Wednesday 25 April 2012

Bantahan dan Kesan dari Demonstrasi Bersih 3.0





Sehingga artikel ini ditulis, saya masih tertanya-tanya tujuan dan matlamat pihak pembangkang dengan menyatakan bahawasanya pilihanraya di Malaysia tidak bersih, tidak tulus dan penuh penipuan. Kenyataan yang dinyatakan oleh Ambiga semasa debat bersama YB.Khairy Jamaluddin juga tidak menyakinkan serta penuh tanda tanya. Kenyataan yang diberi penuh dengan agenda tersembunyi. Tetapi yang pasti mereka yang menganjurkan Himpunan Bersih 3.0 ini adalah mereka yang diperkudakan oleh pihak pembangkang.


Debat antata YB.Khairy Jamaludin bersama Ambiga


Ingin dipersoalkan kepada pihak penganjur, jika benar pilihanraya Malaysia kotor dan tidak telus, bagaimana pula pembangkang boleh menguasai Selangor, Kedah, Penang, Kelantan dan Perak suatu ketika dahulu?. 

Kita lihat sahaja Kelantan, Pas telah memerintah Kelantan hampir 22 tahun sejak tahun 1990 ketika itu bersama Semangat 46 didalam Pakatan Perpaduan Ummah. Jika benar pilihanraya ini kotor dan penuh penipuan sudah pasti BN/UMNO akan merampas kembali kuasa yang hilang itu dengan mudah tanpa perlu bersusah payah berkempen siang, malam, pagi ke petang.


Pengerak Bersih 3.0


Terus terang saya katakan Bersih 3.0 mempunyai agenda tersendiri dan berniat jahat dalam mencemarkan demokrasi berparlimen yang telah kita guna pakai sejak dulu lagi. Sistem penambahbaikan terus dibuat dan dikemaskinikan mengikut keperluan semasa. Memang benar ianya berlandaskan dasar British tetapi telah diubah diberi nafas baru mengikut acuan kita sendiri.

Persoalannya kenapa harus kita berdemonstrasi? Sudah musnahkah saluran yang ada untuk menyatakan pendapat dan pandangan? Adakah kepimpinan yang ada sekarang ini tidak terbuka dalam mendengar pandangan serta pendapat itu? Berdemonstrasi tidak salah dalam menyatakan hasrat atau sokongan. Ini kerana ianya termaktub didalam istilah bagi negara yang mengamalkan demokrasi. Tetapi istilah sebenar demonstrasi dalam percaturan politik ianya adalah jalan terakhir akibat menemui jalan buntu dalam mencari jalan penyelesaian.

Apa yang dilihat sekarang ini lebih kepada publisiti kononnya pilihanraya Malaysia kotor dan mencemarkan nama baik negara di mata negara luar. Seolah-olah pembangkang ingin menagih simpati negara asing.


 Demontrasi di Indonesia

Kita harus berpijak dibumi yang nyata bahawasanya Malaysia sebuah negara yang amat unik. Pembangkang nampaknya lebih condong turun ke jalanraya daripada menghadapi pilihanraya. Malaysia bukannya Indonesia, Filipina, Iran mahu negara-nagara timur tengah yang kononnya kerajaan negara tersebut jatuh oleh kebangkitan rakyat yang turun ke jalanraya.


Demontrasi di Libya


Pembaca harus sedar dan meneliti sejarah kejatuhan sesebuah negara seperti Indonesia. Rakyat mereka bangkit bersebab dan mempunyai alasan yang kukuh apabila masalah gejala rasuah berluluasa, gejala sosial yang memudaratkan, kadar kemiskinan yang tinggi, pengganguran yang banyak memaksa rakyat mereka bangkit menentang pemerintahan Suharto ketika itu disamping kesan kemelesetan ekonomi yang dialami ketika itu pada tahun 1998.   


Demontrasi di Mesir


Sama juga pemerintahan di Filipina yang memaksa Josef Rizal bangkit menentang kerajaan yang ada ketika itu kerana mengabaikan rakyat, melakukan penindasan sehinggakan rakyat bangun bangkit melawan.

Cuma yang uniknya di negara timur tengah, rakyat mereka bangkit kerana dibiayai oleh pemodal-pemodal barat yang inginkan hasil maksum minyak dari negara terbabit. 

Demontrasi di Dermark


Mereka menggunakan pembangkang untuk membuat isu dan menaikkan kemarahan rakyat agar rakyat bangun menentang kerajaan sedia ada. Ini kerana kerajaan yang sedia ada ketika itu tidak membuka pintu dagangannya ke dunia barat. Jadi pedagang-pedagang atau peniaga-peniaga di dunia barat merasa tercabar. 

Minyak adalah kuasa yang memusnahkan negara timur tengah. Kita lihat Mesir, Libya, Lubnan dan negara arab lain adalah antara pengeluar minyak terbesar didunia tetapi sehingga sebelum kejatuhan kerajaan yang ada ketika itu dasar dagangan ekonomi mereka bukan berkiblatkan negara barat seperti Amerika dan negara Eropah

Jadi jalan terakhir yang ada pada pemodal-pemodal negara barat ialah membiayai aktiviti serta pergerakan parti pembangkang dinegara terbabit untuk memainkan peranan bersama-sama rakyatnya bagi tujuan mengulingkan kerajaan yang sedia ada dengan cara kekerasan yang bermula dengan tunjuk perasaan/demonstrasi dijalanraya dan akhirnya kepada keganasan serta hura-hara yang tidak terkawal dan memaksa kerajaan yang ada lumpuh.


Adakah kita sedar mainan politik jahat ini? Adakah kita mahu melihat Malaysia menjadi seperti negara yang dinyatakan diatas? Sudah pasti jawapanya tidak. Oleh itu, kita jangan mudah terpesona dengan kata-kata pembangkang dengan menjanjikan bulan dan bintang sedangkan ianya belum pasti menjadi kenyataan.

Kita perlu melihat dengan akal fikiran kita tentang kesan dan akibat daripada tindakan pembangkang ini. Ini adalah cara politik menghalalkan cara yang perlu kita hindarkan.

Kepada rakyat Malaysia sama ada tua, muda, belia, remaja, berparti atau pun tidak berparti, marilah kita renung dan fikirkan sejenak tentang apa yang diperkatakan ini. Ini kerana Malaysia adalah tanah air kita yang tercinta. Tempat tumpahnya darah kita. 

Janganlah kita menghancurkan kejayaan serta ketamadunan yang ada. Untuk memusnahkannya amat sekejap tetapi untuk membinanya memerlukan masa dan pengorbanan yang tidak terhingga. Fikirkanlah.

Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah
Exco Pergeraka Puteri Umno Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri Umno Bahagian Seremban
Ahli Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.


 

UNTUK BELIA 27 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"






MBNNS Terus Bergerak



Kenyataan Akhbar MBNNS

Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan (MBNNS) telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan sempena sambutan Himpunan Jutaan Belia yang akan diadakan pada 15 Mei Hari Belia Negara 2012 nanti di Putrajaya. Ini adalah antara sebahagian program yang dirancang dan disusun atur oleh MBNNS dalam usaha mempromosikan Hari Belia Negara 2012 yang bertemakan “Kuasa Belia”  


MBNNS bersama dengan warga media Negeri Sembilan telah mengadakan pertandingan bowling tertutup yang diadakan di Seremban Parade pada 20hb.April 2012 yang lalu. Ia turut disertai oleh badan-badan gabungan MBNNS dan mendapat kerjasama daripada Majlis Sukan Negeri Sembilan (MSN), Sekretariat Belia Negeri Sembilan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dan Telekom Malaysia Negeri Sembilan.



Majlis ini disempurnakan oleh YB Senator Dato Mohd Najeeb Abdullah yang merupakan Presiden, Persatuan Bowling Negeri Sembilan. Hadir sama Pn.Wan.Salwati Hj.Abdullah selaku Presiden Majlis Belia Negeri merangkap Pegawai Khas Kepada YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia.








Program ini diadakan bertujuan mempromosikan Hari Belia Negara 2012 disamping mengeratkan hubungan diantara persatuan-persatuan belia dengan agensi kerajaan dan swasta yang terlibat.   Seiring dengan hasrat kerajaan pada setiap tahun Hari Belia Negara diadakan adalah bertujuan meraikan dan mengiktiraf belia-belia yang telah berjaya dan menyumbang bakti kepada negara. Dengan adanya Hari Belia Negara ini, peranan belia dalam pembangunan negara sentiasa mendapat perhatian kerajaan kerana belia hari ini merupakan jentera penggerak utama ke arah mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Dengan tenaga muda yang  menjadi populasi terbesar negara sekarang, jalinan hubungan rapat kerajaan dengan belia perlu dipertingkatkan seiring dengan program transformasi kerajaan, demikian kenyataan Kahar Kamarudin, Setiausaha Agung MBNNS yang pernah memenangi anugerah Tokoh Usahawan Belia Negara 2010.



Pertandingan bowling ini telah dimenangi oleh Kumpulan Kastel Telekom Malaysia, tempat kedua Majlis Belia Daerah Seremban dan tempat ketiga Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dan tempat keempat Majlis Belia Daerah Jelebu. Manakala individu lelaki dimenangi oleh Saudara Izuan bin Ahmad (Kastel TM), tempat kedua Noor Afizal (MBD Jelebu), dan tempat ketiga Rohaizat (MBD Seremban).Bagi kategori individu wanita pula dimenangi oleh saudari Jee (MBD Seremban), kedua Noor Zuliana Hannie (Kastel TM) dan tempat ketiga Raja Akmar (SAINS).


Disediakan oleh,
Kahar Kamarudin ANS
Setiausaha Agung MBNNS

s.k : 
Wan Salwati Hj. Abdullah
Presiden Majlis Belia Negeri
Negeri Sembilan. 


UNTUK BELIA 28 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"