Sunday 10 June 2012

HIMPUNAN EVOLUSI GERAKAN 4B MALAYSIA

Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Evolusi Lebih Baik Daripada Revolusi. Beliau berkata demikian semasa Pelancaran Himpunan Revolusi NRC 4B Malaysia. Majlis Pelancaran diadakan di I-City Shah Alam pada 9 Jun 2012

Transformasi ikut rentak, aspirasi mereka: Najib

Datuk Seri Najib Razak menegaskan Barisan Nasional (BN) tidak membelakangkan golongan muda dan sentiasa memahami aspirasi mereka.

Perdana Menteri berkata, BN juga adalah kerajaan untuk orang muda dengan melaksanakan pelbagai transformasi mengikut rentak dan wahana generasi muda, terutama dalam menyediakan peluang dan mobiliti sosial untuk mereka.

KONTIJEN NEGERI SEMBILAN

Katanya, kerajaan juga menyedari aspirasi dan kehendak generasi muda terhadap peluang pendidikan, kemahiran, keusahawanan dan peluang menzahirkan kreativiti mereka.

"Kerajaan sentiasa sanggup melakukan perubahan dasar untuk memenuhi aspirasi golongan muda.
Golongan muda nak peluang pendidikan, kemahiran, keusahawanan dan kreativiti supaya masa depan lebih baik.

Justeru, Najib yang mempunyai 500,000 pengikut Twitter berkata, anggota pentadbiran dan ahli politik perlu melakukan perubahan dan mengadaptasi perubahan semasa bagi memahami orang muda.

“Kita tak boleh kaku dan kelu. Mesti sesuai ikut peredaran zaman,” katanya merujuk kepada laman sosial seperti Twitter yang menjadi ikutan generasi muda.

Najib berkata idola adalah bapanya sendiri iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang mengorbankan jiwa raga untuk negara.

Sementara itu, ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Gerakan Belia 4B Malaysia Kali Ke-36 dan Himpunan Evolusi Kelab Najib Razak (KNR) 4B Malaysia di Shah Alam, Najib Razak menggesa belia tidak terikut-ikut golongan menongkah arus menuntut perubahan dengan cara tidak betul.

Perdana Menteri berkata, ini kerana ada pihak cuba mempengaruhi belia dengan menjual idealisme tertentu dan tidak menjelaskan sepenuhnya agenda di sebaliknya.

kecerian terpancar dari semua peserta 'rewang rakyat kebangsaan'

Katanya, ketika semua mahukan pilihan raya adil, yang penting bukan saja matlamat, sebaliknya cara mencapainya juga penting.

“Matlamat tak menghalalkan cara. Kalau mereka hendak pilihan raya bebas dan adil, kita juga begitu. Kita tidak mahu menang kerana penipuan. Kita mahu menang kerana didukung rakyat,” katanya

Di Himpunan Evolusi 4B Malaysia juga telah diadakan 'REWANG RAKYAT' Peringkat Kebangsaan, 


Tahniah 'Tanah Perpatih' Dari Negeri Sembilan kerana dapat tempat ke-7 di pertandingan memasak dalam Rewang Rakyat, satu kerjasama yang terbaik dikalangan peserta, menang kalah bukan ukuran namun semangat kerjasama yang ditunjukan amat mantap.


Salam Perjuangan


" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "

Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.