaksanakan pada tahun lalu.

Sesungguhnya kembara Ramadhan ini lebih bermakna kerana ianya mendekatkan diri kita dengan insan yang tidak bernasib baik.

Di samping menginsafi diri melakukan program seumpama ini, ianya juga memberi kesan nilai tambah kepada nilai kemanusiaan para belia yang mengikuti konvoi ini.

Peserta konvoi meluangkan masa di 3 buah rumah hari ini, di mana dua OKU (Orang Kemampuan Upaya) dan seorang warga emas berumur 80-an yang tinggal bersendirian.

Semoga kita semua mampu bersatu.


Salam perjuangan

"Suara Belia / Anak Muda Bersatu. Tidak dapat dikalahkan."




Ikhlas,
Wan Salwati Hj Abdullah

Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
Ahli Majlis Tertinggi Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan

Kunjungan Kasih Ramadhan "bertaut kasih berkongsi rasa"


 Fadzillah salah seorang ahli Puteri yang mengalami keperitan hidup bersama 5 orang anak dan suaminya tiada pendapatan tetap...malam tadi menerima Rombongan Kunjungan Kasih Ramadhan Puteri Sban bersama seorang Kenamaan telah menerima bantuan sumbangan makanan dan wang tunai. Fadzillah terharu serta menitiskan airmata apabila ditanya tentang anak-anaknya dan memberitahu tidak mampu memberi makanan yg sepatutnya kepada anaknya yg sedang membesar. Dia juga tidak mampu membeli susu untuk anak kecilnya dan hanya memberi sirap untuk diminum.

 Sebuah keluarga lagi di Sikamat yang dikunjungi oleh kami mempunyai 9 org anak, tanpa ada pendapatan bulanan dan 2 dari anaknya tidak lg bersrkolah kerana kesempitan hidup dan suami tiada pendapatan bulanan yg tetap.

 Setiba di Lenggeng...turut bersama YB. Tuan Mustafa Salim dan Isteri sama-sama menyertai Rombongan Kunjungan Kasih Ramadhan Puteri UMNO Sban. 

 Mengunjungi Warga Emas dan Ibu Tunggal di Lenggeng bersama YB Mustafa Salim dan Isteri

 Sedang bertanya khabar 

Kunjungan yang menyentuh hati ahli rombongan bila bertemu Sdri.Salimah di Sg.Machang Ulu dengan keadaan lebam pd mata dan luka di kepala akibat dipukul oleh suaminya... 

 Sayangkan isteri jangan dipukul-pukul. Isteri amanah Allah, begitu juga anak.. Ada cara nak mengajar isteri.. bukan cara memukul..

 Ibu Salimah amat berterima kasih atas kunjungan kami dan dia tidak dapat menahan kesedihan dengan apa yg berlaku kpd anak bongsunya di Bulan Ramadhan ini...

Menerima sumbangan dan bantuan dari Rombongan Kunjungan Kasih Ramadhan Puteri UMNO Sban...

Salam perjuangan

"Suara Belia / Anak Muda Bersatu. Tidak dapat dikalahkan."



Ikhlas,
Wan Salwati Hj Abdullah


Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
Ahli Majlis Tertinggi Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan