Thursday 21 March 2013

Haramkan cara pelancaran yang mengundang bahaya kepada orang awam

Assalamualaikum wth.,



Terkejut dengan apa yang berlaku dan satu sahaja terkeluar dari hati nurani saya. 

Adakah semua persiapan itu sudah dimaklumkan kepada bahagian protokol Kerajaan Negeri. Tak kala mendengar beberapa gimik pelancaran di majlis perasmian padang tiruan malam tadi.. hati saya sudah terdetik, adakah selamat pelancaran ini??

Maha suci Allah, Pencipta sekian alam, saya akui, ajal dan maut itu milik Allah, namun kita boleh merancang perkara baik untuk menghindarkan kemalangan yang berkemungkinan berlaku. Namun, jika takdir Allah telah tercatat.. jika Dia berkehendak. maka terjadilah ia.. Jika Dia tidak berkehendak.. jika dirancang bagaimana pun, jika ditakdirkan tidak berlaku.. ia tidak akan berlaku..

Bukan niat di hati untuk mengungkit diri tidak dijemput ke majlis tersebut, tetapi memikirkan dan merenungkan, kemalangan tersebut boleh dielakkan jika perbincangan dan maklumam awal di buat. Mungkin ada beberapa cadangan lain boleh dibuat mengikut kesesuaian.

Memandangkan perkara serupa pernah berlaku tahun lalu, ketika majlis pecah tanah pembinaan banggunan MAINS di Taman Tasik Seremban, mujur sahaja tidak berlaku kemalangan jiwa, tetapi hari ini.. langit tidak selalunya cerah.. adakala mendung, adakala hujan tak berhenti.. telah mengorbankan satu nyawa masih kecil dan Insha Allah, tempatnya pasti di syurga idaman.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Encik Banee Yamin Idris, 35 tahun kerana terlibat di dalam kemalangan ketika menyaksikan penyempurnaan padang tiruan di Kombes, malam tadi.

Helicopter RC yang digunakan sebagai gimik pelancaran telah terhempas di khalayak ramai dan mengorbankan adik Nur Damia Husnina Banee Yamin, 1 tahun 6 bulan yang tidak berdosa. Semoga roh adik dicucuri rahmat dan mendoakan kehidupan ibu bapa yang masih hidup di dunia ini.

Insha Allah, saya akan menjenguk keluarga adik Nur Damia Husnina, pagi ini untuk memberi sokongan moral tanpa belah bahagi. Sesungguhnya, kejadian yang berlaku amat menyedihkan.

Bukan sikap saya mahu menuding jari menyalahkan sesiapa, namun kepada pihak yang difikirkan perlu bertanggungjawab, tampillah kehadapan dan berilah sokongan moral kepada keluarga mangsa ini. Janganlah mahu dilepaskan tanggungjawab itu kepada pihak yang dijemput hadir.  

Sedangkan tetamu yang dijemput hadir tidak dimaklumkan majlis gimik yang hendak dilakukan. Fikirlah tentang faktor keselamatan dan keselesaan orang awam. Tak perlu untuk nampak gah.. namun akhirnya, ada insan lain menanggung derita.

Nyawa tidak ada galang gantinya. Kegembiraan dirobek sepantas kilat.. amat menyedihkan..


SEREMBAN: Kemeriahan pelancaran padang bola sintetik pertama di Malaysia bertukar tragedi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia 18 bulan maut terkena bilah helikopter kawalan jauh yang diterbangkan sebagai gimik perasmian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, malam tadi.

Nur Damia Husnina yang mengalami kecederaan di kepala itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban manakala bapanya berusia 40-an yang turut cedera di kepala dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, bayi terbabit dikatakan sedang tidur nyenyak di bahu bapanya yang berdiri tidak jauh dari pentas utama ketika majlis perasmian padang rumput tiruan jenis ‘field turf’ bernilai RM2.5 juta yang disempurnakan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran, malangnya pengendali peralatan itu hilang kawalan menyebabkan ia jatuh menimpa penonton.

Difahamkan, selain bayi dan bapanya, tiga lagi mangsa yang belum dipastikan identitinya turut cedera terkena serpihan helikopter berkenaan.

8 comments:

  1. Salam,
    Maaf kerana tidak tahu cara yang lain bagaimana boleh menghubungi Puan.
    Seorang tua yang teraniaya memerlukan pertolongan tapi amat sulit untuk dikongsi disini. Bagaimana boleh menghubungi puan secara email?
    Thanks.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumusalam wth Puan/tuan,

    Alhamdulillah, tidak mengapa..

    Sila kongsikan butiran dan maklumat di tuan / puan di email seperti berikut : wansalwatihjabdullah@yahoo.com

    Semoga dapat membantu hasrat puan / tuan membantu insan tersebut.

    Sama-sama



    ReplyDelete
  3. salam, tak perlu menuding jari seolah menyalahkan orang lain. adik damia masih kecil. mungkin Allah mengambil nyawanya supaya dia boleh mendoakan kedua ibu bapanya dan menjadi bidadari di syurga nanti. puan seolah-olah menyalahkan JBNS . benar kejadian tidak dapat dielakkan, tetapi menuding jari dan menyalahkan JBNS dengan tidak menjemput puan seolah-olah ingin mengambil kredit untuk diri sendiri. adakah puan tahu kejadian itu akan berlaku. Allah maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. sesiapa pun tidak akan menjangka perkara ini berlaku kerana sudah banyak kali helikopter sebegini dijadikan gimik pelancaran di dalam dan mahupun luar negara. mungkin selepas ini harap diharamkan. tetapi berhati-hatilah mengeluarkan pendapat kerana pendapat puan seolah-olah mengatakan puan tahu segalanya. bagaimana kalau orang lain mengatakan puan membawa nasib malang apabila puan menziarah pakcik ramlan dan dituduh membawa malang? jadi lebih baik mendoakan kebaikan orang lain mengkritik untuk memperbetulan bukannya menuding jari sahaja. tidak perlu menyatakan puan tidak dijemput. jika benar puan sememangnya berhati rakyat makan datanglah sebagai rakyat. jangan kerana mulut badan binasa. dibenci orang. sedih rasanya apabila melihat bakal pemimpin menuding jari kepada orang lain. semoga puan dapat menarik kenyataan puan dan diindungi Allah swt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas teguran dan pandangan. Saya harap dpt difahami sebaiknya cerita saya. Terima kasih sekali lagi.

      Delete
    2. YB. Dato' Abd.Samad Ibrahim (EXCO PEMBANGUNAN MODAL INSAN, BELIA DAN SUKAN) amat berbesar hati utk menemui penulis komen kedua ini. Beliau antara vip yg berada sama dan pastinya antara individu penting dlm majlis tersebut, namun apa yg berlaku sememangnya satu pengajaran yg amat besar perlu di ambil iktibar.

      Delete
    3. berjumpa untuk? rasanya tidak ada sebab untuk berbuat demikian. apapun saya doa yang terbaik untuk semua.

      Delete
  4. Assalamualaikum..
    Saya setuju dgn penulis blog.Tidak perlu acara gempak2 sekiranya tidak menitik beratkan isu keselamatan.Kita pun sedia maklum helikopter tersebut dimainkan di kawasan lapang.Saya juga hadir pada majlis perasmian tersebut dan insan yang malang itu merupakan kawan saya.Bukan ingin menuding jari tetapi apa yang berlaku boleh dijadikan iktibar kepada semua.

    ReplyDelete
  5. salam, sy bersetuju agar pelancaran gimik sebegini perlu dipantau & sebolehnya diharamkan jika melibatkan orang ramai. namun elakkan menggunkankan kata-kata yg boleh menyinggung org lain. kerana bukan kita yang merancang. kadangkadang apa yang ingin dibuat tidak menjadi kenyataan.

    ReplyDelete