Wednesday 2 January 2013

edisi BISO BONAR - Wa Kena Beb!!!!

Surprise...Happy Birthday My Dear Tulip Mekar.. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan CEPAT2 KAHWIN...


























Biar simple yang penting impak

Sikamat, 02 Jan – Seramai 150 orang anak tahun satu menerima sumbangan ‘Back To School’ yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Seremban di perkarangan pejabat Puteri UMNO Seremban di College Height, semalam.

Penyampaian sumbangan ini disempurnakan kepada anak-anak di DUN Sikamat yang mana, nama diperolehi dari 15 cawangan UMNO DUN Sikamat.

Program yang diadakan sepanjang tahun ini masuk tahun ke lima dan pelaksanaannya pelbagai cara, tahun pertama dilakukan secara berkelompok, tahun kedua diadakan secara konvoi dari DUN ke DUN, tahun ketiga dilakukan secara konvoi dari sekolah ke sekolah, manakala tahun ini dan tahun lalu diadakan secara setempat.

Menurut Puan Wan Salwati Hj Abdullah, Ketua Pergerakan Puteri UMNO ketika ditemui wartawan n9kini, “objektif program seumpama ini, walaupun sebuah program yang mudah, namun ia sedikit sebanyak membuktikan bahawa parti BN sentiasa mendampingi masyarakat.”

“Program hari ini menepati masa di mana kita memberi dorongan kepada anak-anak yang masuk tahap satu untuk melalui permulaan alam persekolahan mereka.

Walaupun pihak kita yakin ibu bapa juga telah menyediakan kelengkapan buat anak-anak mereka, apa yang dilaksanakan ketika ini, membuktikan bahawa BN selalu mahu mendekati rakyat dan mendengar denyut nadi rakyat.” Ujar beliau.

Beliau menambah, penerimaan akar umbi  dengan program seumpama ini amat baik, mereka dapat merasai pemimpin sentiasa mahu rapat dengan rakyat malah kehadiran hari ini (semalam), menampakkan mereka menerima apa yang diusahakan parti.

Begitu juga, harapan mereka mahu kerajaan dan kepimpinan hari ini lebih memahami masalah rakyat dari bawah dan menuntut penjelasan dari pihak atasan.

Puan Wan Salwati turut memberitahu, tahun ini Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban turut menambah program yang melibatkan semua pelajar dari umur seawal tujuh tahun sehingga ke tujuhbelas tahun.

Jika ‘Back To School’ melibatkan anak-anak yang bakal menduduki tahap 1, program ‘Barber On Wheels’ pula tidak terkecuali. Mereka diberikan perkhidmatan gunting rambut secara percuma.

Katanya lagi, “Kita mahu masyarakat mendapat kesan baik dari pelaksanaan program yang dianjurkan kami. Apa yang penting, matlamat ini sampai sehingga ke akar umbi.”

Majlis turut dihadiri oleh M. Rosli Alias, Setiausaha UMNO Bahagian Seremban.

Sumber : n9kini.com





















Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia

Tuesday 1 January 2013

PERHATIN : DERMA ITU JUGA JIHAD

gambar ehsan dari Facebook Persatuan Belia Dinamik Barat


PERHATIAN : Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan berupa pakaian dan untuk didermakan kepada mangsa banjir dan buku-buku (utk Perpustakaan Sekolah) di Kemaman bolehlah menghantar brg2 tersebut di Bilik Gerakan UKP Puteri UMNO Sban, di Taman College Height esok mulai jam 9pg - 5ptg. Barang-barang tersebut akn di bawa oleh Sukarelawan yg akan membantu misi pembersihan pada 2.1.2013 (Rabu) ini.

Selamat Datang 2013


Begitu cepat masa berlalu...tak beberapa jam je lagi kita akan menerjah ke tahun baru 2013. Segala yang telah terlakar menjadi sejarah dan panduan terbaik untuk terus melangkah. Jangan difikirkan kepada kekesalan dan apa jua yang meyakitkan kerana semuanya harus kita tempuhi... 

Yakin dan terus pandang ke hadapan bumi Allah yg terbentang luas sentiasa memberi yang terbaik kepada hambaNYA. Semoga tahun 2013 memberi sinar yang lebih baik dan cemerlang...Aamiinn....

Malam Ambang Tahun Baru Bersama Masyarakat Orang Asli di Kg.Palebar, Labu. Anjuran Persatuan Belia Dinamik Barat bersama MBNNS, Persatuan Org Asli NS, Rela Daerah Sban dan Persatuan Belia Kg.LBJ. Terima kasih kepada Tok Batin Temu...