Friday 6 April 2012

KZKP : Puteri UMNO Seremban Ke Dun Nilai (06hb.April 2012)


SEREMBAN

KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI
KE
DUN NILAI
(06hb.April 2012 - Jumaat)


Selepas semalam di Dun Ampangan, hari ini tibalah pula giliran rombongan Kunjungan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bahagian Seremban ke Dun Nilai.


Seperti biasa kunjungan ini amatlah dinantikan oleh mereka yang kurang bernasib baik malah sambutan serta penerimaan mereka dengan kehadiran kami amat bermakna kepada mereka.


Pendekatan program ini, dapat dirasai, menyentuh jiwa dan sanubari mereka serta rombongan Puteri UMNO bahagian Seremban. Hingga membuatkan ada diantara kami mengalirkan air mata apabila melihat serta mendengar penderitaan dan kisah sedih mereka. Setidak-tidaknya dengan kunjungan ini dapat memberi sedikit cahaya serta sinar kegembiraan kepada mereka semua.


Kepada pembaca semua yang mempunyai maklumat tentang mereka yang susah/kecacatan dan menerima musibah, bolehlah emailkan ke : srikandimasyarakat@yahoo.com


Saya juga, mengalu-alukan kepada anda yang ingin turut sama dalam siri kunjungan ini dan kepada dermawan/budiman yang ingin menghulurkan sumbangan atau bantuan kepada bakal penerima bagi program seterunya bolehlah berhubung terus dengan urusetia program di Bilik Gerakan Puteri UMNO Seremban di College Height Sikamat Seremban atau emailkan kepada alamat diatas untuk tindakan susulan. Sumbangan anda amat bermakna dan besar ertinya kepada penerima.


" Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pasti mendatang "
 

 Kunjungan Ziarah Kasih Puteri ke rumah nenek Simah Bt. Samek.


Nenek Simah merupakan warga emas dan ibu tunggal yang tinggal di Kampung Mantin Dalam. 


 Kunjungan Ziarah Kasih Puteri seterusnya ke rumah Pn.Siti Normala Bt.Nasir yang baru sahaja kehilangan suami tercinta pada 19hb.Mac yang lepas dan kini membesarkan anak seramai 4 orang tanpa suami disisi.


Bersama anak kecil Pn.Siti Normala yang berusia 8 bulan.

 

Seterusnya ke rumah Adik Mohd Rashid B.Darus yang mengidap Down Sindrom. Beliau tinggal bersama kakaknya yang juga merupakan seorang ibu tunggal.


 Adik Mohd Rashid disematkan lencana Himpunan Jutaan Belia 2012 yang akan datang di Putrajaya.


 Terpancar kegembiraan pada wajah adik Mohd Rashid apabila dapat bertemu, bermain dan bergurau 
dengan 'Abang Kembarnya' di Kampung Batang Benar, Nilai.

 Berkunjung ke rumah nenek Juriah Bt. Darus yang mengidap kencing manis yang serius dan tidak boleh berjalan lagi. Turut serta Ketua Wanita UMNO Caw. Nilai, Puan Masitah Bt.Ahmad.


Nenek Juriah Br.Darus menerima sedikit sumbangan dan buah tangan daripada Pergerakan Puteri Umno Bahagian Seremban.

 Membuat lawatan ke rumah terakhir iaitu rumah nenek Esah Bt.Maidin. Nenek ini mengidap penyakit darah tinggi dan tinggal bersama anaknya.


Menerima pelukkan dari nenek Esah yang berusia 73 tahun menganggap kami semua seolah cucunya sendiri.


Melihat kesan rumah nenek ini yang baru sehari dinaiki air berikutan hujan lebat yang melanda persekitaran kampung ini.


Insya'allah, program seperti ini akan terus dilaksanakan bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik agar rakyat dapat melihat serta merasai keperihatinan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional dalam usaha membantu serta membela nasib rakyat Malaysia. 


Sepertimana yang diwar-warkan oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia, "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dapat diterjemah dengan ertikata sebenar dalam perjuangan ini.

 
Salam Perjuangan
 
 
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Puteri UMNO Malaysia
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban 
MKT Gerakan 4B Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.





Untukmu Belia 47 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"