Friday 26 October 2012

Jadi Pemimpin Ukuran Jangan Jadi Pemimpin Siaran

Assalamualaikum wth,

Selamat Hari Raya AidilAdha, Man Jadda Wajadda, semoga hari esok lebih baik dari hari ini, dan hari ini lebih baik dari hari semalam.

Di dalam kesibukan kerja seharian, saya usaha meluangkan masa dengan beberapa perkara dan saya berusaha tidak menangguh satu perkara dan melupakan satu perkara yang lain.

Hari ini, sambutan Hari Raya AidilAdha disambut serba sederhana dan mensyukuri nikmat Allah Taala. Kesihatan Qaish turut memberi semangat kerja yang lain dari biasa. Anak, anugerah Allah Taala. Mereka sumber rezeki ku. Terima kasih, ya Allah.

Masih lagi berfikir mengenai Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Sidang Pertama Sesi 2012 - 2014 yang dipengerusikan oleh DSU Menteri Besar pada Selasa lalu.

Mengalas amanah Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan, saya mencabar diri mengalas amanah dan tanggungjawab DSU Menteri Besar Negeri Sembilan, DSU Hj Mohamad Hj Hasan.

Di dalam mesyuarat di peringkat MBNNS sendiri, perkara diperhalusi, diperbincangkan, diputuskan dengan satu suara, satu wadah.. saya mengizinkan MBNNS membawa satu usul yang membina demi pembangunan belia di negeri ini.

Tambahan pula, kami MBNNS, mencabar diri sendiri untuk tidak  menjadi pemimpin hebahan, apa lagi memperakui peri pentingnya menjadi pemimpin ukuran.


Saudara Kama Kaha Muzakir Kamaruddin, Setiausaha Agung MBNNS telah membaca usul pembangunan belia pada Selasa lalu.

Saya turut bersyukur kerana penerimaan DSU Hj Mohamad Hj Hasan di dalam beberapa cadangan yang dibentangkan. Walaupun ianya ibarat mendapat kunci baru rumah  baru, dengan keyakinan dan kebolehan jawatankuasa MBNNS, kami percaya, kami yakin, kami mampu mengalas tugas itu.

Berikut di bawah merupakan ringkasan usul yang dibacakan,

1. Di dalam kita mengejar arus pembangunan Negara, ada dikalangan belia dikategorikan berjaya dan tidak berjaya. Bagi mengimbangi keadaan ini,MBNNS bercadang ianya dibahagikan kepada dua segmen belia iaitu;

  • Belia professional 
Selain daripada melahirkan pemimpin-pemimpin persatuan, pemimpin masyarakat, dicadangkan agar kerajaan dapat melahirkan pemimipin-pemimpin korporat muda. MElalui latihan, bengkel, kursus, seminar dengan kerjasama GLC tempatan seperti Khazanah Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad (PBN), Suruhanjaya Sekuriti (SC), Bursa Malaysia dan agensi lain yang berkaitan. Di harapkan belia profesional Negeri Sembilan akan lebih terbuka minda mereka dan bersedia menjadi pelapis pemimpin korporat muda di  masa akan datang sekaligus membantu Kerajaan Negeri.

Kita sudah mencapai KDNK negeri iaitu 5.9% pada tahun 2011, dan kita mahu mengekalkannya secara purata sekurang-kurangnya 5.5% setiap tahun untuk mencapai negari maju pada 2018 sebelum negara diiktiraf sebagai sebuah negara maju pada tahun 2020.

MBNNS yakin dan percaya dengan penglibatan belia profesioanal dalam bidang yang sesuai dengan jiwa mereka, akan meningkatkan ekonomi berprestasi tinggi.

  • Belia berkemahiran
Tanpa meminggirkan belia-belia yang kurang berjaya dan gagal dalam pendidikan, peluang pendidikan kedua (kemahiran) mengfokuskan kepada belia yang tetap mempunyai daya usaha untuk terus membina ilmu. Dengan dana yang disediakan kerajaan dalam Bajet 2013 sebanyak RM440 juta di bawah Tabung Pembangunan Kemahiran (TPK), MBNNS mencadangkan agar bilangan belia berkemahiran ditingkatkan seramai 20,000 orang setahun menjalani pelbagai program kemahiran melalui agensi kerajaan dan swasta. Modul-modul yang sedia ada perlu diberi nafas baru seiring dengan kehendak industri dan pasaran pekerjaan. 

2. Buat sekian lama belia-belia menyertai persatuan bagi mewujudkan 'social networking' secara konvensional melalui persatuan-persatuan belia seperti GPMS, 4B, MAYC, ABIM, KBBT, GBB, YMM dan lain-lain lagi melalui perhubungan pelbagai aktiviti yang boleh merapatkan  silaturrahim antara belia. Akan tetapi, 'social networking' hari ini semakin canggih melalui medium teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), Facebook, Twitter, Blog, Forum dan Instagram.

3. Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) telah dibekukan sejak sekian lama berikutan pelbagai isu dan masalah pengurusan dan kutipan. Stigma seperti tidak perlu membayar wang yang dibiaya oleh kerajaan perlu ditangkis. Belia meminjam perlu memahami konsep pinjaman agar tidak membebankan peminjam baru yang memerlukan bantuan daripada kerajaan. STEB perlu diwujudkan semula untuk membangkitkan semangat dan motivasi belia terutamanya kepada usahawan-usahawan baru yang serius mengembangkan perniagaan mereka.

4.  Di dalam bajet 2013 yang dibentangkan PM akhir September lalu, di bawah Program Pengarah Wanita, seramai 500 wanita akan dilatih menjadi Ahli Lembaga Pengarah Syarikat. Oleh yang demikianm MBNNS mencadangkan agar 10% bersamaan 50 orang beliawanis Negeri Sembilan diberikan kuota dan keutamaan untuk menyertai Program Pengarah Wanita tersebut.

5. Bagi memberi peluang kepada belia-belia terpilih sebagai salah satu pembuat dasar dan pembuat keputusan bersama dengan kerajaan, MBNNS mencadangkan agar satu agensi tujuan khas (SPV) ditubuhkan dan diletakkan terus di bawah Pejabat YAB Menteri Besar. Ia bertujuan merangka program-program baru yang boleh merapatkan hubungan syarikat korporat dengan belia melalui Program Rakan Muda Belia (RKB). Program RKB akan melatih belia tentang tadbir urus korporat (corporate govermance), Capital Market, Foreign Direct Incestment (FDI), Sistem Pasaran Kewangan Islam-SUKUK, Sistem Wakaf Korporat dan lain-lain bidang korporat berprestasi tinggi.

6. Seperti yang terkandung dalam pelan induk RPBNS-2, sekurang-kurangnya 3 pegangan ekuiti belia Negeri Sembilan di pasaran saham perludicapai dalam tempoh 5 tahun yang akan datang. Bagi mencapai maksud tersebut, anak-anak syarikat Kerajaan Negeri dicadangkan agar menjalinkan kerjasama strategik dengan industri yang terlibat di dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP). ETP merangkumi 12 NKEA bakal menjana Growth National Income (GNI) dan peluang-peluang pekerjaan yang pelbagai ke arah menjadikan Negara maju menjelang tahun 2020.

7. TEKUN dilihat memainkan peranan yang amat penting kepada usahawan-usahawan kecil dan baru memulakan perniagaan. Melalui bajet 2013, saiz dana telah bertambah sebanyak RM350 juta termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India; MBNNS menggesa agar proses kelulusan dipercepatkan bagi mengelakkan birokrasi dan ini akan memudahkan usahawan-usahawan kecil menjalankan perniagaaan mengikut jadual yang dirancang.

8. Kita sedia maklum bahawa Negeri Sembilan bakal menjadi negeri pertama melaksanakan DUN Belia Negeri Sembilan. Kini kita telah memasuki fasa akhir dalam mengemaskini kaedah dan mekanisme penubuhan DUN Belia Negeri Sembilan di mana ianya mengikut sektor-sektor terpilih dan berimpak tinggi. Insya Allah, jika diizinkan sidang pertama DUN Belia akan berlangsung pada bulan Disember 2012.

DUN Belia hanyalah program dan tidak mengatasi mana-mana kuasa yang sedia ada. Malah ia adalah pelengkap di atas hubungan baik Kerajaan Negeri dan belia yang mengikut sektor.

9. Dalam kita mengejar pembangunan fizikal, pembangunan modal insan, amat penting untuk kita memantapkan tahap jatidiri dan nilai-nilai murni seiring dengan tuntutan agama. Surau-surau dan masjid-masjid perlu diisi oleh belia di kawasan-kawasan setempat. Mengimarahkan surau dan masjid dengan ayat suci al-Quran dan kelas Fardu Ain serta melatih lebih ramai imam-imam muda agar rumah ibadah tidak lagi ddihuni oleh golongan dewasa, malah lebih ramai lagi golongan belia mendekatinya.

10. Di  bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP) dalam mengurangkan kadar jenayah, indeks jenayah menujukkan majoriti golongan yang terlibat dengan gejala rasuah, masalah sosial, jenayah dan sebagainya terdiri dari golongan belia. Ianya berpunca daripada pengaruh rakan sebaya, desakan hidup dan masalah keluarga. Menangani masalah ini MBNNS bakal mewujudkan Skuad Khas Sukarelawan yang akan bekerjasama baik dengan pihak PDRM dalam membantu menangani isu tersebut.

11. Mensyukuri nikmat Allah SWT, kita dikurniakan dengan cukup sifat, namun masih ada belia yang kurang bernasib baik dan dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU), MBNNS akan bersama-sama Kerajaan Negeri membantu membela nasib mereka.

12. MBNNS turut mencadangkan agar lebih banyak Klinik 1 Malaysia diwujudkan di negeri ini bagi menampung pesakit dari keluarga sederhana dan miskin.

13. MBNNS turut mencadangkan agar sukan-sukan ekstrem diwujudkan bagi memperbagaikan aktiviti belia negeri ini.

Cabaran paling besar kepada belia hari ini ialah mempersiapkan diri sebagai pemimpin ukuran dan bukan pemimpin siaran. Belia hari ini berterima kasih dengan suasana dan eko-sistem yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dalam usaha membina dan mencungkil kepimpinan bentuk baru belia masa kini.

Namun beberapa situasi, belia dilihat terkebelang kerana kekurangan peluang ke arah tersebut. Dengan wujudknya DUN Belia Negeri Sembilan ini kelak, beberapa kekurangan dapat dipertingkatkan.

Terima kasih.


Ulasan DSU Menteri Besar,

Sebagai Ketua Kepimpinan Negeri, beliau nampak jelas peranan belia akan memberi kesan yang amat besar sebagai pelapis pemimpin akan datang. Beliau sedaya upaya mencadangkan dan mencetus idea untuk sekurang-kurang 15 ke 20 tahun akan datang.

Sekretariat Belia di bawah Yayasan Negeri Sembilan (YNS) akan diperluaskan peranannya. Peranannya perlu diubah suai mengikut keperluan DUN Belia yang terlaksana sedikit masa lagi.

Sekiranya melalui YNS dan 'core business'nya melibatkan pembiayaan pendidikan anak-anak negeri ini melanjutkan pelajaran, peranannya akan di tambah.

Kerajaan Negeri akan memperkukuhkan Unit Belia ini dan dibentangkan pada belanjawan 2013, Disember ini.

Beliau turut menerima cadangan untuk menubuhkan universiti milik Kerajaan Negeri, tetapi beliau juga beranggapan universiti tempatan yang sedia ada turut membantu negeri melahirkan lebih ramai cerdik pandai.  

Beliau berpandangan, dengan wujudnya UCSI, Universiti Manipal di sini misalnya, akan melahirkan belia profesional di dalam bidang perubatan dan kedoktoran.

Dengan wujudnya kerjasama Universiti As-sofa dengan Kuliyyah Al-Azhar, akan melahirkan tokoh belia profesional di dalam bidang siasah dan rohani.

Dengan kehadiran Pusat Latihan Kemahiran yang beroperasi di sini, maka akan melahirkan belia berkemahiran. Cuma, kita jarang menggunakan peluang itu walaupun prasarananya sudah lama wujud di sini.

Idea dan cadangan DUN Belia ini akan masuk kepada Fasa kedua dan ketika itu kelak, kita tidak boleh patah kebelakang lagi. Kita perlu berpijak di bumi yang nyata. Beliau tidak meletakkan sasaran yang tinggi, apabila ia terlaksana kelak, KPI yang diletakkan ialah sebanyak 50%. Daripada 50% kemajuan tersebut, akan difikirkan apakah langkah seterusnya bagi meningkatkan kredibiliti dan kemampuan belia untuk sama-sama mencetus idea demi pembangunan di negeri ini.

Sebagai pemimpin belia juga, belia perlu bersedia menghadapi cabaran dan saingan pemikrian. Jangan kita biarkan fikiran dibelenggu oleh idea yang mahu memecahbelahkan keadaan. Belia perlu bijak.


 Dari meja belia untuk belia


Wan Salwati Hj Abdullah
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS)

Pembentangan Kertas Kerja RPBNS-2 beri ruang belia cetus idea


Persidangan Majlis Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Sidang Pertama Sesi 2012 - 2014 telah di pengerusikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, DSU Hj Mohamad Hj Hasan.

Pada persidangan kali pertama ini, terdapat pembentangan dan perbincangan Kertas Kerja iaitu;

  1. Parlimen Belia Malaysia
  2.  DUN Belia Negeri Sembilan
  3. Pelan Tindakan Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan 2 (RPBNS-2)
 
Parlimen Belia Malaysia (PBM)
Sebagai rujukan sahaja

Generasi Muda Belia (Berdasarkan komposisi umur) ialah seramai 2,496,734 (29%) orang belia berumur 18 - 23 tahun, 2,888,869 (34%) berumur 24 - 29 tahun dan 3,100,892(37%) adalah berumur dari 30 - 35 tahun.

Merujuk kepada Makmal Belia 2010, Parlimen Belia Malaysia merangkumi 222 orang perwakilan bersamaan jumlah parlimen negara.

PBM akan memberi kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan untuk menjadikan resolusi Parlimen Belia sebagai polisi dan dasar kerajaan.

Platfom yang digunakan ialah seperti mengadakan forum untuk free speech di kalangan generasi muda akan didengar dengan telus juga isu-isu yang dikendalikan ini dengan pendekatan bersepadu.

Hasil kajian juga mendapati halatuju yang diinginkan oleh para belia di negara ini ialah daripada lima jawapan yang diberi, sebanyak 33% para belia lebih cenderung mahu melihat pembangunan ekonomi negara ini berada dalam keadaan stabil dan mampan. Sementara sebanyak 24% para belia berkehendakkan kebebasan bersuara.

Ini jugalah peranan PBM ditubuhkan iaitu menjadi platform para belia mencambah pendapatnya. Tidak semua belia menolak apa yang diusahakan oleh Kerajaan yang memerintah hari ini, namun mereka lebih gembira sekiranya suara mereka turut menyumbang ke arah pembinaan negara dan pembangunannya.

Kriteria Perwakila Dalam Parlimen Belia Malaysia

  1. Berumur 18 - 30 tahun
  2. Mempunyai kebolehan berbahas
  3. Memiliki Kepimpinan, Penglibatan Aktif Dalam Program Komuniti adalah satu kelebihan
  4. 222 perwakilan mesti bercakap mewakili komuniti tempatan bukan sebagai organisasi yang mereka gabung
  5. Bukan seorang yang muflis
  6. Tidak disabitkan kesalahan jenayah
  7. Berpengetahuan am dalam Malaysia dan
  8. Mempunyai kesedaran tentang isu-sosial, ekonomi dan antarabangsa
Penambahbaikan Parlimen Belia Malaysia

  1. Tiada Jawatan Perdana Menteri Belia
  2. Tiada Jawatan Menteri
  3. Kursus Pra Persidangan perlu diadakan awal
  4. Menubuhkan 9 jawatankuasa :-
  • Sosio-ekonomi
  • Hubungan Antarabangsa dan Diplomatik
  • Keselamatan Undang-Undang dan Intergriti
  • Pendidikan dan Kerjaya
  • Kebudayaan, Sukan, Patriotisme dan Intergrasi
  • Prasarana Pembangunan dan Alam Sekitar
  • Pembangunan Masyarakat dan Kesihatan
  • Teknologi dan Inovasi
  • Modal Insan
Kaedah Pemilihan 222 Perwakilan Parlimen

Pemilihan 
Permohonan online (ICT)

Kaedah
Senarai pendek oleh Sekretariat

Kelebihan
  • Pengaruh Media
  • Belia ramai menggunakan gajet dan mudah
  • Jimat kos

 Hasil perbincangan bengkel Parlimen Belia Malaysia 3.0

Terdapat empat peringkat akan dilalui oleh 222 Perwakilan Parlimen jika mereka terpilih kelak iaitu,

Mereka akan diberi taklimat melalui;
  1. Parlimen Belia Malaysia
  2.  Parlimen Malaysia
  3. Majlis Belia Malaysia
Penubuhan Jawatankuasa khas merangkumi 9 modul yang akan dididik terlebih dahulu melibatkan  perjalanan adab persidangan yang bakal dilangsungkan.

PBM turut mengadakan simulasi persidangan dan simulasi jawatankuasa khas yang dibentuk di awal tadi dan yang keempat ialah

Mencadangkam 4 persidangan akan diadakan sepanjang dua tahun bagi membincangkan dan membahaskan penetapan isu yang akan dibawa di peringkat pusat.  

Sekretariat adalah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Jawatankuasanya pula terdiri daripada 20 - 30 orang  yang akan bertanggungjawab memastikan Parlimen Belia Malaysia terlaksana dengan jayanya.

Dewan Undangan Negeri Belia (DUN Belia)
Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan 2 (RPBNS 2) 2011 - 2015
Majlis Perundingan Belia Negeri (MPBN) Negeri Sembilan

Oleh : Saudara Mohd Hasrun Faiz

Belia Pemangkin Transformasi

Visi - Ekonomi Berpendapatan Tinggi
Pemantauan : KPI dan Scorecard DUN Belia Negeri Sembilan

Lima Teras Utama 
  1. NKRA - Pendidikan dan Kemahiran
  2. RMK10 - Kerjaya dan Ekonomi
  3. NKEA - Persatuan dan Partisipasi
  4. RMK11 - Kesihatan dan Kecergasan
  5. MBE - Jatidiri dan Sosiobudaya

Sektor sokongan
  1. ICT
  2. IKS
  3. Modal Insan
  4. Pelaburan

Kerjasama
  1. Sektor Kerajaan / Sektor korporat / Rakyat Belia
  2. Kerajaan Persekutuan / Negeri
  3. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Agensi Pelaksana
  1. UPENNS
  2. JBSNS
  3. JPNNS
  4. MARA
  5. JTK
  6. PKNNS
  7. JKN
  8. MSN
  9. MBNNS
  10. MBD
  11. YNS
  12. BTN
Jawatankuasa RPBNS-2

Pengerusi : YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan
Timbalan Pengerusi : Dato' Abdul Samad Ibrahim

Agensi dan Jabatan Utama
  1. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan
  2. Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN)
  3. Sekretariat Belia, Yayasan Negeri Sembilan
  4. Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS)
5 teras dan agensi terlibat

Belia, Pendidikan dan Kemahiran 
JPNNS, MARA, Giat MARA, ILP, IKBN, NSSDC

 
Belia, Kerjaya dan Ekonomi
JTK & PKNNS, MARA, JBSNS, MBD, TM, BTP
 
Belia, Persatuan dan Partisipasi
MBNNS, JBNSNS, IPPBM, MBD
 
Belia, Kesihatan dan Kecergasan
 JKN, MSN, AADK

Belia, Jatidiri dan sosiobudaya

 BTN & YNS, Lembaga Muzium Negeri, Lembaga Pelancongan Negeri, Jabatan Kebudayaan Negeri, JPNNS, JHEAINS, JHEOA 

Objektif DUN Belia Negeri Sembilan
Mewujudkan satu platform rasmi golongan muda / mengenengahkan bakat dan idea yang kreatif dan inovatif dengan cara baru sesuai dengan kehendak dan citarasa belia masa kini.

Melibatkan penyertaan golongan muda / belia yang berada di luar persatuan dengan pelbagai latar belakang mengikut sektor yang berimpak tinggi kepada negeri dan negara.

Sektor yang dicadangkan mewakili DUN Belia Negeri Sembilan

  1. Belia Akademik
  2. Belia Ekonomi
  3. Belia Sukan
  4. Belia Kebudayaan
  5. Belia Sukarelawan
  6. Belia Penjawat Awam
  7. Belia Mahasiswa
  8. Belia Keselamatan Awam
  9. Belia Wanita
  10. Belia IKS / Keusahawanan
  11. Belia Permotoran
  12. Belia Tani
  13. Belia Guaman
  14. Belia Kedoktoran
  15. Belia Kejuruteraan
  16. Belia Pelancongan
  17. Belia Kebajikan
  18. Belia Perbankan
  19. Belia Perkilangan
  20. Belia Kemahiran
  21. Belia Kreatif
  22. Belia Inovatif
  23. Belia Antarabangsa
  24. Belia Kemasyarakatan
  25. Belia Bandar
  26. Belia Luar Bandar
Kaedah Pemilihan Ahli DUN Belia Negeri Sembilan

  1. Borang Penyertaan Permohonan yang dikeluarkan MBNNS
  2. Facebook Page 
  3. Dipilih / dilantik melalui proses demokrasi di dalam organisasi setiap sektor-sektor terpilih
Skop Perbincangan
  1. Kriteria pemilihan 
  2. Peraturan Dewan dan Persidangan Dewan
  3. Protokol dan Pelaksanaan Persidangan
  4. Struktur Organisasi Dewan
  5. Pelaksanaan Keseluruhan dan 
  6. Pasca Persidangan
Pelaksanaan Keseluruhan DUN Belia

  1.  23 Mei 2012 - Mesyuarat Khas DUN Belia Negeri Sembilan
  2. 18 - 20 Julai 2012 - Makmal Kajian DUN Belia Negeri Sembilan
  3. Pembentangan 1 - DUN Belia Negeri Sembilan
  4. Pembentangan 2 - DUN Belia Negeri Sembilan
  5. Pelaksanaan Sidang Pertama DUN Belia Negeri Sembilan
8 Sentuhan Pembangunan Belia

  1. Pemikiran Baru - Penerapan media baru melalui inovasi ICT
  2. Kedaulatan diri - Kerelaan, Kesanggupan, kesetiaan dan keikhlasan membangunkan belia secara holistik.
  3. Pemimpin Ukuran - Bukan pemimpin siaran
  4. Think Youth - memperkasakan setiap aktiviti yang digerakkan oleh semua pertubuhan belia
  5.  Negeri Kerja Belia - Menjadikan Negeri Sembilan sebagai ikon belia untuk sebarang aktiviti belia
  6. Dasar Bicara Generasi Belia - Penubuhan DUN Belia Negeri Sembilan
  7. Tidak perlu fikirkan ganjaran - Melakukan aktiviti dengan penuh semangat dan hati yang ikhlas
  8. Sekretariat Menangkis Fitnah- Menggunakan media baru dalam menangkis sebarang fitnah dan menyampaikan dasar kerajaan yang membawa kebajikan dan kebaikan kepada rakyat.
Resolusi hasil dari pembentangan kertas kerja di atas, ahli majlis sebulat suara bersetuju membentuk DUN Belia Negeri Sembilan secepat munkin renteten dari cetusan idea DSU Menteri Besar Negeri Sembilan.

Ahli belia yang layak di dalam pemilihan ini mestilah anak jati Negeri Sembilan atau pun mereka yang sudah lama bermastautin di negeri ini.

Pemilihan ini turut mengguna pakai konsep yang digunakan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Di mana pemilihan berdasarkan kerusi Dewan dan lantikan.

Turut mengambil kira lokaliti merujuk kepada kad pengenalan.

Malah Buku Undang-undang dan Perlembagaan (Term of Reference) mestilah bersifat kekal dan selamanya. 

Apabila DUN Belia Negeri Sembilan ke fasa seterusnya, keputusan tidak boleh langsung merujuk kepada budi bicara dan pertimbangan individu, kerana ianya akan mengundang kepada pertikaian di masa akan datang. Bagi mengelakkan itu berlaku, perlembagaan yang dibentuk perlu diperbincangkan dengan terperinci dan meluas dari pelbagai aspek.
 
Sekiranya perlukan pembubalan dan pertimbangan sewajarnya, ia perlu mengikut keperluan semasa dan dipersetuji dewan kelak. Ia tidak boleh diputuskan sewenang-wenangnya.


Bersambung pada cadangan pembentangan usul oleh Saudara Mohd Kama Kaha Muzakir Kamaruddin, Setiausaha MBNNS.



Dari meja belia untuk belia,


Wan Salwati Hj Abdullah
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS)