Monday 13 August 2012

SIRI 3 : TAHNIAH Kembara Sinar Ramadhan 2012 MBNNS di Tampin, Rembau dan Port Dickson



1 bangsa 1 negara 1 matlamat
kita 1 Malaysia
 
 Di Felda Pasir Besar menziarahi Sdr.Johari Mohammad mengidap Gout dan masalah buah pinggang...

 Ucapan sebelum Majlis Berbuka... Terima kasih KBBT NS...

 Tq Murali

 Peserta Kembara bersama Adik Norhafizah Bahaman...


Bersama YB.Dato' Zainab dan pemimpin wanita serta Intan Suhana penerima sumbangan di Felda Jelai 3

 Kembara tiba di Kg.Pulau Mampat Rembau... Sumbangan disampaikan kpd Siti Hajar Ahmad... Ayah Siti Hajar mengidap semput yg agak serius...

 Terima kasih Pengarah IKBN Chembong... Memberi penginapan sementara kpd peserta Kembara.


Kembara Sinar Ramadhan tiba di Daerah P.Dickson pd 12.8 jam 5.20ptg. Menziarahi Siti Rozana belia istimewa yg dipilih utk dilawati.

 Peserta Kembara bersama Siti Rozana dan keluarga..

 Di Taman PD Utama melawat Sdr.Shahril Md.Yusof, kecacatan kekal tidak dapat berjalan setelah 9 tahun mengalami kemalangan jalanraya.

 Persinggahan terakhir Kembara Sinar Ramadhan MBNNS 2012..

Setelah tiba di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang... Bersama Sdr.K Murali dan En.Norzamri Ishak

Berakhir sudah Kembara Sinar Ramadhan 2012 MBNNS menjelajah 8 bahagian di seluruh Negeri Sembilan.

Saya percaya kita semua mempelajari pengalaman dari kesusahan individu, keluarga dan masyarakat yang kita temui sepanjang kembara ini.

Di sebalik perkara tersurat yang kita nampak, tentu para belia merasai denyut nadi belia yang ditemui dan perkara tersirat tersebut para belia menjadi semakin akrab, hubungan yang rapat atau boleh jadi tidak lagi mahu berenggang antara satu sama lain.

Belia pemangkin pembangunan negeri dan negara. 
Para belia perlu bersedia menghadapi cabaran hari esok.

Hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok perlu lebih baik dari hari ini.

Apabila para belia bertemu dengan rakan-rakan belia di bahagian yang kita kunjungi, kelihatannya kita semua mempunyai semangat setiakawan yang tinggi dan sifat kasih sayang yang menebal.

Anda semua membanggakan MBNNS dan semoga Allah meemberkati perjalanan hidup dan perjuangan anda di dalam meniti usia belia.

semoga anda bakal menjadi pemimpin berwibawa di masa akan datang.

Semoga kita bertemu lagi di Siri Konvoi di masa akan datang.

Kita akan bertemu di Siri 4 : EKSKLUSIF KEMBARA SINAR RAMADHAN 2012 MBNNS

SELAMAT MAJU JAYA BELIA NEGERI SEMBILAN