Saturday 28 April 2012

BERITA TERKINI BERSIH 3.0 ( 8.00 pg- 12.00 tgh ) :


BERITA TERKINI BERSIH 3.0 ( 8.00 pg- 12.00 tgh ) :

LAPORAN LANGSUNG DARI IBUKOTA.. mengapa mereka yang menyertai himpunan ini sanggup diperalatkan oleh pihak pembangkang yang tidak bertanggungjawab terhadap keamanan negara Malaysia yang tercinta ini.....

Ibunegara hari ini menjadi tumpuan seluruh dunia menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini.

Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai pagi ini.

11.38am Dataran Merdeka - Orang ramai di Persimpangan Jalan Tun Perak-Jalan Parlimen, berjumlah ribuan orang, sekarang berarak di sepanjang Jalan Kinabalu menuju ke arah Masjid Negara.

11.35am Brickfields - Peserta berjumlah kira-kira 1,000 orang, memecah benteng polis dan kini berarak ke arah Dataran Merdeka.

Anggota polis kelihatan seperti membiarkan mereka lalu.

11.30am Brickfields - Kira-kira 1,000 orang cuba untuk berarak tetapi dihalang oleh kira-kira 60 anggota polis di Jalan Tun Sambathan.

Kumpulan itu kini duduk di hadapan polis dan menyanyikan lagu Negaraku.

11.25am Jalan Tun Perak - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 sampai ke Menara Maybank, yang terletak tidak jauh dari Dataran Merdeka.

Oleh kerana jalan ke Dataran Merdeka telah ditutup, maka mereka menuju ke arah Pudu Sentral, tumpuan utama perhimpunan BERSIH tahun lepas.

11.19am Masjid Negara - Sembilan trak polis baru melepas Masjid Negara menuju ke Dataran Merdeka. Mereka mendapat tepukan gemuruh orang ramai.

11.15am Masjid India - Jumlah orang ramai semakin bertambah di luar bangunan BSKL.

11.15am Masjid Negara - Empat trak polis meninggalkan kawasan tersebut.

11:13am Jalan P Ramlee - Peserta Himpunan Hijau berarak dari KLCC ke arah Jalan Raja Chulan.

Mereka melaungkan "Bersih" dan beberapa peserta membantu memudahkan aliran trafik.

Dianggarkan jumlah peserta sudah mencecah 20,000 orang di lokasi berlainan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

11.10am PASAR SENI 20 Unit Amal mengawal Ambiga yang tiba bersama anggota j'kuasa BERSIH P Subramaniam & Andrew Khoo.

11.10am PASAR SENI Pemimpin BERSIH Andrew Khoo memberitahu media, polis membesarkan kawasan yang dilarang mahkamah.

11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu: Saya dan Isham Rais ke sana untuk mententeramkan peserta BERSIH agar tidak masuk ke kawasan Dataran Merdeka. Kami larang peserta pijak rumput hijau

11.00am MASJID NEGARA Mat Sabu bidas menteri dalam negeri bahawa dia serbu Dataran pagi tadi.

10.55am Masjid Negara - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tiba di Masjid Negara dan diberikan sambutan wira oleh orang ramai.

10.54am KLCC - Beberapa orang ditangkap di sini selepas orang ramai, dianggarkan 10,000 orang, mula berarak ke arah Masjid Jamek.

Mereka memecah benteng polis di Jalan Ampang.

10.53am Masjid India - Para anggota Unit Amal menerajui kira-kira 5,000 peserta untuk melepasi benteng polis di persimpangan di luar Public Bank, berhampiran hujung utara Dataran Merdeka.

10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.

KLCC - 5,000
Jalan Sultan - 4,000
Masjid Jamek - 2,000
Masjid Negara - 1,000
Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000

10:44am JLN TUN PERAK Warga emas Cik Ani berkerusi roda turut berhimpun.

"Kalau FRU kejar, saya takkan lari... Angkat saya masuk lokap," kata Cik Ani, 56, di Jln Tun Perak.

10.40am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.

Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.

10:40am: Masjid Negara - Datuk S Ambiga dilihat berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang.

10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.

10.31am Tweet dari PDRM - 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.

Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.

10.20am: Masjid Negara - Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.

10.19am Brickfields - Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry Birds.

10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.

10.15am Bangsar - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.

10.05am Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.

Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral.

"Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api." kata Kelly Tui.

10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.

9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.

9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.

Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.

9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.

9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.

Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.

9.36am Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo.

9.35am: Masjid Negara - Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup.

Terdapat kira-kira 500 peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka.

Kira-kira 50 anggota polis dan sebuah trak polis dilihat berada di situ.

9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta

9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.

9.32am: kemaskini pengangkutan awam - Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua jalan menuju ke bandaraya KL ditutup.

"Bas akan menurunkan penumpang di stesen LRT berdekatan dengan bandaraya KL. Tiada bas masuk ke dalam bandaraya KL."

9:30am Jalan Sultan - Di pasar mini KK, Dr Wong Fort Ping, 57, mula menyanyikan lagu Negaraku, dan kemudiannya diikuti ratusan peserta.

Wong kemudian memberitahu orang ramai bahawa beliau turut menyertai perhimpunan BERSIH pertama dan kedua dan memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy.

9.36am: Jalan Tun Perak - Seorang lelaki, yang bersama Saw, menyanyi di hadapan orang ramai, dan mendapat tepukan gemuruh.

Terdapat kira-kira 500 peserta di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak Jalan Raja-Jalan Parlimen.

Seorang lelaki kurang upaya kelihatan memberikan ucapan kepada sekumpulan lagi peserta yang duduk berhampiran di persimpangan tersebut.

9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.

Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'.

Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.

Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.

9.21am Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.

Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.

9.20am Masjid Jamek LRT - Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan.

Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.

9.15am MASJID NEGARA 500 orang berkumpul di perkarangan masjid.

9.18am Pasar Seni - Kira-kira 100 anggota polis berbaris di belakang benteng di Lebuh Pasar Besar.

Orang ramai yang berada di depan sekatan jalan bertambah kepada 100 orang. Mereka menonton aktivis mengadakan persembahan muzikal.

920am MASJID JAMEK Jln dari Jln Tun Perak ke Bangkok Bank ditutup. Peserta berhimpun di LRT

9.15am KLCC - Pintu masuk ke KLCC menghadap Bangunan Public Bank dan pintu masuk utama ke Menara Berkembar ditutup.

Ketua Pemuda MCA Indera Mahkota David Choi, walaupun menghadapi tindakan disiplin parti kerana menyokong Himpunan Hijau, dilihat berada di kalangan orang ramai.

Pemuda MCA Bahagian Indera Mahkota merupakan satu-satunya bahagian parti itu yang menentang loji nadir bumi yang terletak di Gebeng, Pahang.

Peserta yang kini berjumlah kira-kira 500 orang selepas disertai kumpulan lain yang berada di taman KLCC mula melaungkan "Stop Lynas".

Kira-kira 100 anggota polis membentuk tembok manusia untuk menghalang orang ramai daripada berhampiran pintu masuk.

9:14am JAN TUN PERAK menghala Jln Datuk Onn ditutup. 50 polis kelihatan berkawal.

9.00am JLN PETALING, DEKAT HOTEL LOK ANN Seorang gadis berbaju kuning beri bunga polis bernama Yap, minta sokong BERSIH. Yap tak ambil dan hanya tersenyum. Orang ramai dan anggota polis lain bertepuk tangan.

Anggota polis dilihat mengawal beberapa lokasi utama, termasuk Yang Keng Benevolent Dramatic Association di persimpangan Jalan Sultan dan Hang Jebat.

9.09am KLCC 500 berkumpul di taman dekat pintu masuk Suria & mula melaungkan slogan anti-Lynas.

859am MASJID INDIA Penyokong mula penuhi tempat & bersarapan. Ada juga berdekatan Jalan TAR. 150 polis mengawal.

8.55am SIMPANG MRR1 ke Jln Sultan Salahuddin, sekatan jalan raya. Kenderaan tidak dibenarkan masuk
851am JLN DUTA Sekatan jalan raya, semua kereta dihalang memasuki Jln Parlimen.

8.48am PERSIMPANGAN DEPAN SOGO ditutup. Jalan menuju Dataran ditutup, pemandu dilencongkan ke Jln Dang Wangi. 150 polis berkawal.

840am JLN IMBI, JLN BKT BINTANG menuju Jln Sultan Ismail, lancar tanpa sekatan jalan raya.

8.32am KLCC AVENUE K Ratusan penyokong Himpunan Hijau berkumpul. 150 polis berseragam mendengar taklimat daripada atasan mereka.

8.30am JLN TUN SAMBANTHAN menuju Pasar Seni di tutup. Helikopter berlegar di udara.

8.24am JALAN TRAVERS//BRICKFIELDS Trafik lancar tanpa sekatan jalan raya. Peserta belum kelihatan.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

8am - JLN PETALING - Peserta mula berkumpul, termasuk sekumpulan seniman dengan alat muzik. Gerai sekitar penuh sesak.

Bersih 3.0 : Gambar Terkini Sekitar Dataran Merdeka





Mereka-mereka yang tidak pernah merasai nikmat kesyukuran. Adakah ini yang dimahukan oleh pihak pembangkang dengan memperguna dan menghasut rakyat agar melakukan perkara yang boleh mengganggu gugat keselamatan negara.
























BERSIH 3.0 : Rosakkan Kenderaan Polis


BERSIH 3.0 : Sekitar Dataran Merdeka ( 12 tgh mlm - 1.00 pagi )




Sekitar Dataran Merdeka ( 12 tgh mlm - 1.00 pagi )















Mereka-mereka inilah pemusnah kepada kesejahteraan, ketenteraman serta keamanan yang kita perolehi sebagai rakyat Malaysia yang Merdeka.  Janganlah kita berfikiran seperti mereka.

Kepada semua
 
JANGAN LETAKKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH YANG MEROSAKKAN KETENTERAMAN DAN KESEJAHTERAAN YANG ADA DI MALAYSIA. 
 
UNTUK MEMBINA SEBUAH TAMADUN BANGSA MEMERLUKAN BERIBU TAHUN LAMANYA TETAPI UNTUK MEMUSNAHKANNYA HANYA BOLEH SEKELIP MATA.


BERSIH 3.0 : Peta Lokasi Himpuan dan Perarakan






Kepada mereka yang Anti Bersih 3.0 dan yang mencintai keamanan, ketenteraman dan kesejahteraan dalam hidup di dalam negara yang tercinta ini. 

Adalah lebih baik menjauhi atau tidah melalui jalan jalan seperti yang tertera pada peta lokasi BERSIH 3.0 diadakan.


 

TERKINI BERSIH 3.0 : 300 orang mula ke lokasi




Dataran Merdeka, yang 'diharam' daripada menjadi lokasi penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai berkumpul mulai tengah malam ini, kelihatan 'meriah' apabila kira-kira 300 orang mula mengunjungi lokasi bersejarah itu menjelang protes Duduk Bantah, esok.


Pun begitu, suasana menjadi gawat apabila ada kelompok penyokong Bersih 3.0 mula bersorak ke arah pegawai polis dan anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bertugas di lokasi tersebut.


Kenderaan yang melalui kawasan ini turut membunyikan hon sebagai tanda sokongan kepada perhimpunan esok.

BERSIH 3.0 : Kenapa Kuning..Ini jawapanya.



Para peserta Bersih 3.0 yang merancang mengadakan perhimpunan haram di Dataran Merdeka di sini esok akan memakai kemeja-T berwarna kuning - sama seperti yang dipakai oleh pejuang agenda lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Kuning selama ini sinonim dengan perjuangan golongan LGBT serata dunia dalam menunjukkan solidariti mereka menentang undang-undang yang menindas golongan berkenaan.

Antara perhimpunan dan perarakan yang melibatkan golongan itu mengenakan warna kuning termasuk Gay Pride Parade Toronto dan Gay Pride Parade Johannesburg dan Gay Pride Parade London yang dihadiri oleh ribuan penyokong seks bebas itu setiap tahun

Mahkamah mengeluarkan perintah itu secara ex-parte terhadap Bersih 3.0 dan diterima Ambiga kira-kira jam 12.00 tengahari tadi.


TERKINI BERSIH 3.0 : Mereka yang degil...




TERKINI BERSIH 3.0 : Mereka yang degil...

9.53 malam: Suasana sekitar Dataran Merdeka 'meriah' apabila orang ramai datang menyaksikan sendiri kawasan yang diwartakan mahkamah sebagai kawasan larangan.


10.10 malam: Ramai sudah mula buat pr
ovokasi ke atas anggota penguat kuasa DBKL dan polis yang bertugas

10.15 malam: Kenderaan-kenderaan yang melalui Dataran Merdeka membunyikan hon tanda sokongan terhadap Bersih 3.0. Kehadiran pengunjung semakin ramai dari semasa ke semasa.

10.20 malam: Dataran Merdeka mula diserbu orang ramai.

10.35 malam: Kumpulan pengunjung di Dataran Merdeka semakin bertambah, kelihatan beberapa anggota polis trafik yang bertugas mula meninggalkan lokasi.

10.36 malam: Laungan 'reformasi' mula kedengaran.

10.36 malam: Provokasi terhadap polis dan DBKL semakin meningkat. Suasana tegang namun anggota polis tenang. Seramai 30 anggota polis mula membuat benteng.