Friday 27 April 2012

Ziarah Kasih Puteri ke Dun Ampangan serta Kekecewaan Rakyat Terhadap Wakil Rakyat Pembangkang




Hari ini, sekali lagi Pergerakan Puteri Umno Bahagian Seremban melakukan Kunjungan Ziarah Kasih Puteri ke Dun Ampangan bagi melawat serta menziarahi mereka yang kurang bernasib baik dan memerlukan perhatian daripada kita semua.

Secara jujur dan ikhlas jauh disudut hati saya, persoalan ini saya membataskan daripada ruang lingkup yang besar tetapi lebih menjurus kepada Dun Ampangan dan Dun Sikamat yang manjoritinya adalah kaum Melayu. Persoalan yang timbul dan harus saya perkatakan dimanakah wakil rakyat di dua kawasan ini? Bukankah beliau telah dipilih untuk menjadi wakil kepada rakyat dan masyarakat sejak 2008 lagi? 

Apakah peranan dan tugas mereka hinggakan ke saat ini, hasil dari luahan serta maklumat yang mereka (penduduk) sampaikan kepada pihak Puteri, tidak pernah bertemu muka atau dikunjungi oleh wakil rakyat kawasan yang dimaksudkan ini.

Mereka mengeluh resah, marah serta kecewa dengan apa yang dilakukan oleh wakil rakyat kawasan yang diwakili oleh pembangkang.

Apa yang saya ingin sampaikan adalah kenyatan sebenar serta realiti yang benar-benar berlaku. Pembaca boleh mendapatkan maklumat daripada mereka yang pihak Puteri kunjungi dan ziarahi. Tanya dan dapatkan pengesahan dari mereka.

Mereka seolah-oleh memiliki wakil rakyat yang tidur dan hanya tahu muncul menemui mereka disaat hampir pilihanraya. Kekecewaan, kehampaan jelas terpancar dari riak wajah mereka.

Mereka benar-benar memerlukan perhatian serta  mahu permasalahan mereka didengari dan diambil tindakan serta perhatian.

Bukan Puteri ingin menunjuk jaguh atau hebat berhujah, tetapi jika kita kembali bermuhasabah diri serta memahami istilah membela serta memperjuangkan nasib rakyat, perkara yang semudah ini tidak harus berlaku. Bukan perkara susah, hanya bertanya khabar dan mendengar keluh resah rakyat. 

Jelas terbukti, bahawasanya pembangkang hanya tahu menaburkan janji-janji yang tidak pasti, menggunakan kesempatan dan memusnahkan harapan rakyat. Jika dihitungkan, rakyatlah yang memberi kuasa dan rakyat jugalah yang memberikan wakil rakyat mereka gaji serta elaun yang mereka terima setiap bulan....adakah wajar untuk rakyat yakni kita pengundi di Dun Ampangan dan Sikamat untuk terus memilih wakil rakyat pembangkang seperti ini lagi.

Cukuplah sepenggal dari tahun 2008 hingga ke hari ini. Satu tempoh yang amat mengecewakan bagi masyarakat Dun Ampangan dan Sikamat. 


Kepada pengundi bagi Dun ini, jadikanlah apa yang berlaku sebagai kesilapan dan pengajaran kepada kita semua agar pada pilihanraya kali ini, kesilapan yang sama tidak terus berulang kembali.

Yakinilah Barisan Nasional dan UMNO adalah satu-satu parti yang membela nasib serta memberi kemajuan kepada rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

Bersama kita lakukan perubahan dengan mengembalikan kerusi Dun Ampangan dan Sikamat kepada Barisan Nasional. 


Bingkisan dari Pergerakan Puteri Umno Bahagian Seremban ke Dun Ampangan.


Rombongan ke rumah En.Arif b.Abdullah yang tiada pendapatan tetap setia membantu isterinya untuk mencari pendapatan dengan menjual kuih sepit.


Antara peralatan dapur yang digunakan sepasang suami isteri ini bagi mencari pendapatan keluarga.

Berbual bersama Ketua Kampung Kg.Ismail dan penduduk kampung yang dilawati. 



 Rombongan melawat makcik Junidah bt. Ismail yang mengalami lumpuh sebelah badan (stroke) yang terpaksa menggunakan kerusi roda.



Bersama makcik Siti Zaliah bt. Awang Long yang merupak pesakit barah payu dara dan juga mengalami penglihatan yang kurang jelas.



 Rombongan dirumah makcik Syariah Bt. Abdul Rahman yang terlantar selama 2 tahun akibat mengalami sakit yang tak dapat dikesan penuh misteri



Kelihatan juga Saudara Ros Sahar Pegawai Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat BN Dun Ampangan.

Kecerian tergambar diwajah Pakcik Idris Maalum yang menerima sumbangan kerusi roda dari Rombangan Ziarah Kasih Puteri UMNO Bahagian Seremban.



 Rombangan bergambar bersama pakcik Idris Maalum serta Saudara Ros Shahar.



Salam perjuangan.

" Suara Belia Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj Abdullah 
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.



UNTUK BELIA 26 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"



Videa Penuh Debat antara Khairy Jamaluddin dan Datuk S.Ambiga


Kepada semua, marilah kita dengarkan hujahan yang diberikan.


Sekitar Sidang Media MBNNS



Sekitar Sidang Media

MAJLIS BELIA NEGERI
NEGERI SEMBILAN (MBNNS)
mengecam dan membantah
penganjuran serta mereka yang menghadiri

HIMPUNAN BERSIH 3.0

di Wisma MBNNS
Seremban. Negeri Sembilan 
pada 27hb.April 2012-Jumaat- 11.30 pagi 



Menyatakan dengan jelas kecaman serta bantahan daripada MBNNS 
diatas pengajuran Himpunan Bersih 3.0


Antara wartawan media tempatan yang hadir pada sidang akhbar yang diadakan ini
di Wisma MBNNS Seremban. Negeri Sembilan.


Bersama Saudari Sheera Haiza Hashim selaku Penolong Setiausaha Agung
semasa sidang media berlangsung.


Barisan Kepimpinan MBNNS yang sempat hadir pada sidang akhbar ini. 



Kepimpinan MBNNS, bukan sahaja diwakili oleh kaum Melayu sahaja tetapi diwakili juga dari kaum lain yang mengambar identiti 1Malaysia.


JANGAN LETAKKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH YANG MEROSAKKAN KETENTERAMAN DAN KESEJAHTERAAN YANG ADA DI MALAYSIA. UNTUK MEMBINA SEBUAH TAMADUN BANGSA MEMERLUKAN BERIBU TAHUN LAMANYA TETAPI UNTUK MEMUSNAHKANNYA HANYA BOLEH SEKELIP MATA. 

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "
Salam Perjuangan
  
Wan Salwati Hj.Abdulah
Presiden Majlis Belia Negeri
Negeri Sembilan



Bersih 3.0 : Kenyataan Akhbar MBNNS




KENYATAAN AKHBAR

MAJLIS BELIA NEGERI.
NEGERI SEMBILAN



  • Dengan penuh keinsafan dan tawaduk. Adalah dengan ini Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS) yang cintakan keamanan serta kesejahteraan rakyat serta sebahagian daripda rakyat negara Malaysia yang Merdeka, telah sebulat suara mengecam sekeras-kerasnya tindakan penganjur Himpunan Bersih 3.0 yang dirancang akan diadakan pada 28hb.April 2012 (Sabtu) Jam 2.00 petang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

  • Majlis Belia Negeri, Negri Sembilan (MBNNS) yang ditunjangi golongan belia/anak muda dari pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan tidak menyekat atau pun melarang mana-mana pihak yang ingin berbuat demikian. Ini kerana Malaysia adalah sebuah Negara Demonkrasi Berperlembagaan yang sudah pasti mempunyai saluran yang boleh digunapakai bagi menyatakan hasrat serta pandangan dan bukannya melalui demontrasi seperti ini.

  • Demontrasi yang ingin diadakan oleh pihak penganjur dengan sasaran seramai 500 ribu orang adalah sesuatu yang tidak sepatutnya. Ini kerana sudah pasti keadaan himpunan tidak dapat dikawal dengan sebaiknya.

  • Bagi MBNNS, Demontrasi hanyalah jalan terakhir jika kaedah penyelesaian menghadapi jalan buntu dan tidak dapat diperolehi oleh pihak terbabit.

  • Demontrasi ini juga sedikit sebanyak akan merosak sistem demokrasi yang ada di Malaysia kerana ianya bukan sebahagian daripada budaya politik Malaysia.

  • Kebimbangan MBNNS ada asasnya berdasarkan daripada himpunan yang lepas-lepas oleh pihak penganjur mahupun dari pihak pembangkang yang pasti akan berakhir dengan keganasan, kekacauan serta penangkapan.

  • MBNNS menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh pihak penganjur lebih bersifat politik yang didalangi oleh pihak pembangkang iaitu Pakatan Rakyat. Sedikit sebanyak pasti akan :-

·        Menimbulkan Kekacauan

·        Ketegangan

·        Keganasan/kekacauan Antara Pihak Berkuasa

·        Ekspolitasi Golongan Wanita & Kanak-kanak

·  Menganggu gugat ketenteraman rakyat dan peniaga disekitar perhimpunan.

·        Menimbulkan suasana kegusaran dan panik.

·        Memberi Imej buruk kepada Negara Malaysia



  • MBNNS yang juga dipolopori oleh Belia serta Anak Muda tidak mengizinkan system demokrasi Malaysia tercemar dengan agenda penganjur mahupun pihak pembangkang dalam usaha mempergunakan/mempengaruhi dan menghasut rakyat, belia, anak muda, atau pun remaja untuk bersama-sama himpunan ini.

  • MBNNS mencadangkan agar pihak terbabit berbincang di meja bulat daripada melakukan perkara seperti ini yang pasti akan merugikan banyak pihak.



SARANAN MBNNS KEPADA BELIA/ANAK MUDA/ MAHASISWA DAN MASYARAKAT


  • Kepada Golongan Belia/Anak Muda, MBNNS ingin menyaran dan menegaskan, bahawasanya Himpunan Bersih 3.0 ini adalah mainan politik serta mempunyai agenda tersembunyi.

  • Adalah lebih baik kita sebagai golongan Belia/Anak Muda menghindarkan diri daripada menyertai atau terpengaruh dengan dakyah atau hasutan pihak tertentu untuk meraih sokongan serta simpati kita.

  • Seharusnya kita sedar, bahawa hari ini kuasa belia/anak muda adalah penentu porla serta lanskap politik tanah air. Oleh sebab itulah pihak tertentu mengharapkan penglibatan belia/anak muda agar turut serta dalam himpunan yang telah dirancang ini.

  • Kepada Mahasiswa pula, MBNNS menyeru agar jangan meletakkan persatuan mahasiswa atau diri anda sendiri untuk diperkudakan atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Tumpuan utama harus diberikan kepada pembelajaran agar kita mampu melakukan satu paradigma yang lebih bertamadun dengan kaedah yang lebih baik daripada melibatkan diri dengan himpunan seperti ini.


  • Kepada Masyarakat semua, MBNNS adalah sebuah badan NGO yang dianggotai oleh golongan belia/anak muda tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan merayu dan memohon agar janganlah memusnahkan kesejahteraan dan ketenteraman yang kita perolehi pada hari ini. Jangan jadikan kami golongan muda sebagai batu loncatan sebagai menghalalkan cara memenuhi kehendak serta kemahuan pihak-pihak tertentu dalam merancanakan budaya politik seperti ini.

  • MBNNS juga merayu kepada seluruh masyarakat agar menghindarkan diri dari perhimpunan ini yang belum pasti perolehi jalan penyelesaiannya. 

  • Akhir sekali MBNNS menegaskan kepada semua, JANGAN LETAKKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH YANG MEROSAKKAN KETENTERAMAN DAN KESEJAHTERAAN YANG ADA DI MALAYSIA. UNTUK MEMBINA SEBUAH TAMADUN BANGSA MEMERLUKAN BERIBU TAHUN LAMANYA TETAPI UNTUK MEMUSNAHKANNYA HANYA BOLEH SEKELIP MATA. 




MAJLIS BELIA NEGERI. NEGERI SEMBILAN
MENGECAM SEKERAS-KERASNYA
TINDAKAN PENGAJURAN
SERTA MEREKA YANG MENGHADIRI
HIMPUNAN BERSIH 3.0
Pada 28hb.April 2012
Sabtu 2.00 Petang
Di Dataran Merdeka. Kuala Lumpur.

“Transformasi Paradigma Belia Alaf Baru”

Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan





Wan Salwati Hj.Abdulah
Presiden Majlis Belia Negeri
Negeri Sembilan.




Terkini : Dataran Merdeka Di Tutup Hingga Ahad


 
 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menutup sementara Dataran Merdeka dan semua laluan ke kawasan itu berkuatkuasa 6 pagi esok (Sabtu) sehingga 6 pagi Ahad ini.

 
DBKL sebelum ini menolak permohonan pe nganjur satu perhimpunan yang mahu mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka Sabtu ini kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.
 
DBKL sudah menawarkan Stadium Titiwangsa di sini, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.

 
Perbadanan Stadium Malaysia juga dilaporkan bersedia menawarkan Stadium Nasional Bukit Jalil sebagai lokasi perhimpunan manakala pemilik Stadium Merdeka, Merdeka Heritage Trust, juga dilaporkan bersedia mempertimbangkan permohonan penggunaan stadium itu sebagai lokasi perhimpunan.
 
Kami juga adalah anak Malaysia yang merdeka, mempunyai hak yang sama serta cintakan kesejahteraan dan keamanan yang ada, bersetuju dengan tindakan serta langkah yang diambil oleh pihak DBKL agar memastikan tidak berlaku perkara yang tidak sepatutnya di Ibukota. 
 
 
Pilihan juga telah diberikan kepada pihak pembangkang, gunakanlah pilihan tersebut untuk mengadakan himpunan yang mereka inginkan. Jangan pula mereka mempunyai muslihat yang tersembunyi.........pembangkang memang terkenal kongkelikong untuk mengaburi dan menipu rakyat. Oleh itu kita harus berwaspada.
  
 
Salam perjuangan.
 

" Suara Belia Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj Abdullah 
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.



UNTUK BELIA 26 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"

Azmin Ali dicabar adik jalani DNA



Negara sedang sibuk memperkatakan dan memprotes tentang Himpunan Bersih 3.0, tiba-tiba kita dikejutkan dengan kenyataan yang cukup berani oleh Ummi Hafilda Ali yang mencabar abangnya, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali agar menyerahkan darahnya dan anaknya, Farah Afifah kepada polis untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi membersihkan nama mereka.

 
Menurutnya, tindakan itu penting bagi menjawab dakwaan bahawa isterinya, Shamsidar Taharin menjalin hubungan sulit dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Kalau Azmin benar-benar lelaki sejati, dia patut menyerahkan darahnya untuk membersihkan semua fitnah jahat yang didakwa oleh orang ramai dengan mengatakan Farah Afifah bukan anaknya.

Sebagai seorang bapa bertanggungjawab dan lelaki Islam sejati, Azmin kena bersihkan tuduhan itu kerana ia sangat berat.



Bagi semua rakyat Malaysia pasti tertunggu-tunggu apakah reaksi Azmin Ali terhadap cabaran yang dinyatakan oleh adiknya sendiri. Pepatah Melayu ada menyebut "Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah"


Adalah lebih baik Azmin Ali menyahut cabaran yang telah dibuat oleh adiknya Ummi Hafilda agar segala prasangka serta persepsi rakyat dapat terjawab. 


Kita tunggu..........


Salam Perjuangan

" Suara Belia Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj Abdullah 
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.



UNTUK BELIA 26 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"