Friday 16 March 2012

Kita Imbas Kembali

Tazkirah MB Negeri Sembilan Untuk ADUN PKR

 
Kita Imbas Kembali

PS melihat wakil rakyat pembangkang lebih kepada polimik politik semata-mata. Ini kerana, mereka bukannya bersuara untuk memperjuangkan atau memberi pendapat/cadangan tentang nasib rakyat di Negeri Sembilan dari segi Kemajuan, Pembangunan, Keselesaan Rakyat, Pendidikan, Sosio-Ekonomi, Kesihatan dan sebagainya, tetapi lebih kearah kepada porla "Politik Ikutan".

Cuba kita lihat apa yang diperolehi, dirasai dan dinikmati oleh rakyat di kawasan yang dimenangi pembangkang terutama di Dun Ampangan dan Sikamat? Cukuplah sepenggal untuk mereka. Transformasi harus kita terjemahkan di kertas undi semasa pilihanraya akan datang.

Jadikanlah diri anda sebahagian daripada pengubah dan pencipta sejarah.

Salam Perjuangan
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"
 
Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri Umno Bahagian Seremban
Exco Puteri Umno Malaysia

Jangan Lengah Teruslah Mendaftar

Daftarlah sebagai Pengundi.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata usaha untuk menambah bilangan anggota Umno yang belum mendaftar sebagai pengundi akan diteruskan tanpa mengambil kira bila pilihan raya akan diadakan.

Pada pertemuannya bersama kepimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian sebelum ini, kesemua pihak sudah diarah mempergiatkan usaha itu, katanya ketika diminta mengulas mengenai usaha terkini Umno untuk mempergiatkan proses pendaftaran pengundi baru untuk pilihan raya umum ke-13 nanti.


“Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diumumkan oleh Perdana Menteri. Kalau tak daftar, ini boleh membantutkan usaha menambah baik daripada segi kekuatan kita.“Ini kerana kita sedar pilihan raya ini melibatkan angka. Jumlah itu amat penting bagi kita,”

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pernah berkata hampir 400,000 anggota Umno belum mendaftar sebagai pengundi. Shafie juga berkata usaha untuk menambah bilangan anggota parti terutamanya generasi muda masih diteruskan di pelbagai tempat semasa program-program tertentu dijalankan termasuk di tempat bersukan atau di pusat beli belah.

PS memandang serius dengan jumlah ahli parti yang masih belum mendaftar sebagai pengundi. Dimanakah rasa tanggunjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang cukup umur balighnya untuk mengundi? PS merasakan ianya satu kerugian yang amat besar kepada UMNO dan Barisan Nasional. Ini kerana untuk mengekalkan atau memenangi kerusi bagi pilihanraya yang akan datang kemenangan haruslah memihak kepada kita.

Janganlah melengah-lengahkan masa atau memandang sambil lewa tentang kewajipan kita semasa hari mengundi. Kelak yang rugi adalah anak cucu kita akibat daripada kelalaian dan kesilapan kita sendiri.

PS juga akan memberi pertolongan atau pemudahcara kepada sesiapa yang belum lagi mendaftar sebagai pengundi, bolehlah datang terus ke Bilik Gerakkan Puteri Bahagian Seremban di Sikamat atau hubungi 019-231 8719 untuk urusan pendaftaran.

Marilah bersama melakukan perubahan dan jadikanlah diri anda sebahagian daripada pencipta sejarah untuk merampas kembali kerusi yang tewas.

Salam Perjuangan
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"





Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban
Exco Puteri UMNO Malaysia



Jangan Tertipu Lagi Wahai Pengundi....

Satu Lagi Pengakuan....

Penglibatan badan-badan asing dalam pakatan pembangkang khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dah lama berlaku sebab saya sendiri ketika bertindak sebagai peguam dia pun tahu bahawa kita menerima bantuan asing. Kita menerima input, khidmat nasihat dan lain-lain daripada pihak luar dan sebagai wakil rakyat sendiri pun banyak program-program yang dianjurkan pihak asing ini,” ujar Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin.

Tambahnya, beliau tidak terperanjat dengan perkara ini, kerana memang sudah berlaku dalam PKR dan di pejabat Anwar Ibrahim sendiri ada penglibatan badan-badan asing ini.

Dalam masa yang sama, Zulkifli Noordin mengakui PKR memberikan tiap-tiap calon, sama ada calon atau parti yang bertanding di satu-satu kawasan yang ditandingi bantuan kewangan untuk menjayakan kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.

“Di Parlimen Kulim Bandar Baharu sendiri iaitu Bahagian saya telah diberikan RM15 ribu peruntukan untuk menjayakan kempen PRU ke-12. Saya tidak menafikan memang kita menerima bantuan asing.

“Kita menerima latihan dari NGO asing ini, bagaimana nak berkempen dan bagaimana nak berjumpa dengan orang ramai, sampaikan saya sendiri ketika kita nak menganjurkan demostrasi telah dihantar berkursus di Viena dan di Filipina untuk mempelajari bagaimana nak berdemo. Ini semua memang tajaan badan-badan asing yang semua orang dah tahu” ujarnya yang menang kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu atas tiket PKR.”

Tambahnya, penglibatan badan-badan asing ini ghairah untuk melihat kejatuhan kerajaan (Barisan Nasional) yang sedia ada sekarang ini kerana mereka mempunyai agenda sendiri di rantau Asia ini untuk memenuhi nafsu pihak-pihak tertentu.

“Yang itu kita sedar dan itulah sebabnya saya dan rakan-rakan Ahli Parlimen bebas mengambil sikap menentang mereka (pakatan pembangkang) sekarang ini, kerana banyak benda yang dilakukan, boleh merosakkan Negara kita,” tambahnya lagi..(Laporan Media Umno)

PS tidak terperanjat atau terkejut dengan apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Zulkifli Nordin, ini adalah salah satu kaedah pembangkang dengan menghalalkan cara untuk memenangi pilihanraya. Jadi yang rugi adalah rakyat kita sendiri. Adakah kita mahukan kepimpinan yang sebegini rupa yang tunduk kepada telunjuk kuasa luar?

Saya penuh yakin dan percaya kepada pengundi semua, bahawasanya pembangkang hanyalah menjanjikan impian yang palsu dan kosong sepertimana di Dun Ampangan dan Dun Sikamat. Kepada pengundi di dun ini, sila ajukan permasalahan/aduan ataupun cadangan ke email : srikandimasyarakat@yahoo.com agar kerusi bagi dun ini dapat kita tawan dalam PRU-13.

Salam Perjuangan
 "Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"








Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban
Exco Puteri UMNO Malaysia