Tuesday 3 April 2012

KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI KE DUN LENGGENG (03hb.April 2012)



SEREMBAN


KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI UMNO
BAH. SEREMBAN KE DUN LENGGENG


Hari ini 03hb.April 2012 (Selasa) sekali lagi saya mengetuai Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban bersama ahli jawatankuasa serta ahli puteri membuat Kunjungan Ziarah Kasih Puteri (KZKP) ke Dun Lenggeng bagi menziarahi dan melawati 5 buah keluarga yang kurang bernasib baik serta memerlukan perhatian dari keperihatinan kita semua.

Seperti biasa, kehadiran rombongan kami disambut dengan penuh mesra dan mereka amat berbesar hati dengan kunjungan yang dibuat ini. Pergerakan Puteri UMNO Seremban juga menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada penerima-penerima yang dilawati di Dun Lenggeng.

Kepada mereka yang mempunyai maklumat tentang mereka yang susah/kecacatan dan yang menerima musibah, bolehlah emailkan ke : srikandimasyarakat@yahoo.com    

Sekali lagi, saya menyeru kepada mereka yang ingin turut sama menyertai ataupun menghulurkan Sumbangan/ Bantuan kepada mereka ini atau untuk siri-siri berikutnya bolehlah berhubung terus dengan urusetia di Bilik Gerakan Puteri UMNO Seremban di College Height, Sikamat. Seperti pepatah ini :-

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

SEKITAR KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI KE DUN LENGGENG
 Ziarah Kasih Puteri tiba lagi di Dun Lenggeng...
Mak Cik Jihah Jali jatuh kaki patah dan telah dimasukkan besi.


Mak Cik Jihah menerima sumbangan tongkat untuk kegunaannya

Adik Nur Nabila bt. Mohd menerima kunjungan dan sumbangan dari Puteri UMNO Bhg.Sban, Orang Kelainan Upaya dan mengidap sawan

Mak Cik Sitiawa bt. Jalil mengidap kencing manis, darah tinggi dan baru saja menjalani pembedahan di peha akibat jatuh dari tangga. Mak Cik Sitiawa menerima sumbangan kerusi roda dan lampin pakai buang


 Turut menerima sumbangan Ziarah Kasih Puteri 
Mak Cik Baenah bt. Hussin, ibu tunggal yang menjaga 4 orang cucu. Ibu kepada cucu Mak Cik Baenah yang juga anak beliau telah meninggal dunia akibat barah payu dara


Penerima sumbangan terakhir hari ini Mak Cik Zaharah bt. Othman berusia 80thn mengidap barah usus
Saya bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban mendoakan yang terbaik kepada mereka ini bagi melalui hari-hari mendatang. Insyallah Perjuangan UMNO/Barisan Nasional akan diteruskan untuk membela rakyat dan masyarakat.


Salam Perjuangan,

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"


Jemputan Ke Program Pandu Puteri Khamis Ini


Kempen Bersama Menjaga Memelihara
Alam Sekitar 
dan 
Turun Padang Pandu Puteri Malaysia

Bertempat :
Di Pejabat Pandu Puteri N.Sembilan
Jalan Dato'Abdullah Seremban.

Tetamu Kehormat :
Y.Bhg.Datin Seri Utama Rosmah Bt.Mansor
Isteri YAB Perdana Menteri Malaysia

Pada  :
05hb.April 2012 (Khamis)
Jam 2.30 petang

SEMUA DIJEMPUT HADIR.

 
Salam Perjuangan,

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"

Jadual Kunjungan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bah.Seremban

SEREMBAN


 JADUAL MINGGU INI
KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI UMNO
BAHAGIAN SEREMBAN

04hb.April 2012 (Rabu) - DUN Sikamat
Berkumpul Jam 5 ptg - Bilik Gerakan Puteri Seremban

05hb.April 2012 (Khamis) - DUN Ampangan
Berkumpul Jam 5 ptg - Bilik Gerakan Puteri Seremban

06hb.April 2012 (Jumaat) - DUN Nilai 
Berkumpul Jam 5 ptg - Depan BSN Mantin

Tema Warna : Pink



Salam Perjuangan,


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"



PSC : 18 Cadangan Diterima, 4 Ditolak

Berikut adalah syor-syor yang dipersetujui oleh semua Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Proses Pilihan Raya:


Disini dinyatakan 18 perkara yang dipersetujui :- 
  1. Memberi kemudahan kepada rakyat Malaysia di luar negara sama ada mengundi di Perwakilan Malaysia atau secara pos.
  2. Pengundi luar kawasan.
  3. Tarikh pembubaran Parlimen.
  4. Kerajaan sementara (caretaker government).
  5. Penguatkuasan peraturan sedia ada berhubung kesalahan memberikan maklumat palsu dalam urusan pendaftaran.
  6. Akses media yang bebas dan saksama;
  7. Pembersihan daftar pemilih yang berterusan.
  8. Penelitian daftar pemilih bagi alamat-alamat yang mempunyai ramai pemilih berdaftar.
  9. Bantahan terhadap daftar pemilih yang telah diperakui melalui aduan atau maklum balas daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan dan sebagainya.
  10. Penggunaan alamat selain alamat mastautin pada kad pengenalan sebagai alamat pendaftaran untuk menentukan bahagian pilihan raya.
  11. Memperkasakan kedudukan SPR.
  12. Penstrukturan dan pengukuhan SPR.
  13. Memperluaskan Akademi Pilihan Raya.
  14. Pengasingan fungsi utama SPR.
  15. Pengagihan kerusi Dewan Rakyat bagi negeri Sabah dan Sarawak.
  16. Persempadanan bahagian pilihan raya yang seimbang.
  17. Peruntukan dana kepada parti politik
  18. Sistem pilihan raya baru.


Berikut adalah syor-syor yang tidak mendapat persetujuan sebahagian ahli jawatankuasa:


1- Memberi kemudahan mengundi secara pos kepada petugas SPR dan media.


2- Membenarkan pra-pendaftaran seseorang warganegara untuk didaftarkan sebagai pemilih apabila
     mencapai umur 20 tahun


3- Memanjangkan tempoh berkempen.


4- Kajian ke arah pendaftaran secara automatik


Bagi saya, Pilihanraya di Malaysia adalah antara yang TERBAIK.....yang utama adalah gerak kerja dan pendekatan yang diambil oleh parti untuk menarik minat pengundi untuk mengundi UMNO/Barisan Nasional dalam pilihanraya kelak.



Salam Perjuangan

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"

PM : Setelah 3 Tahun & Pengisian Transformasi Negara 1Malaysia

BN bukan kerajaan populis semberono


Kerajaan Barisan Nasional (BN) hari ini bukan "kerajaan populis semberono yang tidak bertanggungjawab", malah merupakan sebuah kerajaan yang sentiasa berhemah dalam membuat dasar dan membelanjakan wang negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, dalam membuat dasar dan berbelanja, kerajaan tidak sesekali berniat untuk meranap mahupun membankrapkan negara.

"Kita telah dan akan sentiasa berterus terang dengan rakyat tentang apa yang kita mampu dan apa yang kita tidak mampu lakukan. Sebaliknya amat mudah bagi sesetengah pihak untuk menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala tanpa memikirkan kesannya,” katanya semasa membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) & Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2011 di Angkasapuri Kuala Lumpur.

Najib berkata, kerajaan BN juga tidak gentar untuk bersaing dalam pasaran idea yang bebas dan kompetitif kerana dipilih secara demokratik di dalam pilihan raya umum yang bebas dan adil.

"Kita mempunyai penuh keyakinan terhadap kebijaksanaan rakyat Malaysia memilih dan meneraca.
"Mereka tahu menilai yang mana intan yang mana kaca. Kita percaya rakyat akan memilih kerajaan yang mempunyai “track record” yang meletakkan kepentingan rakyat di atas segala-galanya,” katanya. 

 PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kanan) dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) pada Majlis Cabaran Dan Pencapaian Transformasi, di Auditorium Perdana, Angkasapuri, 
 Kuala Lumpur

NKEA melepasi atau penuhi sasaran 2011

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) sudah melepasi atau memenuhi sasaran 2011 masing-masing.

Katanya! sememangnya menjadi kebiasaan bahawa sesetengah Petunjuk Prestasi Utama (KPI) akan mengatasi yang lain berikutan ekonomi yang dinamik. "Kita akan mengambil langkah bagi mengatasi isu-isu berkenaan bagi memastikan kita mencapai sasaran yang ditetapkan," katanya dalam "Nota Dari Perdana Menteri" dalam Laporan Tahunan 2011 Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Laporan itu diedarkan hari ini oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang bertanggung jawab melaksanakan, menilai kemajuan, memudahkan serta menyokong pelaksanaan dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan ETP.

Najib berkata, semua menteri dan kementerian juga ditetapkan mencapai sasaran dan mengikut masa tertentu pada awal 2011 sebagai bukti komitmen kerajaan.

Sebagai sebuah negara, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata Malaysia akan memberi fokus kepada 12 NKEA, iaitu sektor di mana Malaysia boleh bersaing pada peringkat dunia.

Sehingga ini, katanya, 131 projek permulaan (EPP) telah dikenal pasti untuk memulakan pertumbuhan serta menjadi pemangkin pelaburan dan penyertaan dari sektor swasta.
Perdana Menteri berkata, beliau juga sudah menghoskan lapan Kemas Kini Kemajuan ETP pada 2011.

Kira-kira 110 projek sudah dilancarkan, 55 peratus daripada EPP sudah dimulakan dan pelaburan lebih RM179.2 bilion sudah dikeluarkan, iaitu satu jumlah yang tidak pernah dilakukan bagi tempoh 12 bulan, katanya.

Semua projek itu diunjurkan menyumbang kira-kira RM129.5 bilion bagi Pendapatan Negara Kasar pada 2020 dan mewujudkan 313,741 pekerjaan baharu menjelang 2020.

Mengenai Inisiatif Pemulihan Strategik yang dilancarkan pada Julai, Najib berkata beliau berkeyakinan bahawa kerajaan dengan kerjasama sektor swasta "boleh dan akan melaksanakan sepenuhnya, terutama di dalam pelaksanaan pemulihan struktur bagi membolehkan kita mencapai sasaran pelaburan."

Menjelang akhir tahun ini, Najib juga menyatakan bahawa 17 lagi subsektor perkhidmatan akan diliberalisasikan, bagi membolehkan penyertaan asing sehingga 100 peratus.

Sebelum itu, Malaysia sudah membuka 24 subsektor.

Najib mengulangi bahawa kerajaan terus komited mengurangkan peranannya di dalam perniagaan bagi membolehkan sektor swasta menjadi penerajunya, dengan memudahkan dan mengurangkan kos melakukan perniagaan serta membangunkan bilangan besar pekerja berkelayakan dan mahir.

Najib berkata : "Di hadapan terdapat cabaran dan ganjaran."

"Marilah kita pastikan semuanya berjalan lancar kerana kita perlu bekerja keras bagi tempoh sembilan tahun lagi," kata Najib sambil meningatkan bahawa negara perlu berada di atas landasannya kerana ia akan menerima kesan ketidaktentuan ekonomi global sedia ada dan peningkatan produktiviti penting bagi mencapai kejayaan masa depan negara ini.

"Malaysia sedang mengalami proses transformasi besar-besaran dengan matlamat akhir untuk menjadi destinasi pelaburan berdaya saing di seluruh dunia dan menjadi negara maju berpendapatan tinggi sepenuhnya menjelang 2020."


GTP bawa hasil ketara kepada rakyat

Program Transformasi Kerajaan (GTP) membawa banyak manfaat kepada rakyat di seluruh negara, manakala kesannya terhadap negara pula, sungguh mengagumkan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam nada rendah hati tetapi penuh gembira, Najib berkata GTP sekali lagi membuahkan hasil seperti yang diharapkan apabila semua tujuh Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) memberi kesan positif terhadap kehidupan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kedudukan sosio-ekonomi mereka, di samping menepati ideal yang terkandung dalam 1Malaysia. "Pada 2011, GTP sekali lagi menepati janjinya untuk membawa transformasi. Kita mencatat pencapaian kukuh dalam semua bidang, malah dalam sesetengah kes, bukan sekadar mencapai sasaran yang ditetapkan, tetapi melebihi matlamat serta kejayaan asal yang ingin dicapai GTP.

"Ringkasnya, pada 2011, jentera kerajaan mengekalkan momentumnya, bergerak dengan lebih lancar, pantas dan lebih cekap dalam menyampaikan hasil ketara kepada pihak yang ada kepentingan - rakyat Malaysia," katanya dalam prakata Laporan Tahunan GTP 2011 terbitan Jabatan Perdana Menteri.

Tujuh NKRA berkenaan ialah Mengurangkan Jenayah, Memerangi Rasuah, Menambah Baik Pencapaian Pelajar, Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah, Menambah Baik Infrastruktur Asas Luar Bandar, Menambah Baik Pengangkutan Awam Bandar dan Menangani Kenaikan Kos Sara Hidup.

Najib berkata GTP membawa kehidupan yang lebih baik untuk rakyat di bandar dan luar bandar, dengan kadar serta kemantapan yang kukuh.

"Pencapaian pada 2011 juga mencerminkan bahawa hasil yang dikecapi pada tahun sebelumnya bukan suatu kebetulan. Malah, ia membuktikan keberkesanan perancangan strategik dan kesungguhan kerajaan untuk mencapai sasaran serta hasil yang diharapkan untuk rakyat," katanga.

Perdana Menteri berkata, dalam semangat penuh ketelusan, kebertanggungjawaban dan membuat pembentangan yang tidak bersifat berat sebelah, laporan GTP ini menghidangkan secara telus tentang pencapaian dan kelemahan, pengajaran penting yang dipelajari serta perancangan kerajaan dalam memperjuangkan kepentingan rakyat.

Sejajar dengan itu, beliau mengalu-alukan maklum balas, kritikan membina dan syor daripada orang ramai tentang cara untuk menambah baik usaha yang perlu dilaksanakan melalui GTP apabila kerajaan memperhalusi sasarannya ke arah mencapai hasil yang lebih baik pada 2012 dan tahun-tahun berikutnya.

Beliau berkata, ketika memberi pandangannya tentang kemajuan GTP, sebuah panel bebas yang dianggotai pakar antarabangsa menegaskan bahawa program itu membawa kebaikan dan memacu transformasi sebenar seperti yang diharapkan oleh rakyat.

Katanya, GTP mencapai sesuatu yang dianggap mustahil apabila idea untuk mewujudkan perubahan dalam tempoh yang singkat sebelum ini dianggap tidak mungkin dapat dicapai.

"Dan, ia dicapai tanpa melibatkan belanjawan yang terlalu besar atau sumber yang mahal. Sebaliknya, ia adalah hasil daripada kesungguhan dan komitmen perkhidmatan awam, yang disokong pelan tindakan yang tepat, matlamat yang berorientasikan hasil serta fokus yang bertumpu kepada rakyat untuk membawa perubahan," katanya.

Perdana Menteri berkata, GTP mendapat pujian para pakar yang dihormati dalam bidang tertentu dan pemimpin negara membangun serta maju kerana keterangkumannya yang menyeluruh, pendekatan yang tidak bersifat konvensional dan kesan transformasi yang dihasilkannya.

"Mereka juga memuji cara kerja-kerja awal GTP yang meningkatkan keberkesanan perkhidmatan awam, hingga boleh dijadikan subjek dalam kajian kes.

"Di samping memberi manfaat kepada rakyat, GTP mengubah cara kerajaan bekerja dengan berkesan - menjadikan kami lebih telus, bertanggungjawab, cekap dan berorietasikan perkhidmatan. Apabila saya menyebut pada 2011 bahawa era "kerajaan paling tahu" sudah berakhir, saya menyatakannya dengan penuh kesedaran tentang perkara itu," katanya.

Najib berkata, GTP menjadi bukti tentang betapa perlunya kerajaan mengamalkan budaya mesra rakyat, berfungsi sebagai sebuah organisasi yang proaktif serta mengutamakan kepentingan rakyat.

Katanya, secara menyeluruh, GTP merupakan sebuah rancangan yang meliputi tempoh sembilan tahun dan terbahagi kepada tiga ambang masa, yang masing-masing meliputi tiga tahun, manakala ketika ini, Malaysia masih berada di ambang pertamanya (2010-2012) dan oleh itu, segala usaha perlu disempurnakan sebelum 2020.

Perdana Menteri berkata, walaupun beliau menjangka laluan yang akan ditempuhi amat mencabar berikutan suasana ekonomi dunia yang penuh bergelora, namun momentum untuk mencapai kejayaan besar akan terus terpelihara dan tidak menggugat cita-cita Malaysia untuk menjadi sebuah negara maju yang harmoni, makmur serta berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Dalam kita meneruskan perlumbaan ini dengan penuh berhemah dan melakar kejayaan kukuh serta bersatu-padu melalui 1Malaysia, kami akan pastikan, secara menyeluruh, Malaysia akan melepasi garis penamat perlumbaan itu," katanya.

 ********************************************

Kita sebagai rakyat Malaysia yang merdeka, mempunyai akal fikiran yang luas dan bijaksana serta mampu berfikir dengan kematangan akal dan pengamatan dari apa yang kita lihat, rasai dan nikmati sekarang ini adalah kerana kita mempunyai pemimpin yang ingin membawa Malaysia kearah yang lebih baik dari semua sudut.

Perancangan dan Perlaksanaan terus berkembang maju. Keberhasilannya juga telah menampakkan hasil serta pulangan kepada rakyat. Jadi untuk meneruskan kelangsungan ini, kita (kerajaan) hanya perlukan sokongan, dokongan yang tidak berbelah bagi agak kuasa pemerintahan yang ada sekarang ini terus kekal dan dimiliki oleh Barisan Nasional (BN)

Saya penuh percaya dan yakin, lebih banyak kemajuan, kemudahan serta kesenangan rakyat yang akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat jika Barisan Nasional terus memegang tampuk pemerintahan negara.

Oleh yang demikian,kepada seluruh rakyat Malaysia tidak kira bangsa Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Melanau dan sebagainya, berilah kepercayaan serta keyakinan kepada Barisan Nasional untuk meneruskan dan melaksanakan agenda pembangunan negara kita yang tercinta ini.

Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!

"KUASA BELIA"
   

BUKTIKAN DULU WAHAI PEMBANGKANG

RETORIK PEMBANGKANG : 
PTPTN DIMANSUHKAN 
JIKA PEMBANGKANG MEMERINTAH.
BUKTIKAN DULU 
DI P.PINANG, KEDAH, KELANTAN DAN SELANGOR


Berikut kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Balik Pulau dari PKR, Saudara Yusmadi Yusoff :-

Pakatan Rakyat (PR) bertegas akan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan menukarnya kepada skim biasiswa yang lebih mesra rakyat. Menurutnya, PR akan merombak PTPTN jika berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kerana berpendapat pelajaran percuma untuk rakyat adalah keutamaan negara.

“Kita sudah membuat kira-kira, kerajaan sebenarnya mampu menyediakan pendidikan percuma kepada rakyat dari peringkat bawah hingga tertinggi.. “PTPTN amat menghukum dan perlu dibatalkan. Oleh itu, kita akan rancang satu skim yang lebih membantu,” katanya.

Katanya, kerajaan sepatutnya sudah berjaya menyediakan pendidikan­ percuma kepada rakyat dengan kekuatan ekonomi sedia ada.“Sebagai kerajaan, memang mereka wajib menyediakan pendidikan percuma seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara," katanya.

Pada 14 April ini, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan mengadakan satu perhimpunan besar-besaran menuntut pinjaman PTPTN dimansuhkan di Dataran Merdeka yang dijangka dihadiri 5,000 orang.
Sebelum itu, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, partinya akan menyokong tindakan pelajar yang akan berhimpun menuntut supaya PTPTN dihapuskan.


*******************************************************

Sedarlah anak muda, sedarlah golongan belia, sedarlah mahasiswa, sedarlah para pengundi semua, inilah dinamakan retorik pembangkang. Menjanjikan sesuatu yang tak pasti terlaksana. Menjanjikan sesuatu yang mustahil akan berlaku. Inilah juga dinamakan "menghalalkan cara" agar dapat menarik minat undi anak muda semasa PRU-13 nanti. Inilah juga dinamakan memperlekeh, mempergulakan golongan anak muda agar terus menyokong dakyah pembangkang yang kelihatan"lembut gigi dari lidah".

Sampai bila kita harus DITIPU, DIPERDAYA DAN DIPERBODOHKAN oleh pembangkang yang hanya tahu bermain berpolitik dan merencanakan sahaja!!! Mereka tidak pun MENTERJEMAHKAN dengan TINDAKAN agar rakyat terbela dan terpelihara.

Memang benar dan kita mengakui bahawasanya negeri Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor dikuasai mereka. Saya ingin mengutarakan persoalan yang amat jelas kepada kerajaan negeri-negeri yang dikuasai pembangkang ini,

"Jikalah benar hasrat pembangkang ingin menghapuskan pinjaman PTPTN jika mereka berjaya menguasai kerajaan pusat, KENAPA MEREKA TIDAK MELAKSANAKANNYA TERLEBIH DAHULU DINEGERI-NEGERI YANG MEREKA KUASAI SEKARANG INI?"

Buktikan kepada kami semua bukannya sekadar omongan kosong semata-mata untuk memancing undi.

Sudah semestinya disetiap negeri mempunyai Skim Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri ataupun Yayasan Negeri yang menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelajar. Maka adalah WAJAR mereka menghapuskan pinjaman dan baki pinjaman yang masih ditangung oleh para pelajar di negeri terbabit.

NEGERI SELANGOR

Sebagai contoh Negeri Selangor mempunyai universitinya sendiri dan adalah WAJAR universiti ini memberikan pengajian percuma kepada pelajarnya dan sebagai contoh kepada negeri negeri pembangkang yang lain......kenapa tidak laksanakan?


PULAU PINANG

Jumlah pinjaman yang ditawarkan mengikut taraf kursus:

Ijazah Sains RM 5,000 setahun

Ijazah Sastera RM 4,000 setahun

Diploma Lanjutan Sains RM 5,000 setahun

Diploma Lanjutan Sastera RM 4,000 setahun

Diploma RM 3,000 setahun

Sijil RM 2,000 setahun
Pinjaman juga diberikan kepada Pelajar Pengajian Jarak Jauh dan Luar Kampus dengan kadar:


Kadar (Setahun) Jangkamasa (Maksimum)

Ijazah (Sains) RM 4,500 5 tahun

Ijazah (Sastera) RM 3,500 4 tahun

Diploma RM 2,000 3 tahun
Pinjaman kepada pengajian peringkat Sarjana dan PhD (pengajian dalam negeri sahaja):


Kadar (Setahun) Jangkamasa (Maksimum)

Sarjana RM 5,000 3 tahun

PHD RM 5,000 3 tahun
Faedah yang dikenakan 2% selama 5 tahun
Dua(2) Orang Penjamin Bergaji RM1,000 ke atas diperlukan apabila Surat Perjanjian ditandatangani.
Permohonan boleh dibuat secara Online di Laman Web berikut :- http://epp.penang.gov.my/

NEGERI KEDAH

Kadar pinjaman yang diberikan oleh Lembaga Biasiswa Negeri Kedah. Boleh layari laman web www.ibnk.gov.my untuk rujukan.

Sijil 
RM 2,500.00 (setahun)


Diploma
RM 3,500.00 (setahun)

Ijazah Sarjana Muda
RM 5,500.00 (setahun)

Ijazah Sarjana
RM 6,500.00 (setahun)

Doktor Falsafah (PhD.)
RM 8,000.00 (setahun)


Nah, sekarang lakukanlah dan buktikan jika benar pembangkang ingin membantu meringankan beban pelajar dan keluarga daripada bebanan hutang pinjaman pendidikan ini. MANSUHKANLAH. Jangan hanya pandai berkata-kata,

Jadi kepada peminjam PTPTN, hutang pengajian perlulah dibayar. Kerajaan telah menyediakan kemudahan ini untuk membantu kita dalam usaha melanjutkan pengajian di peringkat tertinggi. Zalim ke PTPTN ini ??

"Masa nak berlajar dulu punya la minta wang pinjaman PTPTN ..tapi bila sudah bekerja tak nak bayar dan...buat tak tahu je pulak ....kalau dah pinjam, tak nak bayar balik ke?. pakai kereta mahal boleh bayar tiap-tiap bulan loan bank , tapi PTPTN yang hanya kutip RM 100 pun tak nak bayar ke...? Ingatlah orang lain jugak nak merasa juga...kok kita ni tak bayar bagaimana pula mereka..Jangan fikir senang sendiri dan orang lain dibiar melarat.....". Inilah luahan kenalan yang kesal dengan sikap sesetengah peminjam PTPTN sehinggakan ianya menjadi modal pembangkang semata-mata kononnya membela dan perihatin terhadap rakyat,

Dalam Islam sendiri kita disuruh membayar balik hutang kerana azabnya amat berat. Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda :-

يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين

"Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang"
( Riwayat Muslim, 6/38)

Kepada semua usahlah tertipu. Dengarkanlah, ini adalah retorik semata-mata. Cukuplah sekali tertipu bukannya untuk kedua kali.

Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!

"KUASA BELIA"