Tuesday 29 May 2012

JADIKAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI..


  
TRANSFORMASI menjadi agenda utama kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa yang dimaksudkan dengan ‘transformasi’? Soalan ini sengaja dilontarkan kerana ramai tidak memahami erti transformasi, kabur istilahnya dan gagal memahami apa yang ingin dimaksudkan Perdana Menteri mengenai transformasi yang beliau bawa.

Jika mahu dihuraikan pengertian transformasi, kita perlu meneliti akar kata atau kata dasar yang membentuk perkataan itu. Istilah transformasi adalah daripada perkataan Inggeris iaitu transformation yang dibina daripada dua kata dasar iaitu trans dan form. Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi lainnya (across), atau melampaui (beyond), manakala kata form bererti bentuk. Jika istilah transformasi digunakan dalam bentuk kata kerja, maka kita menyebutnya sebagai mentransformasikan yang bermakna mengubah (rupa, bentuk, sifat dan fungsi) dan juga bererti mengalihkan.

Jelas, perkataan transformasi yang digunakan oleh kerajaan hari ini bukan istilah jargon yang tidak mempunyai makna signifikan terhadap kehidupan masyarakat dan negara. Ia mempunyai makna sangat luas. Jika dikaitkan kepada perubahan sistem pentadbiran negara, maka kata transformasi itu merujuk perubahan dalam pembangunan nasional yang menjadi visi dan misi pemerintahan kerajaan pada hari ini.

Ini bermakna transformasi mengandungi makna perubahan yang biasanya menyebabkan perpindahan bentuk atau corak yang jelas. Ia berlaku secara terarah dan bertahap, bukan radikal tetapi tetap mengikut perancangan, malah ada jangka masanya. Demikian, dalam usaha membangun dan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 maka agenda transformasi menjadi sangat mendesak.

Siapa itu belia?

Apa definisi bagi belia? belia dan remaja itu sinonim kah istilahnya? Biasanya, remaja adalah mereka yang berada dalam lingkungan umur belasan tahun. Secara amnya, golongan remaja berumur antara 11 hingga 19 tahun. Terdapat beberapa istilah yang sering dikaitkan dengan remaja. Antaranya ialah awal belia, anak muda dan orang muda. Menurut Kementerian Belia dan Sukan, Malaysia dalam kertas kerja “Cadangan Dasar Pembangunan Belia Negara” (1995), belia ialah orang yang berumur antara 15 hingga 40 tahun tetapi menurut Kementerian Belia dan Sukan dalam “Draf Kajian Semula Dasar Belia Negara” mentakrifkan belia sebagai “mereka yang berumur antara 15 hingga 25 tahun.” Alasannya, ia selaras dengan takrif yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan diguna pakai oleh banyak negara.

Belia sebagai pemangkin transformasi negara
Siapa kata peranan kamu sebagai seorang belia itu tidak penting? SALAH! Peranan dan sumbangan golongan belia dalam pembentukan masyarakat dan negara amat penting kerana golongan Belia bukan sahaja penting dalam populasi negara, tetapi juga dari aspek ekonomi dan politik negara kita. Generasi Belia di Malaysia melebihi 11.9 juta mewakili pelbagai peringkat umur di antara 15 hingga 40 tahun iaitu lebih daripada 50 peratus di negara ini maka perananan belia amat penting demi transformasi negara ke arah yang lebih maju.

Oleh sebab itu, para belia haruslah menggunakan masa mereka kepada yang lebih bermanfaat. Usia muda yang boleh dilentur bila-bila masa ke arah jalan yang tidak elok itu boleh merosakkan belia-belia di negara kita. Belia mempunyai peranan penting dalam menrealisasikan matlamat negara kita untuk terus berada di landasan pembangunan, keamanan dan kesejahteraan kehidupan bermasyarakat.

Bagi saya, zaman teknologi yang semakin membangun ini, semua belia haruskah lebih peka dan bersifat lebih berkepimpinan dalam menyuarakan pendapat mereka demi kemajuan negara. Alaf ini, belia seharusnya diberikan hak untuk bersuara dan ruang untuk mereka menyampaikan idea serta pendapat yang bernas untuk membantu menjana kedaulatan negara disamping membantu tranformasi negara ke arah lebih baik. Jika belia mendapat peluang seperti ini, saya yakin kemajuan teknologi masa kini tidak akan disalahgunakan oleh belia kita.

Dalam perutusan YAB Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak Sempena Hari Belia Negara 2012;

Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari belia peringkat  kebangsaan kepada semua belia diseluruh negara yang telah menyambut himpunan jutaan belia pada 23 hingga 27 mei 2012. JADIKAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI...

Sekian sahaja nukilan saya, mohon maaf atas kesilapan kata. wabillahitaufik walhidayah wasalamu'alaikum warah matullahi wabarakatuh.


Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.




Wednesday 23 May 2012

UCAPAN SEMPENA HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2012


Syukur Alhamdulillah pada pg ini kita dapat meraikan Sambutan Hari Belia Negara Per.Negeri Sembilan. Jutaan Terima kasih kepada YAB Dato’ Seri di atas kelapangan hadir bagi sama-sama meraikan hari yang penuh bermakna ini seterusnya merasmikan sambutan  hari ini, Sambutan yang begitu bermakna bagi golongan muda yakni belia yang merupakan asset penting pd Negara.


YAB Dato’ Seri, YB, Dato’2, Sdg Hadirin sklian…

Sesungguhnya kami golongan belia mengakui bahawa bagi mencorak masa depan belia apa yang perlu adalah kerjasama yang baik diantara golongan belia dengan pihak Kerajaan. Apa tah lagi hari ini jelas menampakkan bahawa Kerajaan benar2 memahami kehendak serta keinginan golongan belia.

Ini jelas terbukti dengan kenyataan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri didalam Majlis Perasmian Hari Belia Negara pada 15 Mei baru-baru ini di Sunway Piramid.

Saya amat tertarik dengan kenyataan YAB TPM pada ketika itu yang menyatakan bahawa kerajaan pada hari ini tidak lagi seperti dahulu, dimana jika dahulu kerajaan mengatakan bahawa mereka tahu serba-serbi tentang negara, tetapi ianya tidak berlaku untuk golongan belia.

Saya juga tersenyum apabila YAB Timbalan Perdana Menteri menegaskan bahawa kerajaan pada hari ini ingin sekali mengetahui apa yang diingini serta apa yang diperlukan oleh para belia, ini kerana kerajaan pada hari ini lebih senang dengan golongan  belia kerana kerajaan sedar, bahawasanya golongan belia ini adalah pelapis yang akan menerajui negara dimasa hadapan. Saya tersenyum bukannya apa para hadirin sekelian, saya tersenyum kerana kenyataan yang sama pernah di zahirkan oleh YAB Dato’ Seri Utama 3 tahun lalu di dalam kunjungan hormat MBNNS kepada beliau. “Tell me what the youth want..Bagitau saya..bagitau saya. Kehendak serta naluri belia zaman saya berbeza dengan kehendak belia pada waktu ini so pls tell me what the youth want”. Dan pada 15 Mei yang lalu, YAB TPM pula mengeluarkan kenyataan yang serupa.

Ini menunjukkan bahawa pemimpin no 1 kita ini iaitu YAB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan lebih advance atau lebih mendahului pandangannya daripada pemimpin pusat. Itulah keistimewaan yang ada pada YAB idola belia kita ini.

Ini juga membuktikan bahawa pemimpin tertinggi kerajaan kita baik di negeri mahupun di pusat semuanya mengambil berat dan prihatin terhadap pembangunan golongan belia di negara ini. Saya juga yakin dan percaya apa diperkatakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri itu digunapakai oleh semua pemimpin tidak kira di peringkat mana sekalipun. Sememangnya belia hari ini memerlukan kerajaan serta pegawai2 yang mesra belia yang peka, tangkas dan aktif selari dengan minda dan kreativiti anak muda atau dgn apa yg kita katakan dan bukan hanya banyak berbunyi tanpa tindakan apatah lagi hanya melihat dan mencari salah orang muda. Segalanya harus ditunaikan..selari dgn gagasan 1Malaysia “Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan”. Dan kini masanya juga telah tiba bukan sahaja suara belia perlu didengari malah suara belia mesti dirasai..Dari belia Kepada belia untuk belia. Denyut nadi belia juga harus benar2 difahami dan dihayati secara inklusif.

Alhamdulillah...Untuk makluman YAB Dato' Seri dan seluruh hadirin..setelah berbincang dengan Kementerian belia dan sukan Malaysia, Majlis belia Malaysia dan Jabatan Belia Dan sukan NS, MBNNS telah mendapat lampu hijau untuk melaksanakan Dewan Undangan Negeri Belia NS dalam jangka masa terdekat ini. Ini bagi membolehkan belia2 dari pelbagai sektor boleh mengutarakan pelbagai isu belia da masa depan belia dalam satu platform yang formal. Insya'allah kita akan menjadi negeri pertama yang akan melaksanakan DUN Belia NS.
Ini kerana kita telah ada kaedah dan mekanisme sendiri utk mewujudkan DUN Belia dimana sektor2 yang berimpak tinggi diwakili oleh setiap pemimpin2 belia seperti yang dihasratkan oleh YAB MB. Cthnya belia yang dari anggota keselamatan awam, doktor, jurutera, peguam , usahawan, pendidik, bhg.kesenian, kesukanan dll.
YAB Dato’ Seri dan para Hadirin sklian…

Golongan Belia bukannya minta disanjung, ditatang atau di puja, apa yang kami inginkan ialah perhatian serta kebajikan untuk kami terus mara kehadapan dalam menempuh segala cabaran demi untuk merealisasikan impian kerajaan dalam menjadikan negara ini sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020 nanti. Belia tidak wajar dilihat sebagai golongan yang menyusahkan tetapi golongan yg cemerlang dikalangan yang terbilang. Seluruh Belia di Negeri Sembilan amat yakin bahawa Kerajaan Negeri Sembilan begitu rapat bersama belia..terima kasih YAB Dato’ Seri dan kita mengharapkan semua perhatian sentiasa terus diberi kepada golongan belia. Justeru itu, saya menyeru kepada rakan2 belia semua agar terus memberikan komitmen yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan kerajaan yang sediada.

InsyaAllah Dato’ Seri, kami akan terus berjuang untuk kemakmuran serta kejayaan Negeri Sembilan, kerana kami tahu bahawasanya kami mewarisi kepimpinan negara ini daripada generasi yang terdahulu daripada kami dan kami juga akan mewariskannya kepada generasi yang akan datang. Kami amat yakin, dengan perhatian yang diberikan oleh pihak kerajaan, maka kami mampu untuk mewariskan tanah bertuah ini dalam keadaan yang lebih baik serta ekonomi yang lebih kukuh kepada generasi-generasi selepas kami. Saya yakin dan percaya bahwa seluruh kepimpinan di negeri ini tidak melihat belia-belia sinonim dengan program-program yang dipanggil hanya memenuhi kerusi-kerusi yang kosong sahaja tetapi melihat belia dalam konteks yang luas sebagai pemimpin yang berkarisma merentasi semua bidang.

Akhir sekali saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari belia peringkat negeri sembilan kepada semua belia  diseluruh negeri ini khususnya dan seluruh negara amnya dan jangan lupa, mari kita beramai-ramai ke putrajaya untuk menyambut himpunan jutaan belia pada 23 hingga 27 mei nanti. JADIKAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI...

Sekian sahaja ucapan saya, mohon maaf atas kesilapan. wabillahitaufik walhidayah wasalamu'alaikum warah matullahi wabarakatuh.


Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.

Monday 21 May 2012

Generasi Muda Penentu Masa Depan Negara 




Ucapan Khas

Sekitar Konvoi Perdana Generasi Y 


Reaksi Peserta Konvoi Generasi Y dan Ucapan Kepada Perdana Menteri


Ucapan Khas YB Dato' Sri Ahmad Shabery Bin Chik
Menteri Belia Dan Sukan Malaysia



Wednesday 16 May 2012

PEMERGIAN YANG BEGITU MAHAL ERTI & NILAINYA DALAM HIDUP


Assalamuallaikum...!
Alhamdulillah sudah 3hari pulang ke tanahair selepas menunaikan ibadah Umrah dengan ayahanda tercinta. Syukur pada Illahi kerana awal Mei 2012 yang lalu, tahun  yang menyimpan kenangan manis bila saya dipilih menjadi tetamu Allah s.w.t. Walaupun terpaksa menempuh berbagai dugaan diawalnya sehinggalah saya tiba di Tanah Suci. Berkat kesabaran, kesungguhan dan demi membawa harapan yang terlalu tinggi saya begitu terharu akhirnya tiba di rumah Allah dengan linangan airmata kesyukuran apabila melihat Kaabah di hadapan mata...Terima Kasih Ya Allah.

Perjalanan selama 14 hari itu benar-benar memberi keinsafan pada diri dan menyedari hakikat kehidupan sebagai hamba, malah memberi kesedaran bahawa kehidupan manusia mempunyai tanggungjawab, tujuan malah matlamat yang harus di penuhi. Aku memohon agar Tuhan mempermudahkan perjalanan umrahku.

Di hadapan Jabal Uhud - JABAL UHUD adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya. Begitu Nabi bersabda soal Jabal Uhud, bukit kemerahan yang menjadi saksi gugurnya para Syuhada di Madinah. Ziarah ke Jabal Uhud telah menjadi menu PENTING bagi segenap jamaah haji/Umrah ketika berada di kota suci Madinah, dari mana pun mereka berasal. Karena begitulah Rasul SAW mengajarkan kita.
Uhud adalah kawasan perang besar antara kaum Muslim dengan kafir Quraisy yang peristiwanya akan terus dikenang hingga akhir masa. Jabal Uhud (gunung Uhud), tidaklah begitu besar, tingginya kira2 1.050 meter.

Berlokasi sekitar 5 kilometer sebelah utara kota Madinah. Sebelum dibangun oleh pemerintah Kerajaan Saudi, Jabal Uhud selalu dilewati oleh jamaah yang masuk ke Madinah maupun yang menuju Makkah. Letaknya memang di pinggir jalan raya menuju kedua kota itu.

Uhud adalah gunung batu berwarna kemerahan. Melihatnya mengingatkan kita pada perjuangan dan darah para syuhada. Di Uhud itulah pertarungan spiritual dan politik dalam arti sebenarnya. Ketika itu pasukan diberi pilihan antara kesetiaan pada agama dan kecintaan pada harta. Melihat lokasi dan gunung yang mengelilinya, kita akan terbayangkan bagaimana sulitnya medan perang ketika itu. Bukit batu, panas terik, dan keberanian pada syuhada.



Bersama Ayahnda di hadapan Jabal Thur -
Jabal Thur (Jabal Musa)- Merupakan tempat suci di dataran Sinai. Di sinilah Nabi Musa alaihisalam berbicara dengan Allah Taala sebagaimana yang dinyatakan di dalam al Quran yang bermaksud; “Sesungguhnya aku inilah tuhanmu, maka tanggalkanlah kedua terompahmu sesungguhnya kamu berda di lembah suci, Thuwa"

Di dalam Al Quran, Allah Taala ada merakamkan perkataan Thur Sina antaranya:- Firman Allah Taala ;"Dan pohon kayu keluar dari Thur Sina (pohon Zaitun) yang menghasilkan minyak, dan dan sumber makanan bagi orang yang makan"

"Dan Kami telah memanggilnya dari sebelah kanan gunung Thur dan Kami telah mendekatkannya kepada Kami di waktu dia munajat (kepada Kami)"

"Hai Bani Israel, sesungguhnya Kami telah menyelamatkan kamu sekalian dari musuhmu, dan Kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu sekalian (untuk munajat) di sebelah kanan gunung itu dan kami telah menurunkan kepada kamu sekalian manna dan salwaa"

"Dan tiadalah kamu berada berdekatan gunung Thur ketika Kami menyeru (Musa) tetapi (kami mengetahui kehendakmu) sebagai rahmat dari tuhanmu, supaya kamu memberi peringatan kepada kaum yang sekali-kali belum datang kepada mereka sebagai pemberi peringatan sebelum kamu agar mereka ingat"

Kawasan ini terletak pada ketinggian 2285 meter daripada permukaan laut. Udaranya yang dingin dan nyaman terserlah apabila seringkali diliputi salji pada musim sejuk di puncaknya. Kawasan ini juga menempatkan Makam Nabi Salleh, dan Nabi Harun alaihuma salam. Kawasan ini juga terdapat lembaran sejarah keingkaran Samiri di mana terdapat patung I'jil (anak lembu yang disembelih oleh Samiri) ketika Nabi Musa selesai bermunajat kepada Allah selama 40 hari di atas bukit. Di sini jugalah dikatakan terdapatnya pohon suci yang telah dinyatakan di dalam al Quran sebagaimana firman-Nya ;

"Dan pohon kayu keluar dari Thur Sina (pohon Zaitun) yang menghasilkan minyak, dan dan sumber makanan bagi orang yang makan" 



Kenangan di hadapan Masjid Quba - 

Ini adalah satu pemergian yang begitu mahal erti dan nilainya dalam hidup saya, syukur.
          


Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.