Monday 15 October 2012

1 undi 1 kemenangan, 1 undi 1 kemenangan, 1 undi 1 kemenangan.. Banyak undi boleh menang





Assalamualaikum..

Saya mulakan dengan Man Jadda Wajadda.. Syukur Alhamdulillah, segala yang difikirkan untuk kebaikan dapat dilaksanakan dengan baik.

Saya tidak keseorangan dan bersendirian.. kerana ada mereka di sisi saya. Tugas dan khidmat ini tidak mampu untuk dilaksanakan seorang diri. Pembantu itu perlu.. 

Sejurus kami bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rasah, kami ke bilik gerakan bagi mengemaskini gerak kerja kami di dalam persediaan memenangi pilihanraya umum ke-13.

Kami pernah kalah pada pilihanraya lalu, kalah tidak bermakna rebah.. Kami perlu bangkit dari kekalahan. Kalah bukan kerana mereka tidak suka kami. Kalah kerana mereka mahu kami bangkit dengan kekuatan baru dan idea baru.

Yang pastinya dengan kemenangan yang segar dan mekar.. Umpama bunga tulip yang sentiasa berdampingan dengan kerja-kerja dan tugas yang saya lalui setiap hari.. Semoga Tulip sentiasa Mekar.. :)

Melihat kepada senario masyarakat hari ini, kami yakin dan percaya, kami boleh menang. Biarpun dengan 1 undi pun.. kami perlu memenanginya.

Tetapi tidak mungkin kami akan menang untuk 1 undi sahaja. Setiap 1 undi itu penting.. Keringat itulah kami bawakan di dalam semangat kerja berpasukan.. 1 undi 1 kemenangan.. 1 undi 1 kemenangan.. 1 undi 1 kemenangan. Bila ramai keluar mengundi.. setiap 1 itu akan membawa kemenangan. Itulah iltizam tugas dan tanggung jawab kami..

Bilik Gerakan Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban kini dibuka setiap hari dan tiada lagi waktu untuk bersenang-senangan dan bermudah-mudahan.

Terima kasih ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban kerana dengan semangat perjuangan itu, kita srikandi akan terus memburu kemenangan.


Perjuangan ikhlas dekat di hati,



Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban