Friday 16 March 2012

Jangan Lengah Teruslah Mendaftar

Daftarlah sebagai Pengundi.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata usaha untuk menambah bilangan anggota Umno yang belum mendaftar sebagai pengundi akan diteruskan tanpa mengambil kira bila pilihan raya akan diadakan.

Pada pertemuannya bersama kepimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian sebelum ini, kesemua pihak sudah diarah mempergiatkan usaha itu, katanya ketika diminta mengulas mengenai usaha terkini Umno untuk mempergiatkan proses pendaftaran pengundi baru untuk pilihan raya umum ke-13 nanti.


“Kita tidak tahu bila pilihan raya akan diumumkan oleh Perdana Menteri. Kalau tak daftar, ini boleh membantutkan usaha menambah baik daripada segi kekuatan kita.“Ini kerana kita sedar pilihan raya ini melibatkan angka. Jumlah itu amat penting bagi kita,”

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pernah berkata hampir 400,000 anggota Umno belum mendaftar sebagai pengundi. Shafie juga berkata usaha untuk menambah bilangan anggota parti terutamanya generasi muda masih diteruskan di pelbagai tempat semasa program-program tertentu dijalankan termasuk di tempat bersukan atau di pusat beli belah.

PS memandang serius dengan jumlah ahli parti yang masih belum mendaftar sebagai pengundi. Dimanakah rasa tanggunjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang cukup umur balighnya untuk mengundi? PS merasakan ianya satu kerugian yang amat besar kepada UMNO dan Barisan Nasional. Ini kerana untuk mengekalkan atau memenangi kerusi bagi pilihanraya yang akan datang kemenangan haruslah memihak kepada kita.

Janganlah melengah-lengahkan masa atau memandang sambil lewa tentang kewajipan kita semasa hari mengundi. Kelak yang rugi adalah anak cucu kita akibat daripada kelalaian dan kesilapan kita sendiri.

PS juga akan memberi pertolongan atau pemudahcara kepada sesiapa yang belum lagi mendaftar sebagai pengundi, bolehlah datang terus ke Bilik Gerakkan Puteri Bahagian Seremban di Sikamat atau hubungi 019-231 8719 untuk urusan pendaftaran.

Marilah bersama melakukan perubahan dan jadikanlah diri anda sebahagian daripada pencipta sejarah untuk merampas kembali kerusi yang tewas.

Salam Perjuangan
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"





Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban
Exco Puteri UMNO Malaysia



No comments:

Post a Comment