Melayan kunjung balas delagasi dari CELAP China di PWTC, di mana delagasi kami mengadakan lawatan sambil belajar di sana tahun lalu.
Nabi Muhammad pernah bersabda, "Tuntutlah ilmu sehingga ke negara China."
Sabda ini ternyata benar dengan wujudnya ketamadunan China sebagai pusat perdagangan, pusat industri dan pelopor kepada pelbagai industri kerana sikap dan semangat bangsa Cina yang rajin berusaha.
Delagasi kami pernah ke sana tahun lalu, bagi mempelajari dan mengkaji gaya hidup mereka yang boleh diimplentasikan pada budaya kerja di sini.
Belia hari ini pemangkin kejayaan negara di masa akan datang. Oleh yang demikian, belia perlu menyahut cabaran agar Malaysia juga berdaya saing bagi membina sebuah negara.
Dan saya suka untuk berkongsi bahawa peranan belia ini sangat penting dan perlu dilentur dari rebungnya. Di bawah, suka saya berkongsi mengenai belia hari ini.
Terdapat 4 perkara untuk menjadi generasi pengubah yang
sememangnya ditujukan kepada golongan belia pada hari ini, seperti berikut:-
1. Daya tahan kerohanian yang tinggi (spiritualisme).
Memang tidak diakui kadang-kadang ada sesetengah belia yang mudah beremosi
apabila disergah. saya juga begitu. Jadi seharusnya belia tidak harus memiliki
sifat sebeginia dan perlu memastikan mereka mempunyai daya tahan yang tinggi di
kala melalui cabaran-cabaran dunia luar.
2. Intelektualisme (Pengetahuan). Ramai daripada
belia yang memasuki alam pekerjaan sekarang kurang memiliki intelektualisme
yang tinggi. Intelektualisme ini bukan sahaja terpaksi pada pengetahuan
semata-mata tapi juga pada kematangan pemikiran seseorang belia. Bagi mengatasi
masalah ini, belia tidak mahu tidak, perlu menimba banyak ilmu, perbanyakkan
bacaan terutama sekali melibatkan isu-isu semasa untuk membina fikiran. Tidak
hairanlah mengapa dalam sesuatu temuduga, isu semasa menjadi antara perkara
utama yang perlu diambil kira.
3. Idealisme. Belia
perlu memiliki cita-cita yang tinggi serta matlamat yang tetap. Pandangan jauh
amat menjadi perkara penting, namun pandangan jauh itu juga harus selari dengan
tindakan. Namun, pandangan jauh itu biarlah tidak seperti 'angan-angan Mat
Jenin'.
4. Aktivisme
(Usaha). Setelah matlamat dipahat dalam diri, maka perlu lah kepada
usaha dan kesungguhan. Mulakan dengan langkah pertama walaupun langkah itu
hanya 1 sentimeter. Jangan terlalu taksub untuk berlari sehingga akhirnya apa
yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Jadikan pengalaman sebagai
satu proses belajar dan jangan pernah takut pada kesilapan.
Dr Robiah juga sempat menyisipkan beberapa
kata-kata indah yang dapat dijadikan renungan.
"Apa yang kamu semai
pada hari ini, itu juga yang akan kamu tuai nanti."
"Syurga terletak di
bawah tapak kaki ibu. Wahai para ibu, bawalah gambaran syurga itu ke wajah,
agar dapat disaksikan oleh anak-anak dan suami, suami menjadi pendorong kepada
mereka untuk menggapai keindahan syurga."
"Andai kamu berdiri
lebih tinggi daripada rumput, tapi kamu tidak pernah berzikir kepada Sang
Pencipta seperti rumput, kamu tidak berhak untuk memijak bumi Allah."
"Zakatkan umur kamu,
zakatkan ilmu kamu untuk masa hadapan."
Semoga sedikit ilmu yang saya dapat ini dapat
memberi manfaat kepada semua...amin..
Salam persahabatan
Salam Perjuangan
"Suara Belia / Anak Muda
Bersatu, Tidak Dapat diKalahkan"
Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia dan
Sukan Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO
Seremban
EXCO Pergerakan Puteri UMNO
Malaysia
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B
Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri,
Negeri Sembilan