Wednesday 23 May 2012

UCAPAN SEMPENA HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2012


Syukur Alhamdulillah pada pg ini kita dapat meraikan Sambutan Hari Belia Negara Per.Negeri Sembilan. Jutaan Terima kasih kepada YAB Dato’ Seri di atas kelapangan hadir bagi sama-sama meraikan hari yang penuh bermakna ini seterusnya merasmikan sambutan  hari ini, Sambutan yang begitu bermakna bagi golongan muda yakni belia yang merupakan asset penting pd Negara.


YAB Dato’ Seri, YB, Dato’2, Sdg Hadirin sklian…

Sesungguhnya kami golongan belia mengakui bahawa bagi mencorak masa depan belia apa yang perlu adalah kerjasama yang baik diantara golongan belia dengan pihak Kerajaan. Apa tah lagi hari ini jelas menampakkan bahawa Kerajaan benar2 memahami kehendak serta keinginan golongan belia.

Ini jelas terbukti dengan kenyataan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri didalam Majlis Perasmian Hari Belia Negara pada 15 Mei baru-baru ini di Sunway Piramid.

Saya amat tertarik dengan kenyataan YAB TPM pada ketika itu yang menyatakan bahawa kerajaan pada hari ini tidak lagi seperti dahulu, dimana jika dahulu kerajaan mengatakan bahawa mereka tahu serba-serbi tentang negara, tetapi ianya tidak berlaku untuk golongan belia.

Saya juga tersenyum apabila YAB Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan pada hari ini ingin sekali mengetahui apa yang diingini serta apa yang diperlukan oleh para belia, ini kerana kerajaan pada hari ini lebih senang dengan golongan  belia kerana kerajaan sedar, bahawasanya golongan belia ini adalah pelapis yang akan menerajui negara dimasa hadapan. Saya tersenyum bukannya apa para hadirin sekelian, saya tersenyum kerana kenyataan yang sama pernah di zahirkan oleh YAB Dato’ Seri Utama 3 tahun lalu di dalam kunjungan hormat MBNNS kepada beliau. “Tell me what the youth want..Bagitau saya..bagitau saya. Kehendak serta naluri belia zaman saya berbeza dengan kehendak belia pada waktu ini so pls tell me what the youth want”. Dan pada 15 Mei yang lalu, YAB TPM pula mengeluarkan kenyataan yang serupa.

Ini menunjukkan bahawa pemimpin no 1 kita ini iaitu YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan lebih advance atau lebih mendahului pandangannya daripada pemimpin pusat. Itulah keistimewaan yang ada pada YAB idola belia kita ini.

Ini juga membuktikan bahawa pemimpin tertinggi kerajaan kita baik di negeri mahupun di pusat semuanya mengambil berat dan prihatin terhadap pembangunan golongan belia di negara ini. Saya juga yakin dan percaya apa diperkatakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri itu digunapakai oleh semua pemimpin tidak kira di peringkat mana sekalipun. Sememangnya belia hari ini memerlukan kerajaan serta pegawai2 yang mesra belia yang peka, tangkas dan aktif selari dengan minda dan kreativiti anak muda atau dgn apa yg kita katakan dan bukan hanya banyak berbunyi tanpa tindakan apatah lagi hanya melihat dan mencari salah orang muda. Segalanya harus ditunaikan..selari dgn gagasan 1Malaysia “Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan”. Dan kini masanya juga telah tiba bukan sahaja suara belia perlu didengari malah suara belia mesti dirasai..Dari belia Kepada belia untuk belia. Denyut nadi belia juga harus benar2 difahami dan dihayati secara inklusif.

Alhamdulillah...Untuk makluman YAB Dato' Seri dan seluruh hadirin..setelah berbincang dengan Kementerian belia dan sukan Malaysia, Majlis belia Malaysia dan Jabatan Belia Dan sukan NS, MBNNS telah mendapat lampu hijau untuk melaksanakan Dewan Undangan Negeri Belia NS dalam jangka masa terdekat ini. Ini bagi membolehkan belia2 dari pelbagai sektor boleh mengutarakan pelbagai isu belia da masa depan belia dalam satu platform yang formal. Insya'allah kita akan menjadi negeri pertama yang akan melaksanakan DUN Belia NS.
Ini kerana kita telah ada kaedah dan mekanisme sendiri utk mewujudkan DUN Belia dimana sektor2 yang berimpak tinggi diwakili oleh setiap pemimpin2 belia seperti yang dihasratkan oleh YAB MB. Cthnya belia yang dari anggota keselamatan awam, doktor, jurutera, peguam , usahawan, pendidik, bhg.kesenian, kesukanan dll.
YAB Dato’ Seri dan para Hadirin sklian…

Golongan Belia bukannya minta disanjung, ditatang atau di puja, apa yang kami inginkan ialah perhatian serta kebajikan untuk kami terus mara kehadapan dalam menempuh segala cabaran demi untuk merealisasikan impian kerajaan dalam menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti. Belia tidak wajar dilihat sebagai golongan yang menyusahkan tetapi golongan yg cemerlang dikalangan yang terbilang. Seluruh Belia di Negeri Sembilan amat yakin bahawa Kerajaan Negeri Sembilan begitu rapat bersama belia..terima kasih YAB Dato’ Seri dan kita mengharapkan semua perhatian sentiasa terus diberi kepada golongan belia. Justeru itu, saya menyeru kepada rakan2 belia semua agar terus memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan kerajaan yang sediada.

InsyaAllah Dato’ Seri, kami akan terus berjuang untuk kemakmuran serta kejayaan Negeri Sembilan, kerana kami tahu bahawasanya kami mewarisi kepimpinan negara ini daripada generasi yang terdahulu daripada kami dan kami juga akan mewariskannya kepada generasi yang akan datang. Kami amat yakin, dengan perhatian yang diberikan oleh pihak kerajaan, maka kami mampu untuk mewariskan tanah bertuah ini dalam keadaan yang lebih baik serta ekonomi yang lebih kukuh kepada generasi-generasi selepas kami. Saya yakin dan percaya bahwa seluruh kepimpinan di negeri ini tidak melihat belia-belia sinonim dengan program-program yang dipanggil hanya memenuhi kerusi-kerusi yang kosong sahaja tetapi melihat belia dalam konteks yang luas sebagai pemimpin yang berkarisma merentasi semua bidang.

Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari belia peringkat negeri sembilan kepada semua belia  diseluruh negeri ini khususnya dan seluruh negara amnya dan jangan lupa, mari kita beramai-ramai ke putrajaya untuk menyambut himpunan jutaan belia pada 23 hingga 27 mei nanti. JADIKAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI...

Sekian sahaja ucapan saya, mohon maaf atas kesilapan. wabillahitaufik walhidayah wasalamu'alaikum warah matullahi wabarakatuh.


Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.