Sunday 1 April 2012

Nasib Islam dan Melayu P.Pinang



Pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menyertai demonstrasi secara aman di sini hari ini mendesak Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi penjelasan mengenai dakwaan kerajaan negeri telah menjual tapak masjid di Bayan Mutiara di sini.

Mereka berarak sejauh satu kilometer dari Masjid Simpang Enam selepas solat Jumaat dan berkumpul di perkarangan Komtar membawa sepanduk dan kain rentang yang tertulis pelbagai kata-kata desakan.
Antara tulisan yang dilihat ialah ‘Kembalikan Tanah Masjid di Bayan Mutiara’ ,’Rakyat Mendesak Tanah Masjid Bayan Mutiara Diwakafkan’ dan ‘Pulangkan Tapak Masjid”.

Antara NGO yang terlibat dalam perhimpunan itu ialah Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Suara Anak-anak Malaysia, Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Malaysia, Persatuan Anak Jati Melayu Islam Pulau Pinang dan Badan Bertindak Rakyat Tertindas Pulau Pinang.

Beberapa wakil pertubuhan itu kemudian naik ke Tingkat Tiga bangunan Komtar yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri sebelum menyerahkan memorandum bantahan kepada Pembantu Khas Ketua Menteri, Marziah Mohd Mukhtar.

Jurucakap penganjur perhimpunan itu, Mohd Rizuad Mohd Azudin berkata mereka tidak puas hati dengan jawapan ‘tiada komen’ yang sering diberikan Lim jika isu mengenai tanah itu dibangkitkan.

“Kami minta Ketua Menteri Pulau Pinang dapat memberikan jawapan secara bertulis dalam tempoh tujuh hari. Buktikan slogan ‘Competency, Accountability dan Transparency (CAT)’ yang selalu dilaungkan oleh kerajaan negeri tidak sekadar retorik politik semata-mata.“Rakyat berhak tahu perkara sebenarnya,” katanya.

Kontroversi tanah Bayan Mutiara timbul selepas kerajaan negeri dilaporkan menjual tanah seluas 41.5 hektar itu kepada sebuah syarikat pemaju dengan harga RM1.07 bilion.

Tanah itu dianggap berharga dan lokasinya strategik kerana letak berdekatan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Kepada semua, jadikanlah iktibar dengan apa yang telah berlaku di Pulau Pinang ini sebagai pengajaran kepada kita agar tidak melakukan kesilapan yang sama dan tsunami politik PRU-12 tidak berulang kembali semasa PRU-13 nanti.

Hari ini kita mendengar dan melihat keadaan suasana politik di sana, yakni tempat mereka yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan "Adakah kita juga inginkan keadaan yang sedemikian rupa di Negeri Sembilan"

Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 52 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"

Sekitar Perasmian Mesy.Agung PIBG SK.Tmn.Paroi Jaya, Seremban.



Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG 
( Persatuan Ibu Bapa & Guru ) Sekolah Kebangsaan Taman Paroi Jaya Seremban

Memberikan Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG SK Taman Paroi Jaya


 Menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang 5A bagi tahun 2011.


 Penyerahan alatan sukan kepada Guru Besar SK.Taman Paroi Jaya.


Sesi bergambar kenangan bersama pelajar yg mendapat 5A 
SK.Taman Paroi Jaya pd tahun 2011. Semoga anda terus berjaya

 
Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 52 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"