Friday 22 March 2013

Alhamdulillah selesai.. Pahat jangan berbunyi lagi.. Urusan penyelesaian dibuat terbaik mungkin..

Assalamualaikum wth,

Kesedihan dan perasaan hiba dengan apa yang berlaku dua hari lalu masih menyelubungi diri ini. Mudah-mudahan segala ketentuan Allah SWT di ambil ikhtibar dengan penuh rasa insaf dan tunduk.

Pagi semalam, saya meluangkan masa menziarah keluarga Encik Banee Yamin, 35 tahun di rumahnya. Segala persiapan dirancang dengan sebaik mungkin. Masyarakat prihatin mula berkumpul sejak pagi untuk bersama-sama memberi sokongan moral dan semangat kepada keluarga ini.


Setelah terlibat dengan pengurusan menyelesaikan jenazah adik Nurdamia Husnina, sempat saya menziarah dan melawat Encik Banee Yamin yang masih terlantar. Turut ada ketika menziarah, DSU Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar. Beliau sejak malam sebelumnya tidak satu saat pun lepas tangan bagi memastikan layanan sempurna buat mangsa yang terlibat dengan kejadian yang tidak di sangka-sangka.

Hati kecil berkata, pemimpin ini.. "adakah kejujuran yang tidak ditunjukkan, namun terlihat.. tetapi masih ada lagi ruang-ruang kecil yang dihiris oleh mereka yang dangkal akal fikiran. Seperti pandangan DSU Menteri Besar kepada mereka yang dengkel akal dengan 1 istilah 'MISKIN MINDA'. Masya Allah, hanya Allah SWT yang mengetahui zat tersembunyi dan perasaan pemimpin ini. Semoga Allah sentiasa melindungi beliau daripada hasad dengki, musuh yang khianat. Kerana sesuatu yang berlaku ada rahsianya. 

Bersama-sama dengan lawatan dan ziarah ini, YM Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin, isteri Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau seorang wanita prihatin dan insan yang paling hampir buat DSU Menteri Besar. Saya sentiasa bersama beliau dan melihat beliau menenangkan suami berhadapan dengan situasi seumpama ini.

Benarlah kata orang, kekuatan seorang lelaki ialah terdapatnya seorang wanita penyayang, wanita sebagai sumber inspirasi, wanita sebagai pencetus semangat, wanita sumber kekuatan dan pelbagai lagi.


Ketika kedengaran suara-suara sumbang dari  yang lain, saya dapati isteri Menteri Besar ini sentiasa memberi kata positif dan semangat buat DSU Menteri Besar Negeri Sembilan.

Sementelaah, ada terbuku di hati saya melihat gelagat masyarakat yang hadir dan menziarah ke rumah Encik Banee Yamin. Jika anda dipihak pembangkang, anda hadir menziarah dengan menunjukkan rasa simpati dengan kejadian yang menimpa amat kita sanjung dan ucap terima kasih.

Namun kenapa selepas itu boleh kedengaran suara-suara sumbang mengatakan kemalangan tersebut berlaku di atas kelalaian dan kesilapan Kerajaan Negeri? Jangan nanti pembangkang malu sendiri.

Selama ini kami di pihak pendokong kerajaan negeri dan Barisan Nasional melihat usaha gigih yang dijalankan oleh DSU Menteri Besar dan barisan EXCO menjalankan tugas dengan terbaik mungkin. 

Baru-baru ini terkeluar di akhbar pembangkang, yang menyatakan segala pembangunan yang sedang rancak di negeri ini merupakan usaha mereka, sedangkan yang berfikir untuk itu semua sudah tentu kerajaan BN yang mentadbir dan berpengalaman selama lebih setengah abad ini.

Pembangkang, sudah-sudahlah membina isu untuk mendapat populariti murahan. Masyarakat umum sudah mengetahui siapa wajah pembangkang di negeri ini. Dan saya adalah pengundi di kawasan yang dimenangi pembangkang. Tidak satu usaha pun yang anda lakukan dan laksanakan melainkan ceramah maki hamun yang akhirnya pada PRU13 ini, akan mencengkam parti anda sendiri.

Barisan Nasional diyakini pulih keseluruhannya dan saya sebagai barisan hadapan di Bahagian Seremban, akan memastikan kerusi yang kalah pada PRU12 akan kembali kepangkuan BN. Insha Allah.









Thursday 21 March 2013

Haramkan cara pelancaran yang mengundang bahaya kepada orang awam

Assalamualaikum wth.,



Terkejut dengan apa yang berlaku dan satu sahaja terkeluar dari hati nurani saya. 

Adakah semua persiapan itu sudah dimaklumkan kepada bahagian protokol Kerajaan Negeri. Tak kala mendengar beberapa gimik pelancaran di majlis perasmian padang tiruan malam tadi.. hati saya sudah terdetik, adakah selamat pelancaran ini??

Maha suci Allah, Pencipta sekian alam, saya akui, ajal dan maut itu milik Allah, namun kita boleh merancang perkara baik untuk menghindarkan kemalangan yang berkemungkinan berlaku. Namun, jika takdir Allah telah tercatat.. jika Dia berkehendak. maka terjadilah ia.. Jika Dia tidak berkehendak.. jika dirancang bagaimana pun, jika ditakdirkan tidak berlaku.. ia tidak akan berlaku..

Bukan niat di hati untuk mengungkit diri tidak dijemput ke majlis tersebut, tetapi memikirkan dan merenungkan, kemalangan tersebut boleh dielakkan jika perbincangan dan maklumam awal di buat. Mungkin ada beberapa cadangan lain boleh dibuat mengikut kesesuaian.

Memandangkan perkara serupa pernah berlaku tahun lalu, ketika majlis pecah tanah pembinaan banggunan MAINS di Taman Tasik Seremban, mujur sahaja tidak berlaku kemalangan jiwa, tetapi hari ini.. langit tidak selalunya cerah.. adakala mendung, adakala hujan tak berhenti.. telah mengorbankan satu nyawa masih kecil dan Insha Allah, tempatnya pasti di syurga idaman.

Saya mengucapkan takziah kepada keluarga Encik Banee Yamin Idris, 35 tahun kerana terlibat di dalam kemalangan ketika menyaksikan penyempurnaan padang tiruan di Kombes, malam tadi.

Helicopter RC yang digunakan sebagai gimik pelancaran telah terhempas di khalayak ramai dan mengorbankan adik Nur Damia Husnina Banee Yamin, 1 tahun 6 bulan yang tidak berdosa. Semoga roh adik dicucuri rahmat dan mendoakan kehidupan ibu bapa yang masih hidup di dunia ini.

Insha Allah, saya akan menjenguk keluarga adik Nur Damia Husnina, pagi ini untuk memberi sokongan moral tanpa belah bahagi. Sesungguhnya, kejadian yang berlaku amat menyedihkan.

Bukan sikap saya mahu menuding jari menyalahkan sesiapa, namun kepada pihak yang difikirkan perlu bertanggungjawab, tampillah kehadapan dan berilah sokongan moral kepada keluarga mangsa ini. Janganlah mahu dilepaskan tanggungjawab itu kepada pihak yang dijemput hadir.  

Sedangkan tetamu yang dijemput hadir tidak dimaklumkan majlis gimik yang hendak dilakukan. Fikirlah tentang faktor keselamatan dan keselesaan orang awam. Tak perlu untuk nampak gah.. namun akhirnya, ada insan lain menanggung derita.

Nyawa tidak ada galang gantinya. Kegembiraan dirobek sepantas kilat.. amat menyedihkan..


SEREMBAN: Kemeriahan pelancaran padang bola sintetik pertama di Malaysia bertukar tragedi ngeri apabila seorang bayi perempuan berusia 18 bulan maut terkena bilah helikopter kawalan jauh yang diterbangkan sebagai gimik perasmian di Kompleks Belia dan Sukan Paroi dekat sini, malam tadi.

Nur Damia Husnina yang mengalami kecederaan di kepala itu disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tuanku Jaafar Seremban manakala bapanya berusia 40-an yang turut cedera di kepala dimasukkan ke wad untuk rawatan lanjut. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9.55 malam itu, bayi terbabit dikatakan sedang tidur nyenyak di bahu bapanya yang berdiri tidak jauh dari pentas utama ketika majlis perasmian padang rumput tiruan jenis ‘field turf’ bernilai RM2.5 juta yang disempurnakan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah serta diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Sebuah helikopter kawalan jauh diterbangkan sebagai sebahagian daripada gimik pelancaran, malangnya pengendali peralatan itu hilang kawalan menyebabkan ia jatuh menimpa penonton.

Difahamkan, selain bayi dan bapanya, tiga lagi mangsa yang belum dipastikan identitinya turut cedera terkena serpihan helikopter berkenaan.

Thursday 7 March 2013

Mari sertai Program Juang Wanita Muda 2013 Sabtu ini..

Assalamualaikum wth,

Pertama sekali, saya ingin bermohon maaf kepada pembaca yang setia mengikuti perkembangan  saya di blog yang saya dedikasikan ini untuk para sahabat budiman..

Mengambil masa  yang agak lama untuk kembali ke Teratak Paradigma Srikandi, seolah-olah sepertinya saya tidak ingat jalan pulang. Sibuk ke sana ke mari.. 

Hakikatnya, saya cuma manusia biasa yang mampu merancang, tetapi amat sukar melaksanakannya.. Di samping melayan jadual tugasan yang tidak pernah kosong.. sesekali saya meninjau blog kesayangan.. Hari ini saya gagahkan diri.. demi Paradigma Srikandi..

Rindu rasanya hendak menulis, tersenyum mengenang program yang saya hadiri.. Di sebalik duka ada senyum.. di sebalik senyum ada peristiwa.. di sebalik peristiwa satu kepuasan.. Kini, saya kembali untuk berkongsi dengan sahabat sekelian.

Saya mulai dengan ini..


Adakah anda berminat menyertainya?? Hantarkan komen anda di ruangan komen..  

Terima kasih..

Wednesday 2 January 2013

edisi BISO BONAR - Wa Kena Beb!!!!

Surprise...Happy Birthday My Dear Tulip Mekar.. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan CEPAT2 KAHWIN...


























Biar simple yang penting impak

Sikamat, 02 Jan – Seramai 150 orang anak tahun satu menerima sumbangan ‘Back To School’ yang dianjurkan oleh Pergerakan Puteri UMNO Seremban di perkarangan pejabat Puteri UMNO Seremban di College Height, semalam.

Penyampaian sumbangan ini disempurnakan kepada anak-anak di DUN Sikamat yang mana, nama diperolehi dari 15 cawangan UMNO DUN Sikamat.

Program yang diadakan sepanjang tahun ini masuk tahun ke lima dan pelaksanaannya pelbagai cara, tahun pertama dilakukan secara berkelompok, tahun kedua diadakan secara konvoi dari DUN ke DUN, tahun ketiga dilakukan secara konvoi dari sekolah ke sekolah, manakala tahun ini dan tahun lalu diadakan secara setempat.

Menurut Puan Wan Salwati Hj Abdullah, Ketua Pergerakan Puteri UMNO ketika ditemui wartawan n9kini, “objektif program seumpama ini, walaupun sebuah program yang mudah, namun ia sedikit sebanyak membuktikan bahawa parti BN sentiasa mendampingi masyarakat.”

“Program hari ini menepati masa di mana kita memberi dorongan kepada anak-anak yang masuk tahap satu untuk melalui permulaan alam persekolahan mereka.

Walaupun pihak kita yakin ibu bapa juga telah menyediakan kelengkapan buat anak-anak mereka, apa yang dilaksanakan ketika ini, membuktikan bahawa BN selalu mahu mendekati rakyat dan mendengar denyut nadi rakyat.” Ujar beliau.

Beliau menambah, penerimaan akar umbi  dengan program seumpama ini amat baik, mereka dapat merasai pemimpin sentiasa mahu rapat dengan rakyat malah kehadiran hari ini (semalam), menampakkan mereka menerima apa yang diusahakan parti.

Begitu juga, harapan mereka mahu kerajaan dan kepimpinan hari ini lebih memahami masalah rakyat dari bawah dan menuntut penjelasan dari pihak atasan.

Puan Wan Salwati turut memberitahu, tahun ini Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban turut menambah program yang melibatkan semua pelajar dari umur seawal tujuh tahun sehingga ke tujuhbelas tahun.

Jika ‘Back To School’ melibatkan anak-anak yang bakal menduduki tahap 1, program ‘Barber On Wheels’ pula tidak terkecuali. Mereka diberikan perkhidmatan gunting rambut secara percuma.

Katanya lagi, “Kita mahu masyarakat mendapat kesan baik dari pelaksanaan program yang dianjurkan kami. Apa yang penting, matlamat ini sampai sehingga ke akar umbi.”

Majlis turut dihadiri oleh M. Rosli Alias, Setiausaha UMNO Bahagian Seremban.

Sumber : n9kini.com





















Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia