Monday 19 March 2012

Terkini : Jumlah Pengundi Yang Layak


 JUMLAH PENGUNDI TERBARU!!!!


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyata, jumlah pengundi yang telah dan layak mengundi adalah seramai 

12,595,268 

di seluruh negara dan layak mengundi pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Sepertimana ucapan saya semasa membahaskan Ucapan Dasar Presiden UMNO ketika Mesyuarat Agung UMNO 2011 yang lalu, Puteri melihat dari analisa yang telah dibuat berpandukan daripada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) sehingga suku tahun ke-2 2011 yang telah diwartakan pada 16hb.Ogos yang lalu, Jumlah Keseluruhan Pengundi Di Malaysia adalah 12,497,877 orang, manakala dari jumlah tersebut seramai 5,011,797 orang adalah pengundi muda / belia yang telah berdaftar.

Ini bermakna hampir 100,000 orang telah mendaftar dari tempoh yang dinyatakan sehingga kini. Peningkatan dan Penambahan pengundi ini sudah pasti adalah daripada mereka golongan Belia/Anak Muda diseluruh negara.

Kegugasaran yang bermain difikiran PS adalah berkaitan tentang Idealogi dan Pegangan Politik mereka ini sama ada bersama UMNO/Barisan Nasional atau sebaliknya.

Tugas dan Kerja untuk mengenali mereka perlu diperhebatkan.

Salam Perjuangan
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"





Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban
Exco Puteri UMNO Malaysia

Wahai Pengundi Atas Pagar

Tumpuan Pengundi Atas Pagar

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) bekerja lebih kuat dengan memberi tumpuan terhadap kumpulan pengundi yang berada ‘di atas pagar’
Beliau berkata, kumpulan pengundi tersebut tidak harus diabaikan kerana sebahagian besar daripada mereka kini sedang membuat penilaian terhadap parti kerajaan dan pembangkang.

Walaupun kita tahu di mana kita boleh dapat sokongan dan kita tahu di mana pembangkang hendak dapat sokongan tetapi kita perlu ingat ada sebahagian besar yang belum membuat keputusan. Mereka sedang menilai kelebihan dan kebaikan di kedua-dua belah pihak sebelum membuat keputusan tetapi jangan kita abaikan peranan mereka, jadi usaha kita ialah turun padang dan pergi menemui mereka

Muhyiddin berkata, usaha menemui kumpulan atas pagar perlu dilakukan segera kerana tempoh masa yang sudah terbatas.Tempoh masa yang ada di hadapan kita tidak lama, apa pun keadaan kita tidak mempunyai banyak masa dan dalam tempoh terbatas ini banyak kerja yang kena kita buat.

*******************************

PS merayu dan menyeru kepada mereka yang berada " di atas pagar " marilah bersama-sama dan memilih Barisan Nasional dalam membuat percaturan politik bagi mentadbir Dun, Parlimen, Negeri dan Negara kita. Barisan Nasional sedang berada dilandasan yang betul dalam memperjuangkan seluruh aspek kehidupan dari segi Ekonomi, Pendidikan, Budaya, Ketamadunan serta yang paling penting adalah Keperihatinan terhadap semua masalah rakyat di semua peringkat tanpa mengira Bangsa dan Agama. Perhitungan dan percaturan anda semua adalah amat penting dan janganlah terikut-ikut dengan dakyah pembangkang yang lebih kepada retorik politik semata-mata.

Bak kata pepatah Cina :-

Dengan wang anda dapat membeli rumah tetapi tidak dapat membeli kehidupan.
Dengan wang anda dapat membeli jam tetapi tidak dapat membeli waktu.
Dengan wang anda dapat membeli katil tetapi tidak dapat membeli tidur yang lena.
Dengan wang anda dapat membeli buku tetapi tidak dapat membeli pengetahuan.
Dengan wang anda dapat membeli doktor tetapi tidak dapat membeli kesihatan.
Dengan wang anda dapat membeli darah tetapi tidak dapat membeli hidup.
Dengan wang anda dapat membeli seks tetapi tidak dapat membeli cinta.

Oleh yang demikian, kita sebagai pengundi yang matang berfikir, buatlah keputusan dengan bijak. Ini kerana jawapannya adalah satu iaitu Marilah Mengundi Barisan Nasional dan Menolak Dakyah Pembangkang

Salam Perjuangan
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"




Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban
Exco Puteri UMNO Malaysia