Friday 17 August 2012

Program Keselamatan Jalanraya - Bila memandu, ingatlah yang tersayang

Di petang 28 Ramadhan

Bersama Tuan Junaidi Ketua Caw.Trafik NS...

Gimik Pelancaran Kempen Keselamatan Jlnraya oleh YB.Dato' Ismail b. Lasim...

Menyerahkan Hamper Raya kepada pemandu-pemandu yang melalui Plaza Tol Senawang...

Biskut Raya daripada MBNNS dan Bubur Lambuk dari Royal Bintang Hotel Seremban...

Semangat merdeka

Hamper dari MBNNS

Gembira Apek ni dapat Topi Kledar baru dan Vest sumbangan MKJR...

 
Bersama-sama dalam Kempen Pelancaran Keselamatan Jalanraya Sempena Hari Raya Aidilfitri...

Di Plaza Tol Senawang bersama SM Harun...

Dah nak balik raya.. dari utara ke selatan , dari barat ke timur... pastinya memandu. Ingat patuhi peraturan di jalan raya. Bukan anda seorang sahaja pengguna jalan raya. Ramai yang nak balik ke kampung dan bertemu,  sanak saudara, sahabat handai, jiran tetangga dan pstinya ramai yang tersayang menanti mereka juga di pintu rumah , malah mungkin ada ibu-ibu yang duduk berkampung di dapur menyediakan juadah istimewa dan kegemaran anak dan cucu masing-masing. 

Jangan kerana anda ramai diluar sana merintih dan menangis kesedihan di pagi hari raya. Bukan ini  suasana yang diimpikan oleh mereka dan pastinya anda juga.

Hormati pengguna jalan raya yang lain. Rancang perjalanan anda.
Pandu cermat ..jiwa selamat ..ingat mereka yang tersayang...

Apapun jangan jadikan keghairahan anda menyebabkan anda terperangkap dengan perbelanjaan luar jangka iaitu SAMAN jalan raya... eloklah jumlah wang itu dibelanjakan sambutan hari raya bersama keluarga..

Kawasan Pengawasan PDRM

Plus Arah Utara (Dari KL):
1- Km 197.1, Km 198.8 & Km 204.3 selepas exit Kemunting
2- Km 208 & Km 214.8 sebelum exit Kemunting
3- Km 271 berdekataan exit Ipoh Selatan
4- Km 274.4 berdekatan exit Ipoh Utara
5- Km 286.9 berdekatan exit Simpang Pulai
6- Km 296 berdekatan exit Gopeng
7- Km 352.6 selepas exit Sungkai
8- Km 373 berdekatan exit Slim River
9- Km 241.9 berdekatan exit Kuala Kangsar
10- Km 308.6 selepas exit Gopeng
11- Km 252 masa turun bukit selepas terowong Menora
12- Km tak pasti tapi betul2 di R&R Gurun
13- 2 km after tol Juru (90km/j)
14- 5 kamera di atas jambatan pulau pinang (so slow je la kat situ)


Plus Arah Selatan:
1- Km 289 sebelum exit Nilai Selatan
2- Ada 3 kamera antara Km 255 - Km 249 (Persimpangan Seremban - Senawang)
3- Km 253 selepas exit Senawang
4- Km 213.9 selepas exit Alor Gajah
5- Betul2 di exit Jasin
6- Km tak pasti tapi selepas hentian sebelah Tangkak
7- Km juga tak pasti tapi jambatan pertama selepas exit Yong Peng utara
8- Km 97.3 selepas exit Air Hitam
9- Betul2 di exit Sedenak

Plus Tengah:
1- Km 456 selepas exit Sungai Buluh
2- Betul2 di exit Bukit Lanjan
3- Betul2 dibawah Restoran Jejantas Sg Buloh
4- Km 302.8 berdekatan exit Kajang
5- Km 296.5 & Km 297 berdekatan exit Bangi


NKVE
1- 300 meter sebelum tol Jalan Duta (60 km/j)
2- Selepas cabang jalan ke tol Jalan Duta (80km/j)
3- Betul2 di exit Damansara
4- Km 11.2 berdekatan rel keretapi
5- Betul2 di exit Shah Alam
Jaga-jaga

KESAS
1- Km 44.8 berdekatan exit LDP
2- Berhadapan Endah Parade
3- Betul2 di exit Hicom

ELITE (Dari arah KLIA)
1- Km 4.8 selepas exit Batu 3
2- Km 2 - Km 4 atas jambatan berdekatan Makro
3- Betul2 kat bawah restoran jejantas USJ
4- Km 10 sebelum exit USJ

JALAN PERSEKUTUAN
1- Bersebelahan Hotel Mint
2- Berdekatan Esso kat exit Salak Selatan
3- Berhadapan dengan Istana Negara
4- Berhadapan dengan Muzium Negara
5- Kawasan turun bukit selepas pekan Raub (Menghala Kuala Lipis)
6- 2 km sebelum pekan Maran (Arah Kuantan)
7- Area Paya Bungor (Arah Kuantan)
8- Selepas exit ke Bentong (Menghala ke LPT)
9- Jalan Gambang - Kuantan (Turun bukit selepas Matrikulasi Pahang)
10- Berhadapan dengan Mini Malaysia Melaka (70km/j)
11- Berhadapan dengan Zoo Melaka (70 km/j)
12- Bawah jambatan dari Banting ke KLIA (80 km/j)
13- Berhadapan dengan Kolej Inti, Nilai
14- Persimpangan Sg Manggis menghala ke Klang (60 km/j)
15- Berhadapan Tesco Klang (70 km/j)
16- Jambatan berdekatan rumah MB Selangor kat Pasir Panjang (70km/j)
17- 2 km selepas sempadan Perak-Selangor di Jalan Sabak Bernam (berdekatan kilang kelapa sawit)
18- Laluan bertingkat antara USM ke Bayan Lepas
19- Jelutong expressway berdekatan Tesco Pulau Pinang
20- MRR2 antara simpang Taman Melati & Wangsa Maju
21- MRR2 berhadapan Mikro Cheras
22- MRR2 ke Damansara, antara batu cave ke Bandar Baru Selayang


Tuesday 14 August 2012

SIRI 4 : EKSKLUSIF Kembara Sinar Ramadhan 2012 [Kau Terlalu Istimewa]

EKSKLUSIF 1 : Dia yang teristimewa



Si dia menerima kunjungan tetamu kehormat,
Dato' Abdul Samad Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan

Si dia bersama basikal istimewa yang diciptakan sendiri untuk kegunaan bersiar-siar di sekitar kawasan berhampiran..Si dia yang dikurniakan otak dan fikiran yang kreatif dan inovatif walaupun tergolong dengan golongan OKU

Si dia yang lemah anggota kaki tidak sesempurna ahli belia yang datang mengunjung..
Si dia teristimewa.. menggunakan kepala lutut untuk bergerak ke sana ke mari.
Sekiranya si dia di kurniakan rezeki berjawatan besar.. Adakah kita yang cukup sifat ini berasa insaf?? Didik lah akal menerima ketentuan Allah SWT. Allah berkehendak, maka jadilah ia.. Bersyukurlah kita wahai sahabat-sahabat sekelian.

Si ibu yang sudah tua dan uzur..
Tiada keringat untuk membantu si anak yang kurang upaya.. Namun kesabaran menjadi semangat utuh
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa membawa bahagia..
Semoga Allah memberi kerahmatan tertinggi terhadap ibu ini

Saya yang kagum melihat kesabaran dan kecekalan keluarga ini..
Terlalu insaf dan menjadikan diri akan terus tabah menghadapi dan mendekati insan semulia dia 

 Lihat sahaja si anak ini, menginsafi kekurangan diri tiada penyebab untuk dia berdikari menjalani batas-batas hidup dan menerima ketentuan Ilahi.
Semoga engkau tabah mengharungi liku-liku hidup ini adikku.


SIAPA DIA???
SIAPA DIA???
SIAPA DIA???
SIAPA DIA???
SIAPA DIA???

Program : Kembara Sinar Ramadhan 1433H Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan
Lokasi : Taman Ampangan
Tarikh / Masa : 10 Ogos 2012 (11:25 malam)


EKSKLUSIF 2 : Semoga Amirul dan Keluarga Terus Tabah

Gambar yang pernah di siarkan, diulang tayang..
Semoga kehadiran dan kunjungan kami memberi semangat dan kesabaran buat adik Amirul
Tarikh : 11 Ogos 2012


Adik-adik belia yang sama-sama memberi semangat kepada rakan yang sedang dilanda kesedihan. Belia mampu bersatu dan menterjemahkan kasih sayang dengan program seumpama ini.

Sekretariat Kembara Sinar Ramadhan MBNNS menerima perkhabaran ayahnya telah kembali ke Rahmatullah pada 12 Ogos 2012.

Semoga adik Amirul dan keluarga terus tabah mengharungi cabaran dan dugaan ini.

Inna lilla wainna lilla hilirodjiun,
Al-Fatihah, Amin




Lokasi : Batu 46 Kuala Pilah
Tarikh : 11 Ogos 2012 (3:00 petang)


EKSKLUSIF 3 : Bersama K. Murali (Tokoh Belia Lelaki Kebangsaan 2012)

K. Murali  mengalu-alukan ketibaan peserta di Port Dickson. Beliau juga merupakan Tokoh Belia Lelaki Kebangsaan bagi tahun 2012

Terima kasih K. Murali kerana menyambut kami di pit akhir Kembara Sinar Ramadhan 2012 MBNNS

Berbangga dengan semangat yang ditunjukkan para belia
Berjaya mengharungi perjalanan sejauh 470km selama tiga hari. Membina kejayaan di masa akan datang, kita usahakan pencapaian lebih dari itu pula..

Cenderahati dari K.  Murali untuk peserta Kembara Sinar Ramadhan 2012 MBNNS

Mereka selepas berbuka puasa bersama Kelab Bell Belia Tamil (KBBT) di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang, Port Dickson

Orang terkuat dan terhebat bekerja di belakang tabir.. Bukan Khabir Kushi Kabhi Gam..
Mungkin kau kunci hatiku dalam hatimu - Ramlah Ram :)

Siapa punya kereta lah nih.. 
Apa pun dari belia untuk belia..
Terima kasih, kita akan bertemu lagi di lain program



Lokasi : Dewan Orang Ramai Bagan Pinang
Tarikh : 12 Ogos 2012 (6:30 petang)

KONVOI SINAR RAMADHAN KELILINGI N.SEM(10/11/12 OGOS/12)
ALHAMDULILAH SELESAI SUDAH KONVOI ANJURAN MAJLIS BELIA NEGERI DGN KERJASAMA KELAB-KELAB KERETA N9M/KELAB V/WIGON/BELIA-BELIA/JPAM N PDRM DAN TELAH MENGHARUNGI PERJLNAN SEJAUH 470KM DAN BERKAT SEMANGAT/ DISPILN/KERJASAMA DARI SMUA PIHAK KITA TELAH SMPAI TEPAT JAM 18.30PTG DI DEWAN BAGAN PINANG(P/DICKSON)DGN SELAMATNYA...SEMOGA KITA AKAN BERJMPA DI LAIN PROGRAM,INSYALLAH
THANKZ  - Kredit to Along Akina


SELAMAT MAJU JAYA

Monday 13 August 2012

SIRI 3 : TAHNIAH Kembara Sinar Ramadhan 2012 MBNNS di Tampin, Rembau dan Port Dickson



1 bangsa 1 negara 1 matlamat
kita 1 Malaysia
 
 Di Felda Pasir Besar menziarahi Sdr.Johari Mohammad mengidap Gout dan masalah buah pinggang...

 Ucapan sebelum Majlis Berbuka... Terima kasih KBBT NS...

 Tq Murali

 Peserta Kembara bersama Adik Norhafizah Bahaman...


Bersama YB.Dato' Zainab dan pemimpin wanita serta Intan Suhana penerima sumbangan di Felda Jelai 3

 Kembara tiba di Kg.Pulau Mampat Rembau... Sumbangan disampaikan kpd Siti Hajar Ahmad... Ayah Siti Hajar mengidap semput yg agak serius...

 Terima kasih Pengarah IKBN Chembong... Memberi penginapan sementara kpd peserta Kembara.


Kembara Sinar Ramadhan tiba di Daerah P.Dickson pd 12.8 jam 5.20ptg. Menziarahi Siti Rozana belia istimewa yg dipilih utk dilawati.

 Peserta Kembara bersama Siti Rozana dan keluarga..

 Di Taman PD Utama melawat Sdr.Shahril Md.Yusof, kecacatan kekal tidak dapat berjalan setelah 9 tahun mengalami kemalangan jalanraya.

 Persinggahan terakhir Kembara Sinar Ramadhan MBNNS 2012..

Setelah tiba di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang... Bersama Sdr.K Murali dan En.Norzamri Ishak

Berakhir sudah Kembara Sinar Ramadhan 2012 MBNNS menjelajah 8 bahagian di seluruh Negeri Sembilan.

Saya percaya kita semua mempelajari pengalaman dari kesusahan individu, keluarga dan masyarakat yang kita temui sepanjang kembara ini.

Di sebalik perkara tersurat yang kita nampak, tentu para belia merasai denyut nadi belia yang ditemui dan perkara tersirat tersebut para belia menjadi semakin akrab, hubungan yang rapat atau boleh jadi tidak lagi mahu berenggang antara satu sama lain.

Belia pemangkin pembangunan negeri dan negara. 
Para belia perlu bersedia menghadapi cabaran hari esok.

Hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok perlu lebih baik dari hari ini.

Apabila para belia bertemu dengan rakan-rakan belia di bahagian yang kita kunjungi, kelihatannya kita semua mempunyai semangat setiakawan yang tinggi dan sifat kasih sayang yang menebal.

Anda semua membanggakan MBNNS dan semoga Allah meemberkati perjalanan hidup dan perjuangan anda di dalam meniti usia belia.

semoga anda bakal menjadi pemimpin berwibawa di masa akan datang.

Semoga kita bertemu lagi di Siri Konvoi di masa akan datang.

Kita akan bertemu di Siri 4 : EKSKLUSIF KEMBARA SINAR RAMADHAN 2012 MBNNS

SELAMAT MAJU JAYA BELIA NEGERI SEMBILAN

Sunday 12 August 2012

SIRI 2 : Kembara Sinar Ramadhan MBNNS 2012 menjelajah Jelebu, Jempol, Tampin dan Kuala Pilah



Assalamualaikum wth,

Bersyukur ke hadrat Allah Taala kerana dengan limpah kurnianya misi kemasyarakatan yang kita laksanakan sejak 10hb Ogos lalu mencapai hasrat dan sasarannya.

Keluar dari subuh hening, 55 buah kereta, meredah malam yang dingin. Di kala rakan-rakan lain nyenyak tidur, perjuangan kita terlaksana dengan lancar sekali.

Terima kasih tidak terhingga dengan sokongan yang tidak berbelah bagi kepada YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar yang melepaskan kami pada Jumaat lalu di kediaman rasmi beliau.

Tidak terhingga juga penghargaan seharusnya diberikan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Dato' Abdul Samad Ibrahim yang mengikuti Konvoi Kembara Sinar Ramadhan MBNNS 2012 di tiga buah rumah Jumaat lalu.

Malah meraikan barisan konvoi kami semalam di Seri Menanti Resort, Seri Menanti di Majlis Berbuka Puasa.

Penyertaan dari pelbagai lapisan bangsa, Melayu, Cina dan India, berumur belia memberikan wadah dan idea segar buat MBNNS bagi melaksanakan perjuangan belia untuk belia pada masa akan datang.

Sesungguhnya, pembabitan di kalangan belia India dan Cina menjadikan ianya satu simbol yang unik. Walaupun kita berlainan bangsa dan agama, kerana cintakan negara kita bersatu hati dan berteguh janji. Keep it up!!!

Tidak mahu menulis panjang, biarlah gambar memberi sejuta pengertian yang baik buat kita semua. Amin, amin, amin ya Rabbil Alamin.

Terima kasih anggota JPAM memberi kerjasama dalam Kembara ke seluruh Daerah di NS...

Jam 1.00pg di Jelebu...Adik Firdaus mengalami kemalangan jalanraya pada tahun lepas, Firdaus seorang ahli belia yang aktif.

Antara penerima sumbangan di Daerah Jempol...

Belia Istimewa yg menerima kunjungan pertama dari Kembara Sinar Ramadhan MBNNs turut sama hadir YB.Dato' Abd.Samad Ibrahim...

Persinggahan pertama di K.Pilah...

Adik Norhafizah Bahaman juga merupakan belia terpilih yg dikunjungi di K.Pilah...

Sempat mengunjungi Adik Amirul di Bt.46 K.Pilah...

Difahamkan bahawa ayah Adik Amirul sedang tenat sakit di Hosp.KP...Semoga Amirul kuat semangat dan terus tabah...didoakan yg terbaik utk Ayahnya.

Syukur Alhamdulillah jam 4pg tiba di Felda Jelai 3 untuk Majlis Bersahur selepas berehat di Homestay Londah.

Terima kasih YB.Dato' Zainab Nasir ADUN Gemas dan En.Amin Riffa di atas kehadiran menyambut Kembara Sinar Ramadhan. Bergambar kenangan di hadapan rumah Intan Suhana selepas bersahur.

Penerima ke2 keluarga Pn.Robiah bt. Sahak mempunyai 6 orang anak..2 darinya aktif dengan program-program Belia. Keluarga hidup sederhana dengan pendapatan suami membawa van kilang...

Satu yang membanggakan Belia India turut sama dalam Program Kembara Sinar Ramadhan...

Alhamdulillah jam 3.30pg selamat tiba di Rumah Rakyat Mahsan, Bahau (DUN Serting) untuk Majlis Singgah Sahur dan penyampaian sumbangan...

Terima kasih kepada Sdr.Nizam Aman Pengerusi MBD Jempol di atas sambutan yg di berikan...

Sdr.Ezzad (baju hijau) turut bersama En.Md Zain Abu, Pengerusi MBD KP. Semoga kehadiran Kembara Sinar Ramadhan memberi suntikan semangat utk Ezzad lebih berjaya.



55 tahun kemerdekaan negara, kami kembalikan dengan pengisian yang amat dalam dari hati dan sanubari. Semoga kita semua bersyukur.

Jejaki kami di Siri 3 : Kembara Sinar Ramadhan MBNNS 2012 di Port Dickson, sedikit masa lagi.