Saturday 11 August 2012

FLAG OFF oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan


SEREMBAN, 10 Ogos – Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS) telah menganjurkan Kembara Sinar Ramadhan yang disertai sebanyak 55 buah kereta untuk konvoi singgah sahur bersempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 tidak lama lagi serta menyambut ramadhan al-mubarak.

Kembara selama 3 hari 2 malam yang diketuai oleh Presiden MBNS, Puan Wan Salwati Haji Abdullah itu akan melawati tujuh buah daerah di negeri ini dan turut menyampaikan sumbangan kepada golongan belia yang memerlukan.

Kata Menteri Besar dalam ucapan ringkasnya, beliau amat sukacita dengan penyertaan dari belia-belia yang bersemangat waja  untuk bersama-sama menjayakan kembara ini.

Beliau juga berpesan kepada para pemandu agar berhati-hati dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan serta perlu ada sikap berhemah ketika memandu.

Beliau melepaskan peserta konvoi sempena program singgah sahur tersebut pada jam kira-kira 11 malam tadi di kediaman rasmi beliau.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mat Ali Bin Haji Hassan dan Exco Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan, Dato’ Abd. Samad Bin Ibrahim.

Sumber : n9kini.com


SIRI 1 : Kembara Sinar Ramadhan Majlis Belia Negeri Sembilan

Alhamdulillah segala perancangan, berjalan dengan lancar. Kembara Sinar Ramadhan Majlis Belia Negeri Sembilan dijadualkan  selama 3 hari dua malam (10 - 12 Ogos 2012)

Mendapat kerjasama yang amat baik semua pihak.

Terima kasih di ucapkan kepada YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang sudi melepaskan konvoi kami malam tadi.

Peserta konvoi yang terdiri daripada 55 buah kenderaan, simbolik kepada 55 tahun kemerdekaan negara memberi kesan dan semangat.

Stigma masyarakat menyatakan belia golongan yang lalai di dalam perbuatan dan kehidupan sama sekali tidak tepat.

Kembara Sinar Ramadhan sedang bergerak dari Seremban ke Jelebu. Kemudian ke Jempol seterusnya ke Kuala Pilah.

Dari Kuala Pilah kami akan meneruskan perjalanan ke Tampin, seterusnya ke Rembau sebelum berakhir di Port Dickson.

Nantikan sambungan konvoi kami dari masa ke semasa.

Tandatangan Pemimpin Utama Negeri Sembilan 

 Bapa Transformasi Belia Negeri

Tandatangan tanda sokongan

 Flag off Kembara Sinar Ramadhan

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan bersalaman dengan para belia yang menjayakan konvoi MBNNS

Pemimpin turun padang, mesra kepada semua

Jago budak ni elok-elok.. tak dungar cakap.. saman an joh.. mungkin itu yang diposan kek Dato' MBNS

YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan memberikan ucapan ringkas, padat dan gegarrrrrrrr.. Apa yang menjadi perkara penting di dalam keseronokan  berkonvoi, jangan lupa ciri-ciri keselamatan agar, tidak ada nyawa terkorban.

Lihat juga wajah Dato' SS yang amat sporting. Kesetiausahaan membantu pentadbiran Negeri Sembilan sentiasa mengejar prestasi yang baik sekali.

Di sebalik kejayaan Belia Negeri Sembilan, banyak di dorong oleh semangat perjuangan Dato' MBNS yang terkenal dengan sikap tidak mengalah. Jika big boss yang ada semangat juang yang tinggi. Mustahil kita tak mampu melakukannya.. NS boleh!! NS boleh!!

 Hari ini dalam sejarah.. Tanpa gambar siapalah yang akan bercerita?? Biarlah pengertian yang baik datangnya dari usaha yang tulus dan ikhlas!!

Turut sentiasa bersama kembara sinar Ramadhan 1433H, Dato Abdul Samad Hj Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan.

Nantikan siaran seterusnya..