Tuesday 20 March 2012

Demi Belia

Antara intipati ucapan dan diolag Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama golongan belia....Kerajaan sentiasa memberikan perhatian kepada golongan belia terutama berhubung penglibatan mereka dalam agenda transformasi negara bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.

  • Penglibatan belia itu dilakukan melalui penekanan kepada aspek pendidikan yang menjadi agenda penting kerajaan terhadap golongan belia.
  • Beliau berkata golongan belia harus menguasai ilmu pengetahuan khususnya dalam bidang sains dan teknologi sekaligus meningkatkan pembangunan modal insane negara.
  • Kerajaan turut menumpukan kepada aspek pembangunan kemahiran di kalangan golongan belia bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.
  • Golongan belia juga dijemput mengemukakan idea dan pandangan kepada kerajaan dalam memaksimumkan penyertaan golongan itu dalam pembangunan negara.
************************
PS melihat apa yang dilakukankan oleh kerajaan pusat demi kepentingan belia amat menyeluruh serta memberi penekanan kepada pendidikan dan sumber pendapatan untuk golongan belia/anak muda itu sendiri.

Sebagai Belia/Anak Muda yang mempunyai idealisme di negara merdeka ini, yang menjadi persoalan PS dan pasti juga bermain difikiran Belia/Anak Muda yang lain diseluruh negara, Adakah "wakil "kepimpinan kerajaan bermula dari :-
  • JKKK (Jawatankuasa Keselamatan Kemajuan Kampung)
  • Wakil Rakyat (ADUN) dan Ahli Parlimen
  • Jabatan dan Agensi Kerajaan peringkat Daerah & Negeri
dapat merima Idea dan Pandangan yang dikemukan oleh kami dari golongan Belia/Anak Muda? Sedangkan mereka yang dinyatakan diatas adalah "wakil" kepada kerajaan dan ada yang dipilih oleh rakyat untuk membantu dalam usaha mendapat dan menyalurkan maklumat sama ada kepada golongan Belia/Anak Muda ataupun rakyat setempat.

Kegusaran PS ada asasnya. Ini kerana, istilah "perlaksanaan di peringkat bawahan" agak perlahan dan belum mencapai objektif dalam ertikata sebenar kerana masih ada lagi segelitir susuk tubuh mempunyai pemikiran serta tindakan di takuk yang lama dengan pemikiran yang Kalut, Kuno, PHD, Sabotaj, Khianat dan seolah olah kedudukan mereka seperti tercabar oleh idea-idea serta pandangan kami dari golongan Belia dan Anak Muda. Kelak yang rugi adalah kita semua.

Oleh itu, PS ingin menyarankan agar "wakil-wakil kepada kerajaan" serta mereka yang telah dipilih oleh rakyat agar melihat cara "Perlaksanaan" dan menonjolkan "Sifat Keterbukaan" yang bukan dibuat-buat agar golongan Belia/Anak Muda dapat merasai serta menjiwai kesungguhan kerajaan Barisan Nasional untuk Membela Rakyat termasuk golongan Belia dan Anak Muda.

Salam Perjuangan
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

  
Wan Salwati Hj Abdulah
Ketua Puteri UMNO Bahagian Seremban
Exco Puteri UMNO Malaysia