Sunday 15 July 2012

Merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Gerik dan Ipoh Timor 2012



Terima kasih YB. Dato' Hasbullah Osman, Bonda Salmiah, Sdr.Faizol dan Sdri.Salbiah...



Merasmikan Persidangan 3 Sayap (Wanita, Pemuda, Puteri) UMNO Bhg.Ipoh Timor...


Perjuangan bukan lagi seperti, tetapi sebuah perjalanan dan pengembaraan yang amat mencabar dan saya tidak pernah kesal menempuhinya.

Terima kasih diucapkan kepada UMNO Bahagian Gerik dan UMNO Bahagian Ipoh Timor kerana mempercayai dan memberi keyakinan kepada saya untuk merasmikan Persidangan Serentak Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri pada hari ini.

Sesungguhnya memenuhi jemputan daripada kedua-dua bahagian ini, cabaran buat saya kerana dikategorikan masih baru di dalam arena politik tanahair. Bila difikir-fikir dan direnung-renungkan kembali, ianya bersandarkan kepercayaan yang diletakkan ke atas bahu saya dan saya terima seadanya.

Menempuh perjalanan yang sukar dalam gawang politik, izinkan saya memetik tabir perjuangan di dalam beberapa wasilah untuk dijadikan renungan bersama.. seperti di bawah ;

Syariat dan perjuangan Islam,

1. Tujuan perjuangan Islam adalah untuk memartabatkan syariat. Dengan itu ia mesti juga berlandaskan syariat pada matlamat dan wasilahnya.

2.Cara yang betul adalah dengan mengkaji syariat demi memahami kehendak syariat dari perjuangan Islam. Apa matlamat yang syariat nak kita capai? Apa wasilah yang syariat suruh kita gunakan? Apa bentuk gerakerja yang syariat perintahkan kita ikut? Apa larangan yang ditegah oleh syariat? Bila kita faham syariat, barulah betul apa yang kita buat.

3. Ada sesetengah yang menggunakan cara yang salah. Mereka buat strategi guna akal, kemudian cari hujah dari Al-Quran dan Sunnah untuk mengiyakan strategi mereka. Dalil-dalil juz’ie tidak dibaca dalam kelompok maqasid kulliah. Lalu berlagalah di antara dalil-dalil juz’ie itu. Juga tanpa disedari ‘strategi guna akal dan diiyakan dengan dalil juz’ie‘ itu tidak menuju ke arah penegakan maqasid kulliah. Golongan ini juga adakalanya menggunakan hujah maqasid kulliah, tetapi malangnya oleh kerana kuatnya kehendak akal, bila mereka masuk ke dalam perbincangan maqasid, mereka tidak jumpa jalan untuk keluar darinya.

4. Beza kelompok pertama dan kedua adalah; kelompok pertama pasrah kepada kehendak syariat …. manakala kelompok kedua sentiasa berharap moga-moga syariat menyokong kehendak akal mereka.

5. Ada sesetengah kehendak syariat tidak mampu difahami oleh akal. Begitulah bezanya Ahlussunnah dan Muktazilah. Muktazilah mengatakan akal boleh menentukan buruk baik sesuatu perbuatan (tahsin aqli wa taqbih aqli). Ahlussunnah pula mengatakan bahawa yang baik (al-hasan) dan yang buruk (al-qabih) itu adalah sifat nisbiah yang Allah sandarkan kepada sesuatu perbuatan.

6. Memahami kehendak syariat perlukan satu usaha mengkaji dan mempelajari Islam dalam satu disiplin pengajian yang panjang. Ia dicapai oleh golongan yang digelar ulamak. ٍSebahagian ulamak mensyaratkan ijtihad kepada pemimpin negara Islam. Syarat itu juga logiknya perlu ada pada pimpinan badan-badan dakwah Islam kerana tujuan syarat itu adalah agar pimpinan mempunyai sikap pasrah kepada kehendak syariat dan tidak dikuasai oleh kehendak akal. Juga agar pimpinan itu mempunyai kelayakan untuk tarjih situasi dengan metodologi syariat yang betul.

7. Pimpinan yang pasrah kepada kehendak syariat, bila berijtihad jika salah pun masih diberi satu pahala. Pemimpin yang dipandu oleh akal, kemudian baru cari dalil yang mengiyakan kehendak akalnya, bila berijtihad jika betul ijtihadnya pun tetap salah.

Wallahu a’lam.


Salam Perjuangan..


"Suara Belia / Anak Muda Bersatu. Tidak dapat dikalahkan."


Ikhlas,

Wan Salwati Hj Abdullah
Pegawai Khas YB Menteri Belia & Sukan Malaysia
EXCO Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Seremban
Ahli Majlis Tertinggi Belia 4B Malaysia
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan