Sunday 9 September 2012

SOKONG!!! Pengkhianat tidak boleh wujud dalam parti..


Tindakan Singkir Ahli Khianat Wajar Diikuti Parti Komponen BN – Muhyiddin


MUAR, 9 Sept – Tindakan UMNO menyingkir mana-mana pemimpin atau anggota yang melakukan sabotaj dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang wajar diikuti oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, kesemua parti komponen BN tidak harus memandang remeh perbuatan tersebut dan membiarkan sahaja pihak yang berkenaan merasakan mereka terlepas.

“Sepatutnya mereka ambil langkah yang serupa untuk memelihara kedudukan parti kerana setiap calon itu bertanding bukan atas tiket parti tetapi tiket BN.

“Kita tahu dalam BN ada 13 buah parti, sepatutnya di mana kawasan sekalipun didapati ada anggota parti yang dianggap mensabotaj parti dan jika ada bukti perlakuan buruk itu dilakukan, maka wajar parti itu ambil tindakan disiplin termasuk memecat mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Pagoh di sini Ahad.

Turut hadir isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.

Muhyiddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang mahukan tindakan menyingkir anggota yang melakukan sabotaj terhadap calon parti diperluaskan kepada parti kompenen lain dan bukan melibatkan UMNO sahaja.

Kenyataan itu susulan amaran keras Timbalan Perdana Menteri pada Sabtu yang menyebut UMNO akan menyingkirkan mana-mana anggota atau parti yang mensabotaj parti itu dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, kenyataan Hishammuddin itu merupakan satu pandangan yang baik dan wajar dipertimbangkan oleh parti komponen BN.

“Tidak semestinya menang, mereka yang sabotaj itu terlepas. Ada kawasan sabotaj kita menang, tetapi hakikatnya ia tidak sepatutnya dilakukan atas prinsip ketaatan dan kesetiaan kepada parti,” katanya.

Ditanya mengapa tindakan itu tidak dilakukan oleh BN sebaliknya diserahkankepada parti masing-masing, beliau berkata, ini kerana setiap parti mempunyai perlembagaannya yang tersendiri dan anggota-anggotanya tertakhluk di bawah perlembaagaan parti berkenaan.

Maka parti itu mempunyai bidang kuasa untuk bertindak jika ahli melanggar disiplin, kesannya serupa,” katanya.

Dalam ucapan perasmiannya sebelum itu, Muhyiddin mengingatkan anggota UMNO, bahawa senario politik pada masa kini tidak lagi sama seperti dahulu.

Katanya, orang Melayu kini juga berpecah dan tidak tentu hala tujuan gara-gara perbezaan ideologi yang disebarkan oleh pembangkang yang begitu ghairah hendak mengambil alih pemerintahan negara.

Sehubungan itu, katanya, perubahan perlu dilakukan oleh anggota UMNO bagi menjamin parti itu terus releven dan kekal sebagai parti yang menyatukan dan membela nasib orang Melayu.

Sumber : UMNO Online

Intifada : Mentari Merah di Ufuk Timur



Dungun, 09 Sept : Ibu dan bapa pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan jalan raya di Wilayah Nizhny, Russia, Ahad lalu, sebak dan terpaksa dipapah saudara mara sebaik melihat jenazah anaknya diusung ke Masjid Tengku Ampuan Intan Zaharah, Kampung Molek, di sini, pagi semalam.
Rokayah menyiram air mawar ke atas pusara Hanisah.
Jenazah Hanisah Muhd Shah, 22, yang tiba dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira jam 11 malam kelmarin, dibawa dengan kereta jenazah dan tiba di Masjid Tengku Intan Zaharah, jam 6 pagi sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya, Kampung Molek untuk dikebumikan.
Muhd Shah Salleh, 62, dan isteri, Rokayah Mohd, 61, yang sebelum itu memberitahu hatinya sangat sedih dan tidak sanggup menatap wajah arwah anaknya, Hanisah, 22, akhirnya berubah fikiran dengan menatap dan memberi ciuman ke atas jenazah anaknya buat kali terakhir.
Katanya, dia dan isteri terasa pilu apabila mengingatkan wajah ceria anaknya sepanjang dua bulan bercuti di kampung serta saat perpisahan di KLIA, pada 2 September lalu yang tetap kekal dalam sanubari.
“Saya dan isteri kelmarin, mengambil keputusan tidak mahu menatap wajahnya (Hanisah) dan bercadang supaya jenazahnya segera disembahyangkan dan selepas itu terus dikebumikan.
“Namun hari ini (semalam) hati kecil kami berbisik agar kami menatap wajahnya untuk kali terakhir,” katanya yang menahan sebak ketika ditemui selepas selesai solat jenazah di masjid berkenaan.
Puas hati
Muhd Shah berkata, biarpun sangat sedih, beliau dan isteri berpuas hati kerana dapat menunaikan semua permintaan arwah sepanjang dua bulan pulang bercuti termasuk sempat berhari raya bersama keluarga.
Beliau sekeluarga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak termasuk Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang banyak membantu sehingga urusan membawa pulang jenazah berjalan lancar dan cepat serta media massa yang melaporkan kemalangan itu.

Saya sempat menzizrahi ibu bapa arwah dan berharap ibu ini terus tabah menghadapi segala dugaan hidup.
Semoga rohmu damai di sana.. Al- Fatihaah..

Sila klik sini untuk berita sebelumnya..