Tuesday 23 October 2012

Contohi Abil Fikri Ahmad

Assalamualaikum wth,

11 September lalu, saya terpanggil menziarah pasangan ini setelah membaca kisahnya di dada akhbar..

Perkara yang diambil ikhtibar selepas membaca kisahnya, betapa pentingnya KESABARAN di dalam kehidupan. 

Mereka baru berkahwin tiga tahun. Namun telah di duga dengan cabaran yang amat hebat..  Kisah mereka di sini.. Warkah buat Isteri

 Teruja mendengar cerita En.Abil bagaimana dia begiti kuat menerima ujian Allah... Baru saja berkahwin 3 tahun memasuki tahun ke 2 isterinya terus terlantar sakit...

 Dalam perjalanan balik tergerak hati ingin menziari Sdri.Fauziah wanita yg seusiaku...berita yg ku baca di akhbar pg tadi benar2 menarik perhatianku. Sambil memandu perlahan2 mencari alamat yg diperolehi, akhirnya Allah permudahkan pencarianku...

Fauziah Muhammad, isteri Abil Fikri Ahmad ketika sihatnya. Mari sama-sama kita mendoakan kesihatan dia kembali pulih di bawah jagaan suami tercinta


Alhamdulillah, kisahnya mendapat perhatian umum dan saya gembira untuk itu.
Saya mendoakan agar kesabaran dan ketabahan Abil Fikri Ahmad  mendapat syafaat Allah Taala dan mengembalikan kegembiraan Abil seperti mana pernah beliau rasai dahulu. 

Amin, amin ya Rabbil Alamin.



Salam kasih sayang,


Wan Salwati Hj Abdullah
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan