Saturday 8 September 2012

Kemalangan di Russia pelajar Malaysia : 2 maut 5 cedera

Dua pelajar Malaysia di Rusia terbunuh, manakala lima yang lain cedera dalam kemalangan jalan raya di wilayah Vladimirskaya dekat Moscow malam tadi (awal pagi ini waktu Malaysia)

Duta Malaysia di Rusia, Datuk Zainol Abidin Omar memberitahu, kesemua pelajar yang terbabit adalah pelajar wanita dan pelajar tajaan yang menuntut di Tahun 5 di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod

“Pelajar yang terbunuh ialah Hanisah Muhd. Shah, pelajar tajaan Mara dari Dungun, yang meninggal dunia di tempat nahas, manakala Adzreen Binyati, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari Putrajaya pula meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital

“Lima pelajar yang cedera ialah Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd. Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza Abdul Raza

“Mereka semua dalam keadaan tidak kritikal serta sedar, dan sedang menerima rawatan di Hospital Viyazniky di wilayah Vladimirskaya,” jelasnya pada sidang akhbar di sini malam ini

Beliau berkata, kemalangan yang membabit dua bas berlaku di Vladimirskaya, kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny pada pukul 11 malam 2 September

Katanya, pelajar tersebut, yang baru pulang dari cuti semester di Malaysia, dalam perjalanan dari Moscow ke Nizhny –  Web Encik Nakal sumber Utusan Malaysia


Bonda kepada Allahyarhamah Adik Hanisah, Mangsa kemalangan di Russia. Hadir menyampaikan sumbangan ikhlas Perg.Puteri UMNO Msia kepada keluarga.

Hadir mewakili Per.Puteri UMNO Msia di Dungun bertemu keluarga pelajar mangsa kemalangan di Russia. Turut bersama Ketua Puteri Dungun Aziahwati Abdullah dan Ketua Puteri Kemaman Asfalinda Anuar.

p/s : Saya secara pribadi berasa amat simpati dan merasai kesedihan yang ditanggung oleh ibu kepada mangsa yang terkorban di dalam kemalangan yang berlaku di Russia. 

Sesungguhnya perkara yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya dan bagi kita yang hidup perlu menerima takdir qada dan qadar Allah Taala.

Saya juga yakin dan pasti, pemergian Allahyarham Hanisah dan Allahyarham Adzreen Binyati merupakan pemergian yang diterima sebagai pejuang fisabilillah.

Ini kerana jika mereka ditakdirkan hidup dan membawa segulung ijazah di bumi Malaysia ini, mereka pulang dengan membawa jasa dan ilmu di dada. Mereka pasti akan menggunakan ilmu yang diperolehi dengan sebaik-baiknya untuk rakyat Malaysia khususnya negeri kelahiran mereka.

Malaysia memerlukan bekalan modal insan yang cerdik dan pandai malah berkualiti.

Semoga jenazah Allahyarham berdua mendapat syafaat Ilahi dan tergolong bersama pejuang fisabilillah.

Al-Fatihah.

Ikhlas,
Wan Salwati Hj Abdullah


Puteri Umno Diminta Sedia Pikul Tugas Berat Hadapi Perang Politik PRU 13


Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mahu anggota pergerakan itu bersedia memikul tugas berat sebagai benteng barisan hadapan bagi menghadapi 'perang politik' yang cukup mencabar menjelang pilihan raya umum ke-13.

Beliau berkata Puteri Umno harus berani, tabah, sabar dan cekal dalam berjuang serta memikul tanggungjawab yang diamanahkan itu.

"Saya mendoakan agar segala perancangan dan persiapan yang akan kita laksanakan untuk berhadapan dengan PRU 13 akan berjalan dengan baik dan lancar.

"PRU 13 menuntut pengorbanan kita. Inilah peperangan yang harus kita menangi. Ia bukan sekadar mempertahankan maruah kita tetapi melibatkan persoalan masa depan generasi akan datang," katanya.

Rosnah berkata keanggotaan Puteri Umno kini mencecah 384,000 orang, termasuk 54,000 anggota di Sabah.



Perasmian Persidangan Puteri UMNO Dungun...

Pn.Asfalinda Anuar, wakil Puteri UMNO Negeri Terengganu.

Selamat Bertugas

Terima kasih Aziahwati, Terima kasih Dato'...

p/s : Tahniah diucapkan kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Dungun yang berjaya bersidang dalam suasana yang amat baik.

Sesungguhnya perjuangan kita di dalam Pergerakan Puteri UMNO yang kini berusia 11 tahun, merupakan perjalanan yang begitu getir sekali.

Tanpa meredah lautan ombak dan badai, mungkin perjuangan kita tidak sehebat hari ini.

Ini adalah berkat kesungguhan dan ketekunan semua pihak bagi memastikan perjuangan generasi wanita muda dulu, kini dan selamanya di terima oleh semua peringkat.

Perjuangan tidak akan pernah selesai dan menjadi tanggungjawab kita sampai bila-bila.

Salam perjuangan.
Wan Salwati Hj Abdullah



Dengan Ingatan Tulus Ikhlas.. Terima kasih hadir.. :)

Salam Semua,

Pertama sekali, terima kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri saya dan keluarga yang berlangsung pada Rabu lalu bersamaan 05 September 2012.

Tanpa sokongan dan dorongan mereka terbabit di belakang tabir mahu pun depan tabir, agaknya majlis ini tidak semeriah yang di duga.

Kehadiran dan bantuan anda semua amat-amat dihargai.

Kedua, terima kasih diucapkan kepada hadirin yang terdiri di kalangan jiran tetangga, sahabat handai, sahabat perjuangan di dalam politik mahu pun belia.

Tanpa anda 'cinta' kita tidak kemana.

p/s : Biarlah gambar melakar cerita apa sahaja buat anda..

Terima kasih semua.