Friday 20 April 2012

Perhimpunan aman anti-LGBT di UPM petang esok


Orang ramai yang prihatin terhadap penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) serta seks bebas di negara ini dijemput menghadiri Perhimpunan Aman Anti Seks Bebas dan LGBT esok.
 


Perhimpunan yang akan diadakan di Stadium Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang itu akan bermula pada pukul 3 petang.

Antara program yang akan dijalankan esok adalah perhimpunan aman, ruang bersuara oleh NGO terlibat, pendedahan maklumat-maklumat baharu tentang ancaman LGBT dan siapa di sebalik penularan gejala tersebut.

Adalah dipelawa kepada semua pihak tanpa mengira latar belakang dan fahaman untuk berganding bahu bersama mereka dalam menyampaikan mesej bahawa rakyat negara ini menolak berhabis-habisan LGBT.

Sudah tiba masanya untuk anak muda bangkit bersuara demi kebenaran yang hakiki. Jangan lagi kita berdiam diri dan membiarkan pemimpin negara sahaja yang menyuarakan kebimbangan ini tetapi ianya perlu penglibatan semua masyarakat dan rakyat Malaysia.


" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "

Salam Perjuangan


Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan UMNO Bahagian Seremban
Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan


 

Lagi Berita Baik Untuk Rakyat



Diatas dasar kerajaan Barisan Nasional yang prihatin dan membela rakyat, bermula pada 1 Mei ini, semua warga tua/emas yang  berusia 60 tahun ke atas diberikan diskaun 50 peratus bagi caj pesakit kelas tiga hospital kerajaan dengan caj maksimum sebanyak RM250 saja bagi setiap kemasukan ke hospital.


Mereka juga dikecualikan daripada caj RM5 pendaftaran rawatan pakar di Jabatan Pesakit Luar Pakar semua hospital dan klinik kerajaan.


Langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memberi pengecualian tambahan ini menunjukkan keprihatinan dan komitmen berterusan kerajaan menjaga kebajikan warga emas. Ini bukan janji kosong seperti yang dicanangkan oleh pembangkang yang belum pasti tertunai.



Manakala bagi pusat bersalin yang mula beroperasi pada 30 Januari lalu, ia menawarkan perkhidmatan kelas satu dengan kadar bayaran serendah RM3 sahaja. Kadar bayaran yang dikenakan amat minimum dan rendah termasuk rawatan doktor, sewa bilik, ubat dan makanan. Ini adalah kadar yang terbaik di dunia kerana kemudahannya sangat bermutu tinggi dengan bilik yang bersih dan selesa tetapi bayaran yang dikenakan lebih bersifat 'mesra rakyat'.


Perlaksanaan ini menunjukkan secara jelas dan nyata, bahawasanya kerajaan yang ada sekarang yakni Kerajaan Barison Nasional serius dalam menjaga hal ehwal rakyat disemua peringkat terutama mereka yang kurang berkemampuan. 



Untuk melahirkan satu generasi atau rakyat yang berdaya maju dan unggul, kesihatan rakyat adalah antara perkara asas dalam proses ke arah itu. Apabila rakyat sihat, tiada sebarang ancaman kesihatan maka tidak secara langsung negara akan memiliki tenaga-tenaga penggerak dalam apa jua bidang dalam usaha mamacu negara ke arah lebih maju disamping ilmu pengetahuan dan kestabilan politik.


Oleh itu sebagai rakyat, jangalah kita memandang sepi apa yang kerajaan berikankan dan terpesona dengan janji manis pembangkang.


Penilaian harus dibuat dengan bijak bukan mengikut emosi bila pilihanraya menjelma.


Salam Perjuangan.


" Suara Belia/Anak Muda Bersatu. Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban
Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri.Negeri Sembilan.   



UNTUK BELIA 33 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"

1997 : Pembangkang Setuju PTPTN Ditubuhkan






Tanpa disedari dan jika kita ingat kembali pada tahun 1997, ketika itu rang undang-undang PTPTN dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran.


Ini terbukti didalam petikan hansard mengenai sokongan Kit Siang dan Guan Eng tentang dasar ini serta Guan Eng pernah berkata: 

"Tuan Yang Dipertua, saya ingin mendapat jaminan daripada Yang Berhormat Menteri bahawa rang undang-undang ini akan dilaksanakan dengan adil dan saksama, tidak kira kaum serta agama. Ia mesti berdasarkan latar belakang sosial pelajar tersebut, iaitu kalau kita hendak meluluskan biasiswa atau pinjaman, ia mesti berdasarkan dua kriteria yang penting iaitu merit dan keperluan. Malah,peruntukan awal RM100 juta untuk PTPTN tidak mencukupi, sebaliknya menggesa kerajaan menyediakan dana sekurang-kurangnya RM1 bilion jika benar-benar ikhlas."

Semakkan boleh dibuat berdasarkan hansard pada 14 Mei 1997, bilangan 27, jilid III.

Jika benar, kenapa semasa pembentangan dasar ini dibuat tidak ditentang oleh pembangkang? Malah menyokong apa yang dicadangkan oleh kerajaan. Sudah pasti ketika itu Timbalan Perdana Menteri adalah Anwar Ibrahim dan kenapa baru sekarang ianya mahu dipersoal dan diperdebatkan? Apakah rasionalnya? Kenapa semasa didalam kerajaan tidak dipandang serius atau diambil langkah penambahbaikan untuk rakyat sepertimana yang dilaungkan?


Kenapa setelah terpelanting keluar daripada Kerajaan dan UMNO baru sekarang berani bersuara dan berkata-kata?. Rakyat boleh melihat dan memerhati tindak tanduk politik pembangkang yang lebih suka mengambil kesempatan dan bukannya ikhlas untuk membantu rakyat.

Janganlah kita terpedaya dengan janji-janji tidak tertunai ini yang dibuat oleh pembangkang.

Salam Perjuangan

" Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban
Majlis Kerja Tertinggi 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan.


  

UNTUK BELIA 33 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"