Saturday 11 August 2012

FLAG OFF oleh YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan


SEREMBAN, 10 Ogos – Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS) telah menganjurkan Kembara Sinar Ramadhan yang disertai sebanyak 55 buah kereta untuk konvoi singgah sahur bersempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-55 tidak lama lagi serta menyambut ramadhan al-mubarak.

Kembara selama 3 hari 2 malam yang diketuai oleh Presiden MBNS, Puan Wan Salwati Haji Abdullah itu akan melawati tujuh buah daerah di negeri ini dan turut menyampaikan sumbangan kepada golongan belia yang memerlukan.

Kata Menteri Besar dalam ucapan ringkasnya, beliau amat sukacita dengan penyertaan dari belia-belia yang bersemangat waja  untuk bersama-sama menjayakan kembara ini.

Beliau juga berpesan kepada para pemandu agar berhati-hati dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan serta perlu ada sikap berhemah ketika memandu.

Beliau melepaskan peserta konvoi sempena program singgah sahur tersebut pada jam kira-kira 11 malam tadi di kediaman rasmi beliau.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mat Ali Bin Haji Hassan dan Exco Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan, Dato’ Abd. Samad Bin Ibrahim.

Sumber : n9kini.com


No comments:

Post a Comment