Saturday 22 December 2012

Penghargaan JPAM hadiah buat belia Negeri Sembilan

 Tq JPAM... Cenderamata dari Ketua Pengarah Pertahanan Awam Malaysia, Dato' Sulaiman b.Hj.Keling...


 Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana saya telah dikejutkan dengan Anugerah penghargaan di atas sumbangan penglibatan belia sebagai sukarelawan JPAM dalam masa yang sama melibatkan JPAM dalam program-program yang dianjurkan. 

Penghargaan ini diumumkan oleh Pengerusi Majlis, di Majlis Makan Malam Bersama Pegawai Kehormat & Bersekutu Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, semalam.

Awal sehingga akhir majlis, tujuan saya hadir sebagai tetamu jemputan, sempat jugalah bersama suami dan anak sulung bersama-sama di dalam majlis tersebut.

Apapun saya memanjatkan rasa syukur ini. Sesungguhnya penghargaan yang di berikan oleh JPAM kepada saya bukanlah kerana komitmen saya seorang di dalam menggerakkan belia bersama JPAM.

Saya baru sahaja ditauliahkan Mejar Bersekutu (PA) Wan Salwati Haji Abdullah pada bulan tiga tahun ini. Tidak sangka pula JPAM menghargai usaha secepat ini. Namun begitu, penghargaan ini merupakan penghargaan buat adik-adik belia yang sentiasa bersama di dalam apa sahaja aktiviti.

Sesungguhnya, kejayaan ini saya kongsikan bersama adik-adik belia yang sentiasa bersama aktiviti-aktiviti yang MBN anjurkan.

Peranan-peranan belia tidak mungkin dilupakan, kerana mereka, saya tidak mampu mengalas tanggungjawab yang amat berat ini, namun ia satu amanah yang perlu saya laksana dan saya perkasakan.

Menurut Pengerusi yang mengumumkan anugerah ini kepada saya, saya di pilih atas khidmat bantuan bersama dalam JPAM. Usahkan saya, apa lagi Pengarah JPAM Negeri Sembilan juga agak terkejut dengan pengumuman ini.

Hmmmmm.. segan dan malu juga bila pengerusi mengumumkan anugerah ini diberikan kepada saya di atas usaha aktif membawa JPAM bersama di dalam setiap aktiviti belia dalam masa yang sama penyertaan belia sebagai sukarelawan JPAM sangat dihargai.

Benarlah apa yang dimaksudkan dengan Qada dan Qadar.. apabila kita tidak terfikir sesaat yang berlaku di hadapan kita, sama ada bersedia atau terkejut, kita kena hadapinya dengan senyuman.

Apa lagi ayat yang boleh digantikan dengan perasaan bangga. Saya cuma mampu menakrifkan perkara ini dengan satu perasaan yang sepatutnya dan akan saya kongsikan dengan para belia yang sentiasa berdiri di sisi saya. Terima kasih belia.. kejayaan ini kejayaan buat kita semua.. 

Terima kasih di atas sokongan suami juga anak-anak yang sentiasa memahami kesibukan isteri dan ibu mereka.






Terima kasih JPAM
Terima kasih 'Yang' dan Ayah
Terima kasih suami dan anak-anak
Terima kasih adik-adik dan saudara mara
Terima kasih para belia
Terima kasih semua.. :)


Mejar Bersekutu (PA) Wan Salwati Hj Abdullah

Nippon Kayaku intai pelaburan di Negeri Sembilan


Seremban, – Negeri Sembilan bakal menerima pelaburan berjumlah $6.5bil yen dari sebuah syarikat Jepun, Nippon Kayaku yang bakal beroperasi di Sendayan.

Di dalam masa yang sama ini akan membuka peluang pekerjaan kepada rakyat di negeri ini.

Bukan sahaja memberikan peluang pekerjaan, pelaburan syarikat tesebut dijangka akan mengiatkan lagi ekonomi negeri di dalam sektor perindustrian dan perkilangan.

Berikut sedutan ucapan Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan ketika berucap di Majlis Malam Mesra Krismas anjuran MCA Negeri Sembilan di City Kingdom, Taman AST, semalam
.

Sumber : n9kini.com

Persatuan Belia digesa fokus mengisi ruang pekerjaan dalam sektor perindustrian


Seremban, – Di Negeri Sembilan, sektor perindustrian dan perkilangan merupakan faktor utama perkembangan ekonomi negeri ini.

Kerajaan Negeri telah membuka pintu pelaburan kepada perindustrian dan perkilangan yang hendak beroperasi di negeri ini sejak beberapa tahun lalu.

Sektor ini turut menyumbang peningkatan GTP negeri sebanyak 5.9% berbanding GTP negara 5.1% pada tahun lalu.

Namun, sejak kebelakangan ini berlaku kekurangan pekerja di sektor ini dan masalah ini sering dibincangkan dalam mesyuarat pelaburan negeri setiap tiga bulan sekali.

Menurut Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan di sidang media ringkas selepas mesyuarat mingguan EXCO di Wisma Negeri semalam, Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan dan syarat kepada perindustrian agar mengurangkan pengambilan pekerja asing sehingga 50% kerana peningkatan pekerja asing di negeri ini pernah mencapai sehingga 80-85% dan amat mengusarkan penduduk tempatan.

“apabila kita mengeluarkan arahan sejak dua tahun lalu pula, masalah kekurangan pekerja dihadapi oleh sektor perindustrian ini pula sehingga Kerajaan Negeri turut memandang masalah ini secara serius.”

“Ia turut dibangkitkan dalam mesyuarat pelaburan, kilang-kilang Malaysia telah mengemukakan masalah kesukaran mendapat pekerja. Jika ada yang bekerja, tidak tahan lama, mungkin ini perangai pemuda tempatan di sini.”

Tambah Menteri Besar lagi, “jika sektor ini terjejas dan menghadapi masalah ia akan menjejaskan ekonomi kita dalam masa yang sama, dalam dialog bersama Majlis Pembangunan Belia Negeri (MPBN), mereka melontarkan tak ada peluang pekerjaan.”

“tetapi dalam masa yang sama, kita turut hairan, belia tempatan umpama nenek kebayan, siang tidur, malam berjaga. Semua perlu melihat, kewajipan dan keutamaan yang diberikan kerajaan sehingga kepada peluang pekerjaan, tetapi mereka sendiri tak pernah mahu merebut peluang ini.” tambah beliau lagi.

“Ini merupakan dilema dan Persatuan Belia perlu sahut cabaran ini. Dulu minta jangan diutamakan orang luar..

“Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan beberapa kumpulan yang menuntut perkara ini sekiranya ia tidak mencapai apa yang pernah mereka minta, apa yang penting sektor perindustrian negeri ini berkembang pesat yang telah menjadi faktor utama negeri ini.” tambahnya lagi.

“Jika ini terus-terusan berlaku, Kerajaan Negeri tidak teragak-agak untuk membuat keputusan yang tidak popular.. apa yang penting bukan populariti.. tetapi ini merupakan langkah terbaik bagi memastikan ekonomi negeri ini akan terus berkembang dan menjadi penyumbang utama.

Sambung beliau, “Kerajaan Negeri mengeluarkan arahan secara pentadbiran kerana dasar perindustrian dikeluarkan melalui Kerajaan Pusat. Tetapi sekiranya masalah ini tidak ditangani, kita tidak teragak-agak untuk membenarkan pekilang mengambil pekerja asing lebih dari 50%.”

Sumber : n9kini.com

Penyampaian Sumbangan kepada 20 orang penerima sumbangan di Pusat Khidmat Masyarakat BN DUN Ampangan...










Lawatan ke Parlimen Malaysia

Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.

Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sidang Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Persidangan terkini adalah merupakan kali ke-12, dirasmikan di bangunan parlimen pada 28 April, 2008. Speaker Parlimen kini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dilantik menggantikan Ramli Ngah Talib.

Komposisi terkini
Lihat juga: Parlimen Malaysia 2008, Ahli Dewan Rakyat

Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan mengadakan lawatan dan merasakan sendiri aura tersebut pada Khamis lalu (20 Disember 2012).

Benar, berlaku tsunami politik pada PRU12, namun setelah lima tahun berlalu, akan kami usaha merubah keputusan ini dan mengembalikan 2/3 untuk kemenangan BN di Dewan Rakyat dan juga Dewan Negeri. 

















Di bawah merupakan keputusan PRU12 yang akan kita kembalikan 2/3 kepada BN. Semoga misi ini mencapai sasarannya.

Belia bangkit!!

Keputusan Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-12 pada 8 Mac 2008 bagi Dewan Rakyat

Undian
% undi
Kerusi
% kerusi
+/–
4,082,411
50.27
139
63.1
58
2,381,725
29.33
78
35.6
30
840,489
10.35
15
6.8
16
179,422
2.21
3
1.4
6
184,548
2.27
2
0.9
8
131,243
1.62
14
6.3
3
119,264
1.47
6
2.7
52,645
0.65
4
1.8
33,410
0.41
6
2.7
6
58,856
0.72
4
1.8
44,885
0.55
3
1.4
1
30,827
0.38
2
1.4
1


1
0.5
8,297
0.10
1
0.5
1
16,800
0.21
0
0
1
Barisan Alternatif (Kini dikenali sebagai Pakatan Rakyat):
3,796,464
46.75
83
36.9
62
1,509,080
18.58
31
14.0
30
1,140,676
14.05
24
10.4
16
1,118,025
13.77
28
12.6
16
Tidak mewakili sebarang parti (dan lain-lain)
65,399
0.81
0
0
1
Jumlah keseluruhan
7,944,274
100
222
100
3
*PBRS memenangi satu kerusi sahaja menerusi menang tanpa bertanding ketika hari pencalonan
Sumber: Sin Chew Jit Poh[1], Malaysia