Gambar hari ketiga (semalam).. tak sabar dia nak keluar hospital.. Mungkin anak ibu juga fikir tak suka duduk hospital lama-lama. Sehingga Qaish berusaha untuk sihat..
Qaish di hantar ke KPJ Hospital serta merta sejurus saya balik dari Putrajaya apabila suami memberitahu suhu badan Qaish naik mendadak 39 darjah celcius.
Hari kedua Qaish di hospital.
Hati ibu mana yang tak sayu melihat anak kecil bertarung dengan kepanasan suhu badan yang tidak menentu. Dari 39 darjah ke 42 darjah celcius.
Saya mengorbankan beberapa perkara demi anak. Hanya berani menghadirkan diri di program sekitar Seremban.
Hari ketiga.. Sudah ada perubahan.. tetapi perlu pengawasan rapi..
Alahai anak omak.. sudah menunjukkan perubahan. Berkat doa dari rakan-rakan dan ahli keluarga. Mungkin kesungguhan dari Qaish sendiri yang mahu sihat dan nak balik ke rumah.. Suhu badan kembali normal namun perlu di kawal rapi bagi mengelakkan suhu badan naik tiba-tiba.
Tengoklah tu.. walaupun tak sihat.. Upin dan Ipin juga tetap di hati
Jururawat tengah merawat pun Qaish tak endahkan juga.. Upin Ipin juga..
Agaknya dalam hati.. Allah saja yang tau..
"Nak alik.. Owang nak alik.." hihi.. Anak ibu..
Anak ibu dah bosan duq hospital lama-lama.. Kejap lagi kita keluar hospital yer nak.. :)
Anak anugerah Allah SWT
Wan Salwati Hj Abdullah
Ibu Alma Qaisara Amira
No comments:
Post a Comment