Thursday 26 April 2012

Ambiga !!! Ini Malaysia Bukan Bangladesh



Berikut kenyataan yang dibuat oleh Datuk S.Ambiga semasa sesi debat bersama YB.Khairy Jamaludin yang diadakan semalam berkaitan Himpunan Bersih 3.0 yang dirancang pada 28hb.April ini.   

Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga menggesa agar Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ditangguh sehingga kesemua lapan tuntutan yang dikemukakan pertubuhan itu sebelum ini bagi menjamin pilihan raya yang bersih dan adil benar-benar menjadi kenyataan.

Katanya, kerajaan Malaysia patut meniru apa yang Bangladesh buat - menunda tarikh pilihan raya selama setahun bagi membersihkan senarai pemilihnya.....Datuk S.Ambiga


Persoalan yang ingin saya nyatakan disini dan dikongsikan bersama dengan para pembaca, kenapa kita harus meniru seperti negara Bangladesh untuk menangguhkan pilihanraya bagi tujuan membersihkan senarai nama pemilih yang dikeluarkan oleh SPR?


Sedarkah oleh beliau, kuasa untuk membubarkan parlimen adalah terletak diatas kebijaksanaan Perdana Menteri. Manakala isu senarai nama pemilih yang hangat dikatakan boleh dianggap selesai serta pengakuan berani oleh SPR bahawasanya seramai 40,803 orang adalah pemilih yang meragukan. Ianya pengakuan yang cukup berani serta SPR juga menyatakan ianya bukan didalam bidang kuasanya kerana ia melibatkan Jabatan Pendataran Negara.



Jadi kita perlukan jalan penyelesaian, adalah lebih baik kita mengambil jalan mudah dengan mewartakan nama-nama ini dalam tempoh masa tertentu jika tiada maklum balas atau respon daripada penama-penama ini maka adalah lebih baik dibuang atau dipadamkan terus dari senarai nama pemilih. Itu adalah salah satu pilihan bagi mencari jalan penyelesaian segera. Maka tidak perlu berhimpun atau berdemonstrasi sepertimana pihak pembangkang mahukan.

Saya sebagai anak muda amat marah dan tersinggung apabila kenyataan yang dibuat oleh Datuk S.Ambiga apabila meminta menangguhkan pilihanraya seperti yang dilakukan oleh negara Bangladesh.

Kenapa perlu meniru Bangladesh? Kenapa tidak meminta Malaysia meniru seperti negara New Zealand, Denmark, Finland ataupun Sweden. Jangan beliau menyamakan Malaysia dengan Bangladesh. Kuno, lekeh dan teruk sangatkah Malaysia ini?

Apa yang saya nyatakan ini adalah fakta. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk S Ambiga agak melampau dan boleh menguris perasaan rakyat Malaysia. Ini hurai dan fakta yang ingin saya jelaskan kenapa Bangladesh perlu menangguhkan pilihanrayanya?


Sedarkah kita, Bangladesh adalah antara negara yang mengamalkan gejala rasuah yang tertinggi didunia dengan index yang diperolehi bagi tahun 2011 adalah sebanyak 2.7 ( 0 adalah terbaik - 10 paling teruk) sepertimana yang dikeluarkan oleh agensi Transperancy International dan merupakan negara ke tangga 120 paling teruk mengamalkan gejala rasuah di seluruh dunia.

Berikut index yang dikeluarkan oleh agensi ini untuk negara Bangladesh.

Tahun 2011 - 2.7
Tahun 2010 - 2.4
Tahun 2009 - 2.1
Tahun 2008 - 2.0
Tahun 2007 - 2.0
Tahun 2006 - 1.7
Tahun 2005 - 1.5
Tahun 2004 - 1.3
Tahun 2003 - 1.2

Manakala negara yang bersih dan bebas dengan gejala rasuah adalah (1) New Zealand 9.5, (2) Dermark 9.4, (3) Finland 9.4 dan (4) Sweden 9.3. Malaysia pula berada di negara 60 dari seluruh dunia.

Oleh yang demikian adalah tidak wajar bagi Malaysia meniru sepertimana yang dilakukan oleh negara Bangladesh dengan menangguhkan pilihanraya negara tersebut. Ini kerana, negara terbabit adalah sebuah negara yang tidak bersih benar-benar didalam kelompok yang mengamalkan rasuah.

Sudah semesti kerajaan Bangladesh ingin terus mengekalkan kuasa yang ada agar kegiatan mereka tidak diketahui atau dikesan oleh rakyat yang pastinya akan menghukum kerajaan yang sedia ada dalam pilihanraya yang akan diadakan. 


Jika tidak kerajaan tersebut akan menerima nasib seperti 10 nama pemimpin dunia yang dilabelkan antara pemimpin yang mengamalkan rasuah. Jadi mahu atau pun tidak kerajaan Bangladesh perlu menangguhkan dahulu pilihan raya bagi mengelakkan kerajaan yang ada tersungkur.   


Ianya berbeza dengan politik Malaysia dan mengapa Malaysia harus menirunya. Jangan terpedaya dengan apa yang dikatakan Datuk S Ambiga, ianya lebih kepada kepentingan politik pembangkang.



Berikut 10 senarai pemimpin dunia yang mengumpulkan harta melalui rasuah untuk pengetahuan pembaca.

  1. Suharto, Indonesia - USD15 hingga USD35 billion
  2. Ferdinand Marcos, Filipina - USD5 hingga USD10 billion
  3. Mobutu Sese Seko, Congo - USD5 billion
  4. Sani Abacha, Nigeria - USD2 hingga USD5 billion
  5. Slobodan Milosevic, Yugoslavia - USD1 billion
  6. JC Duvalier, Haiti - USD300 hingga USD800 juta
  7. Alberto Fujimori, Peru - USD600 juta
  8. Pavlo Razarenko, Ukraine - USD114 hingga USD200 juta
  9. Arnoldo Aleman, Nicaragua - USD100 juta
  10. Joseph Estrada, Filipina - USD78 hingga 80 juta

Oleh yang demikian, saya berharap pihak-pihak terbabit janganlah mempergula-gulakan dan memberi hujahan serta fakta sokongan yang dangkal untuk memperbodohkan rakyat Malaysia yang sememangnya sedar bahawasanya pihak pembangkang akan menggunakan kaedah menghalalkan cara agar tujuan dan matlamat mereka tercapai. Marilah bersama kita boikot Bersih 3.0.




Salam Perjuangan


" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "



Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri.Negeri Sembilan




UNTUK BELIA 27 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"


Melayu antara pendaftar teramai SPR



Dalam kita menghitung serta mencongaknya bilakah pilihanraya akan diadakan, kita juga sebagai rakyat Malaysia perlu tahu dan sedar bahawasanya saban tahun jumlah pengundi di negara ini semakin bertambah dengan dipolopori oleh kaum Melayu.

Tanggungjawab untuk mendaftar sebagai pengundi harus ditanam serta disemai kepada seluruh rakyat Malaysia kerana ianya adalah tanggunjawab kita sebagai rakyat.
  
Maklumat terkini seramai 2,270,002 pengundi baru didaftarkan dari 2008 hingga 2011 dan kaum Melayu adalah pemilih baru paling ramai yang mendaftar.

Tahun 2008 - 155,420 pemilih  
Tahun 2009 - 279,270 pemilih  
Tahun 2010 - 826,462 pemilih  
Tahun 2011 - 1,008,850 pemilih  



Pecahan Mengikut Kaum.

Tahun 2008

Melayu                           - (53 peratus) 82,309 pemilih
Cina                               - (29.4 peratus)
India                              - (8.1 peratus).

 

Tahun 2009

Melayu                           - (67.3 peratus)187,828 pemilih
Cina                               - (19.8 peratus)
Bumiputera Sarawak     - (4.8 peratus)


Tahun 2010

Melayu                           - (56.4 peratus) 466,137 pemilih
Cina                               - (27.0 peratus)
India                              - (6.6 peratus).

 

Tahun 2011

Melayu                           - (60.6 peratus) 611,498 pemilih
Cina                               - (22.0 peratus)
India                              - (6.7 peratus).


Negeri yang mencatatkan pendaftaran tertinggi.

Selangor               - 165,222 orang
Johor                    - 124,240 orang
Perak                    - 96,710 orang
Sabah                   - 86,927 orang
Kedah                   - 84,704 orang
Kelantan              - 69,344 orang
Pulau Pinang        - 64,029 orang
Sarawak               - 63,305 orang
Kuala Lumpur      - 61,040 orang
Pahang                 - 59,639 orang
Terengganu          - 45,190 orang
Negeri Sembilan   - 42,009 orang
Melaka                 - 31,827 orang
Perlis                    - 9,881 orang
Labuan                 - 2,863 orang
Putrajaya              - 1,920 orang


Manakala jumlah pengundi yang meragukan adalah seramai 40,803 orang tetapi ianya diluar bidang kuasa Suruhajaya Pilihanraya Malaysia.


Oleh itu kepada mereka yang akan mengundi buat pertama kali, tunaikan tanggungjawab anda nanti dan jangan lupa pilihan kita serta pilihan orang muda hanyalah Barisan Nasional.


Salam Perjuangan


" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "



Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri Umno Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri Umno Bah.Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri.N.Sembilan.
 


UNTUK BELIA 27 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"