Thursday 25 October 2012

Rancangan Pembangunan Belia Negeri Sembilan 2 (RPBNS), sahut seranan Menteri Besar Negeri Sembilan

Menerima Watikah Perlantikan Ahli Majlis Perundingan Belia Negara 
Peringkat Negeri Sembilan Sidang Pertama Sesi 2012 - 2014


PAROI, 23 Okt – Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Pengerusi Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Sidang Pertama Sesi 2012 – 2014 telah mempengerusikan persidangan tersebut di Ballroom, Kompleks Belia dan Sukan Paroi, petang tadi.

Persidangan kali pertama ini susulan daripada idea dan pandangan beliau pada tahun 2011 agar Negeri Sembilan mewujudkan Dewan Undangan Negeri Belia Negeri Sembilan bagi memperkasakan peranan belia negeri ini.

Beliau turut menyampaikan Watikah Perlantikan Ahli Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Sidang Pertama Sesi 2012 – 2014.

Belia yang merupakan 40%  penduduk di negeri ini perlu didekati dengan nafas baru dan diberi peluang mengeluarkan pandangan terhadap pembangunan negeri.

“Selama ini, belia di negeri ini tidak ada platform untuk berinteraksi dengan kerajaan dan agensi. Hanya seorang dua sahaja pemimpin atasan dan ianya tidak memberi kesan kepada belia keseluruhan.” kata Menteri Besar .

Beliau menambah, “jika belia di negeri ini tidak diurus dengan baik, kita sebenarnya mengundang masalah yang besar.”

“Kita tidak boleh menjadi seorang pemimpin yang sekadar sedap didengar, sebaliknya belia negeri ini perlu menjadi pemimpin ukuran. Kita perlu mengukur kebolehan dan keupayaan kita ke tahap proaktif dan progresif

Beliau menambah, “dengan kewujudan DUN Belia Negeri Sembilan ini kelak, belia berada dalam keadaan tersusun dan terancang menjalankan kewajipan masing-masing.”

Beliau turut menjelaskan bahawa Kerajaan Negeri sentiasa pro belia dan mendengar denyut nadi belia.

Menteri Besar turut mendengar pembentangan kertas kerja bertajuk Parlimen Belia Malaysia, DUN Belia Negeri Sembilan dan Pelan Tindakan RPBNS-2.

Beliau berpuas hati dengan pembentangan kertas kerja oleh Encik Ahmad Shamil Ahmad Kamil mewakili Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Encik Mohd Hasrun Faiz, mewakili Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan.

Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan turut mencadangkan usul pembangunan belia untuk dipertimbangkan oleh Kerajaan Negeri di masa akan datang. Usul di baca oleh Saudara Mohd Kama Kaha Muzakir Kamaruddin, Setiausaha Agung MBNNS.

Ujar beliau, tidak banyak yang perlu diperbaiki, cuma yang penting kita akan menambah baik apa yang kurang. Sekurang-kurangnya apabila ianya dilaksanakan kelak, kita mampu mencapai 50% kemajuan dan selebihnya akan diperbaiki dari masa ke semasa.

Turut hadir, Dato’ Hj Mat Ali Hasan, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Dato’ Abdul Samad Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan, Puan Wan Salwati Hj Abdullah, Presiden Majlis Belia Negeri Negeri Sembilan, Pengarah-Pengarah Jabatan dan Agensi yang menerima watikah perlantikan Ahli Majlis.

Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Sembilan Sidang Pertama Sesi 2012 - 2014

Klik untuk gambar besar

Alhamdulillah hir Rabbil Alamin, sesungguhnya dengan izin Allah Taala juga apa yang dirancang dan dilaksanakan akhirnya termeterai juga.

Bertempat di Ballroom, Kompleks Belia dan Sukan Paroi, perundingan yang memakan masa dua jam berakhir dengan persetujuan.

Terima kasih diucapkan kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, DSU Hj Mohamad Hj Hasan memberi kepercayaan Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan di dalam mengemudi dan merealisasikan satu impian menjadi kenyataan.

Dari ucapan DSU Menteri Besar ketika melancarkan Hari Belia Negeri Sembilan 2011 lalu, merupakan titik tolak dan idea terhasilnya resolusi dari belia untuk belia, dari belia untuk masyarakat belia.

Saya terpanggil dengan kerap ucapan DSU Menteri Besar berkaitan dengan belia perlu membuktikan stigma masyarakat menyalahkan belia di dalam pelbagai aspek moral adalah sesuatu yang tidak benar dan salah.

Belia adalah golongan yang perlu dirapati, dihampiri, di perbincangkan dengan hangat, kerana belia merupakan pewaris apa lagi bakal pemimpin hari esok.

Stigma masyarakat menudingkan jari ke arah belia, masalah sosial, masalah rempit, masalah buang anak, masalah belia gelandangan, masalah belia dadah, masalah belia arak dan pelbagai masalah lagi yang berpunca dari belia.

Akhirnya, sebagai belia permasalahan ini perlu diselesaikan dikalangan belia juga. Percayalah peranan belia di dalam mengemudi hari esok perlu dilentur mulai awal, ibarat melentur buluh biar dari rebungnya.

Di Negeri Sembilan misalnya, golongan belia terdiri daripada 40 peratus masyarakatnya.. Dua puluh peratus aktif berpesatuan dan dua puluh peratus lagi belia tidak aktif berpesatuan. Malah hampir dua puluh lima peratus belia tidak mendaftar sebagai pengundi. Ini penting, seperti di awal tadi, saya bersetuju dengan pendapat dan pandangan DSU Menteri Besar, belia merupakan pemimpin hari esok.
 

Misi mengubah stigma masyarakat terhadap belia negatif perlu di ubah ke arah belia yang progresif dan aktif. Belia yang punyai wawasan dan kita perlu buka peluang agar wawasan itu mencapai sasarannya.

Kata-kata DSU ketika itu yang sentiasa di dalam ingatan, sebagai pemimpin hari esok, kita perlu menjadi pemimpin ukuran dan bukan berlumba-lumba menjadi pemimpin siaran... Mendalami ucapan itu, saya mengambil daya usaha ini dan menyahut cabaran tersebut bahawa belia mampu menjadikan hari esok lebih baik daripada hari ini.

Terima kasih DSU Haji Mohamad Haji Hasan kerana sentiasa prihatin di atas kehendak belia dan sentiasa menyokong pemimpin belia.

Tunjuk ajar dari DSU akan dikenang sehingga bila-bila.

 Ingatan tulus ikhlas,
Wan Salwati Hj Abdullah
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS)          

Insya Allah Qaish dah sihat.. Terima kasih doakan kesihatan Qaish

 Gambar hari ketiga (semalam).. tak sabar dia nak keluar hospital.. Mungkin anak ibu juga fikir tak suka duduk hospital lama-lama. Sehingga Qaish berusaha untuk sihat..

Qaish di hantar ke KPJ Hospital serta merta sejurus saya balik dari Putrajaya apabila suami memberitahu suhu badan Qaish naik mendadak 39 darjah celcius.

 Hari kedua Qaish di hospital.
Hati ibu mana yang tak sayu melihat anak kecil bertarung dengan kepanasan suhu badan yang tidak menentu. Dari 39 darjah ke 42 darjah celcius.

Saya mengorbankan beberapa perkara demi anak. Hanya berani menghadirkan diri di program sekitar Seremban.

 Hari ketiga.. Sudah ada perubahan.. tetapi perlu pengawasan rapi..

Alahai anak omak.. sudah menunjukkan perubahan. Berkat doa dari rakan-rakan dan ahli keluarga. Mungkin kesungguhan  dari Qaish sendiri yang mahu sihat dan nak balik ke rumah.. Suhu badan kembali normal namun perlu di kawal rapi bagi mengelakkan suhu badan naik tiba-tiba.

Tengoklah tu.. walaupun tak sihat.. Upin dan Ipin juga tetap di hati

 Jururawat tengah merawat pun Qaish tak endahkan juga.. Upin Ipin juga..

Agaknya dalam hati.. Allah saja yang tau..

"Nak alik.. Owang nak alik.." hihi.. Anak ibu..





Anak ibu dah bosan duq hospital lama-lama.. Kejap lagi kita keluar hospital yer nak.. :)



Anak anugerah Allah SWT


Wan Salwati Hj Abdullah
Ibu Alma Qaisara Amira