Sunday 8 April 2012

PUTERI.....BERSAMA GEMPUR





  SEREMBAN




SEKITAR KURSUS JENTERA PILIHANRAYA
PERGERAKAN PUTERI UMNO NEGERI SEMBILAN
( 08hb.APRIL 2012 )


YB.Dato' Hj.Hasim Rusdi, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO N.Sembilan hadir di Majlis Penutup Kursus Jentera Pilihanraya Pergerakan.Puteri UMNO Negeri Sembilan. Turut bersama Puan.Mas Ermiyati Shamsudin mewakili Unit Khas Pilihanraya Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.



Ucapan Penutupan oleh YB.Dato'Hj.Hasim Rusdi
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan.



 Antara Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Negeri Sembilan yang menghadiri Kursus Jentera Pilihanraya Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan.


 Para peserta sedang mendengar taklimat dan penerangan yang diberikan.


PUTERI....BERSAMA GEMPUR!!!

 
Berkilau Sungguh Batu Permata 
Permata Bersinar Semangat Membara
Permata Bukan Sebarang Permata
 
Permata Parti Srikandi Negara

Winnable Candidate jadi taruhan
 
PRU 13 bukan mainan 
Puteri bukan sekadar tempelan 
Hujahan Puteri jangan dipelekehkan...
 
 
UMNO yang telah ditubuhkan pada tahun 1946 kini telah berusia 65 tahun, suatu tempoh yang panjang dan pernah melalui saat gemilang kejayaan, suka-duka dan suramnya.

Rententan dari perjuangan yang ikhlas serta murni demi untuk kepentingan Agama, Bangsa dan Tanah Air, maka UMNO dapat bertahan dan memiliki kuasa mentadbir Negara dibawah Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional sehingga ke hari ini. Syabas dan Tahniah.


Di atas kejayaan tersebut jua, di dalam UMNO dengan kebijaksanaan pemimpin, maka telah dilihat bahawa satu lagi kelompok generasi muda yang dipandang penting yakni Generasi Wanita Melayu Muda yang perlu diberi ruang bersama-sama dalam arena politik hari ini, kini telah jelas hampir lebih 10 tahun Pergerakan Puteri telah dibawa di alam arus gelombang merasai pahit getir perjuangan yang harus dikekalkan ini. Pusaka perjuangan yang terlalu berharga ini merupakan kuasa yang tiada jual belinya.



Tahniah Dato’ Seri Presiden dari Pergerakan Puteri UMNO di atas olahan ucapan dasar yang begitu bernas bagi mempastikan agar kuasa UMNO ini terus gah berkuasa di bumi Malaysia. Pergerakan Puteri menyambut baik segala saranan, ingatan apatah lagi teguran yang diberi bagi mempastikan semua pihak memahami segala apa yang perlu dilaksanakan saat ini bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang, bukan sahaja memikirkan siapakah yang dikatakan “Winnable Candidates” tetapi yang paling utama “apakah segala tugas telah disusun dengan rapi, tiada lagi adu domba sesama sendiri, kekuatan semuanya telah disatukan dan tidak lagi berbalah sesama ahli dan pastinya telah ditanam semangat yang ingin melihat UMNO/BN cemerlang dengan ‘Winnable Candidates’ apabila semboyan dibunyikan.

PRU 13 Bukan Mainan,
Winnable Candidate jadi sebutan,

Puteri sedia menerima arahan,

Bukan hanya mengejar jawatan.
  

Puteri yang menjadi generasi tunggak ke abad 21 menyokong proses transformasi sama ada didalam parti atau kerajaan yang dibawah kepimpinan Dato Seri Presiden bagi memastikan kesinambungan kepimpinan dan pemerintahan BN di Negara ini. Namun apabila bercakap mengenai perkara tersebut, maka kita tidak boleh lari dari memberi focus kepada kumpulan sasaran yang dikatakan kumpulan penerima faedah atau ‘beneficiary’ kepada proses transformasi iaitu generasi muda.


Oleh yang demikian, didalam merencana salasilah politik yang berbudaya baru ini, UMNO perlu mengambil peluang serta mencipta ruang tersendiri terhadap 2 kunci utama tersebut
 
 
Perpaduan dan Generasi Muda.  



 
Perpaduan.

Keutuhan perpaduan sememangnya amat penting dalam perjuangan. Hari ini siapa pun tidak boleh memperlekehkan erti kata perpaduan. Perpaduan yang diolah serta diacu sendiri oleh kita tanpa mengenepikan kepentingan Agama,Bangsa dan Negara walaupun di Malaysia ini mempunyai pelbagai Bangsa, Agama serta Adat Budaya. Perpaduan juga sememangnya merupakan intiti utama kepada perjuangan generasi muda namun hari ini.....


Persoalan yang timbul, yang bermain difikiran sayap Pergerakan Puteri adalah kepada satu golongan pengubah yang amat berkuasa, berilmu tidak lain dan tidak bukan mereka yang terdiri daripada
 
 
Golongan Generasi Muda. Persoalannya :-

a) Adakah kejayaan / kuasa pemerintahan ini akan berkekalan untuk 50 tahun lagi?
 
b) Adakah UMNO merupakan wadah perjuangan politik bagi generasi muda?

Untuk mencari jawapan kepada persoalan ini, kita perlu menjawab dengan
TINDAKAN bukannya menjawab secara politik tetapi ianya lebih kearah realistik yang sebenar.
Sedarlah ahli parti, pemimpin disemua peringkat ( Cawangan / Bahagian / Negeri / Pusat ) bahawasanya sejarah dunia telah membuktikan generasi muda hari ini adalah antara kuasa sebenar dalam mengubah lanskap sosio-politik sesebuah Negara,Tamadun dan Peradapan Dunia. Janganlah golongan generasi muda ini diperlekehkan dan dinafikan hak suara serta pandangan mereka. Kita seharusnya terus dan terus mendampingi generasi muda ini tanpa henti. Adakah kita melakukannya?


Mari kita bertanya dan ajukan soalan kepada rakan seperjuangan disebelah kita :- 
 
  • Adakah kita semua mengetahui dengan jelas berapa peratus generasi muda di kawasan kita yang bakal mengundi dan menentukan keputusan pilihanraya ke 13 ini ?
 
  • Adakah kita mengenali mereka ?  

  • Adakah kita mendampingi mereka sehingga mereka merasakan kehadiran kita (UMNO) dapat membantu kelangsungan kehidupan dan seterusnya membantu mereka dalam memahami serta menangani perkembangan semasa.
 
  • Adakah kita diterima oleh mereka?
 
  • Apakah persepsi generasi muda terhadap sikap dan tingkahlaku kita (Umno)?
 
  • Adakah bentuk pendekatan yang kita pilih untuk mendampingi dan memahami generasi muda ini berkesan?
 
  • Dan bilakah kali terakhir kita bersalam,mengucapkan selamat harijadi kepada mereka serta mengucapkan syabas diatas kejayaan mereka?

Setiap persoalan yang dinyatakan tadi janganlah diambil mudah, tetapi proses pendekatan serta penghayataan untuk generasi muda adalah penting seperti oksigen bagi setiap benda yang hidup. Jika kita alpa dan leka, Gelombang Transformasi dari generasi muda akan berlaku. Ini terbukti, generasi muda melalui media baru dengan kalimah “change” telah meletakkan Barack Obama Hussien sebagai Presiden Amerika dan yang paling penting peranan generasi muda juga telah menukar pola dan lanskap politik di Timur Tengah seperti Mesir, Libya dan kini Syria. Terfikirkah oleh kita United Stated Of Amerika sebuah Negara yang berpengaruh didunia akan ditadbir oleh seorang Presiden dari golongan Berkulit Hitam. Sudah pasti jawapannya tidak, tetapi inilah yang telah dilakukan oleh golongan pengubah dikalangan generasi muda.

Isu terkini yang perlu kita depani adalah golongan muda mahasiswa IPTA/IPTS diseluruh Negara yang telah mencapai umur balighnya 21 tahun untuk berpolitik kepartian selepas AUKU dihapuskan oleh Kerajaan, maka tugas dan tanggungjawab ini perlu dimainkan oleh semua pihak disetiap peringkat.


Pada hakikatnya satu fenomena yang cukup berat kerana ianya melibatkan proses pembelajaran yang dilalui bagi golongan tersebut. Jika dihitungkan, jumlah golongan ini amat besar dan adakah kita sebagai sebuah organisasi benar-benar mampu mendampingi serta menarik minat mereka untuk bersama-sama UMNO.


Kegusaran di sayap Pergerakan Puteri ada asasnya, dengan jumlah hampir 956,000 orang pelajar yang dikenalpasti melepasi had umur 21 tahun bagi tahun ini dan jumlah ini pasti akan meningkat saban tahun yang dianggarkan hampir mencecah 100,000 orang pelajar IPTA /IPTS setiap tahun.


Oleh yang demikian, puteri ingin mengunjurkan didalam perhimpunan kali ini supaya diadakan program khas untuk golongan mahasiswa/mahasiswi dan mengenal pasti mereka dari tempat masing-masing. Ini kerana, UMNO amat memerlukan sokongan serta dokongan dari golongan ini untuk bersama-sama dalam menghadapi senario politik yang akan datang
.

Peluang dan ruang untuk mendampingi mereka perlu diperhebatkan dan dilakukan. Jangan kita biarkan penyamun, penyangak pembangkang mendekati apatah lagi merosakkan pemikiran golongan mahasiswa ini, mereka milik kita .


Bersangkutan apa yang dinyatakan tadi, Puteri melihat dari analisa yang dibuat berpandukan daripada SPR (Suruhanjaya Pilihanraya) sehingga suku tahun ke-2 2011 yang telah diwartakan pada 16hb.Ogos yang lalu, Jumlah Keseluruhan Pengundi Di Malaysia adalah 12,497,877 orang, manakala dari jumlah tersebut seramai 5,011,797 orang adalah pengundi muda / belia yang telah berdaftar.


Namun begitu, jumlah keseluruhan generasi muda / belia yang layak mendaftar dan mengundi yakni yang berusia 21-40 tahun sebenarnya adalah seramai 8,152,400. Ini masih terdapat seramai 3,140,603 orang dari kelompok generasi muda yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi.


Seandainya semua generasi muda yang berusia 21 tahun keatas melaksanakan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara ataupun kerajaan melaksanakan dasar pendaftaran pengundi secara automatik bagi setiap warganegara yang berusia 21 tahun ke atas, maka pada hari ini Malaysia akan mempunyai 8,152,400 pengundi belia yakni golongan generasi muda daripada jumlah keseluruhan pengundi di Malaysia iaitu seramai 15,638,480 orang setelah ditambah dengan pengundi generasi muda seramai 3,140,603 yang dinyatakan tadi. Oleh yang demikian, 52% dari jumlah tersebut adalah pengundi generasi muda.

Peratusan ini membawa makna yang
AMAT JELAS dan NYATA,  tidak keterlaluan untuk Puteri menyatakan GENERASI MUDA yang dikenali sebagai BELIA adalah penentu pola pembentukan pemerintahan Negara bukan sahaja untuk masa akan datang tetapi didalam Piliharaya ke-13 yang bakal diadakan nanti. (dalam kata lain...bukan kecil anak untuk golongan muda ini)

 

Dalam konteks senario poltik Malaysia, Puteri ingin mengupas dan membawa perhatian serta minda kita semua ke belakang iaitu 20 tahun dahulu. Sejarah telah membuktikan UMNO didalam pilihanraya umum mahupun pilihanraya kecil amat cemerlang.

Faktor siapa calon ketika itu bukan menjadi perkara asas tetapi atas lambang parti yang menjadi faktornya. Sebagai contoh, Jika parti Umno ini diwakili ‘Tunggul Kayu’ sekali pun, bertanding dalam pilihanraya pasti Umno/Barisan Nasional akan menang jua....itulah senario 20 tahun dahulu, tetapi sekarang lanskap itu telah berubah.

Oleh yang demikian,
Peremajaan dan Penjenamaan semula UMNO amat penting dan perlu dibuat dari semua peringkat serta dipromosikan  kepada golongan generasi muda kerana generasi muda adalah antara oksigen bagi UMNO meneruskan kehidupan yang penuh mencabar ini. Idea dan pandangan dari generasi muda perlu diambil kira dan diketengahkan.

Untuk memenangi  hati generasi muda, UMNO perlu menyusun langkah yang lebih tersusun dan berkesan. Setiap program hendaklah berdasarkan citarasa generasi muda agar mereka bersama dan menyertai kita.


Dalam hal ini Puteri UMNO mencadangkan agar UMNO menggunakan pakai prinsip pengurusan
BLUE OCEAN STRATEGY yang menekankan tindakan secara berkesan dan melaksanakan proses REDUCE, CREATE, RAISE and ELEMINATE....


Blue Ocean Strategy ini bukan sahaja terpakai kepada pembangunan kporporat, tetapi ianya boleh diterima pakai oleh UMNO. Penggunaan prinsip ini akan membolehkan UMNO menilai apakah perkara-perkara atau program-program yang wajib diperkenalkan. Apakah program yang harus di pergiatkan, ditambah dan dimurnikan.  Apakah perkara-perkara atau program atau amalan UMNO yang mesti kurangkan dan Apakah perkara-perkara atau program atau amalan mesti dihapuskan terus dari UMNO.


Zaman menghimpun puluhan ribu hadirin di padang untuk menyambut ketibaan pemimpin sudah berakhir. Zaman sekarang adalah zaman menilai pemimpin dari dekat. Zaman sekarang adalah zaman menghargai pemimpin yang boleh berjabat salam dan berbincang. Zaman sekarang adalah zaman menerima pemimpin yang menjawab tweeter dan facebook. Tapi ingat, kalau bersalam pakai hujung jari dan tak tengok muka macam mana nak rasa denyut nadi RAKYAT!!!!
Zaman sekarang adalah zaman pemimpin yang boleh ditemui di laman-laman blog dan bertukar pandangan serta memberi komen  personel. Zaman sekarang adalah zaman menyanjung pemimpin yang dilebelkan
“COOL” apabila dapat meluangkan masa bermain futsal dengan generasi muda dan zaman sekarang adalah zaman menerima pemimpin yang dilihat membela generasi muda. Zaman sekarang bukannya zaman terus mengherdik, mencaci apatah lagi menghina apabila generasi muda tidak bersama atau tidak bersetuju dengan tindakan yang dibuat oleh pemimpin, jangan hanya dilihat kesilapan pada golongan muda ini. Inilah luahan hati orang muda.

Jika Dato’ Seri Presiden yang juga merangkap Perdana Menteri boleh meluangkan masa biar pun letih dengan tugasannya tapi masih tersenyum bersama generasi muda menonton perlawanan bola sepak bersama – (walaupun team favourite Dato’ Seri Presiden MU kalah 6-1) apakah kaedah ini direalisasikan bersama oleh semua pemimpin di peringkat negeri, bahagian mahupun cawangan. Janganlah bila Puteri berkata demikian ataupun bersuara, puteri pula dilabelkan sebagai anak kecil yang ingin mengajar orang yang lebih dewasa, namun inilah realiti kenyataan yang harus diterima sekarang.
 

Pemikiran yang kalut, kuno atau cepat melatah perlulah dihapuskan. Sikap berpuak-puak, cantas mencantas perlu dihentikan. Manakala sikap keterbukaan yang bukan dibuat-buat perlu wujud dan ditonjolkan ini kerana jika ditanya kepada generasi muda yang ada didalam dewan ini sudah pasti akan bersetuju dengan kenyataan saya tadi, bahawasanya kami dari golongan muda kadang kala tidak diberi ruang atau diberi kepercayaan dan jika terlebih langkahnya sudahpasti kami dipancung awal-awal.
 
Kadang kala jika mereka dibahagian berasa tergugat Mesyuarat Jawatankuasa Bahagian pun tidak dipanggil bersama.........buat secara senyap-senyap......jangan dinafikan. Inilah budaya lama atau sifir lama yang masih dibawa. Kenapa takut dengan bayang sendiri?.
 
Ingatlah wahai pemimpin, dunia ini seperti roda ianya berpusing, adakala kita diatas dan adakala kita dibawah.

Apakah kepimpinan itu hanya untuk pemimpin yang ada sekarang dan tidak perlu penggantinya dan adakah pelapis hanya akan menjadi pelapis sahaja dan yang paling penting apabila insan terpilih yakni ‘Winnable Candidate’ telah diumumkan jangan pula ada yang sabotaj sesama sendiri, ingat pesan Dato’ Seri Presiden sayangkan Parti melebihi kepentingan diri sendiri. Ingatlah Qada’ dan Qadar Allah...


Sesungguhnya UMNO adalah sebuah rumah yang besar. Mempunyai ibu, ayah dan anak-anaknya yang pasti suatu hari nanti anak-anak itu akan membesar dan mewarisi rumah peninggalan dari orang tuanya tetapi  bagaimana anak-anak ini dapat mewarisi rumah yang besar ini jika diluarnya nampak cantik dan berseri tetapi kayu kayannya, dindingnya, tiang serinya reput dan rapuh dimakan dek anai-anai.

Oleh demikian, kita sebagai ahli parti janganlah membiarkan UMNO menjadi seperti rumah yang reput dan rapuh itu. Peremajaan, Penjenamaan dan jangan lupa Mempromosi UMNO semula perlulah dibuat secara total. Inilah teori Puteri 2P 1M.(Peremajaan, Penjenamaan & Mempromosi)



Hari ini kita didalam UMNO seharusnya bertindak dengan berpandukan maklumbalas yang kini banyak diterima oleh UMNO serta wajib sensitif dan peka kepada maklumbalas dari reaksi generasi muda terhadap sesuatu isu.

Dengan menerima dan mempraktikkan secara menyeluruh apa yang dinyatakan tadi dalam urusan harian kita, dalam merangka program yang hendak kita laksanakan, maka Puteri percaya UMNO akan lebih mudah mendapat tempat di hati generasi muda yang akhirnya menjadikan UMNO dan BN
“The ONLY PARTY” yang diterima semua.

Sudah pasti saat itu usah kita gusar kecemerlangan pilihanraya pasti memihak kepada Barisan Nasional. Biarlah pembangkang dengan kacau bilaunya, biarlah pembangkang dengan pemikiran bodohnya, biarlah pembangkang dengan janji yang tak tertunainya namun hari ini kita UMNO harus peka dan cepat mengambil segala ruang dan peluang yang ada bagi mempastikan kuasa kita tidak terjejas kerana UMNO lah satu-satu parti membela bangsa. Saat ini juga puteri telah bersiap siaga untuk menerima arahan perang . Puteri tak gentar hadapi pembangkang .


Puteri tidak akan gerun walau diancam disegenap penjuru. Semalam Puteri pernah sakit dilontar batu. Hari ini Puteri yang ramai menjadi kuat menjadi satu. Kerana itulah hari esok, Puteri tidak takut berhujan peluru. Puteri tidak lut dengan sebarang ancaman. Puteri sudah kebal dengan sebarang serangan. Puteri sudah diasap dengan semangat dan diseru dengan azimat. Tuhan bersama kita. Walau siapa pun musuh didepan. Walau apapun halangan yang datang, kita takkan bacul dan lari dari medan perjuangan. Mari kita gempur, kita perang, kita tempur, kita serangi ...... Perang ini perang kita, perang ini kitalah pemenangnya .



PRU 12 Bagai Tsunami,
       PRU 13 Sedia dinanti,

Rampas kembali matlamat kami,

       Itulah Perjuangan Puteri sejati.


Takkan berundur terus mara,

       Itulah tekad kami semua,

Demi agama, bangsa dan Negara,

       Pada Allah dipohon jua...

 

PUTERI...BERSAMA GEMPUR UNTUK HADAPI PRU-13.
 
 
Salam Perjuangan


Wan Salwati Hj.Abdullah
 
Pegawai Khas Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.
Ketua Pergeraka Puteri UMNO Bah.Seremban.
Majlis Kerja Tertinggi Gerakan 4B Malaysia.
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
Presiden Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan.
 








Kita Jangan Lupa Semuanya Kuasa Allah


 Bayi seperti Makhluk Asing


Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti makhluk asing.


Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu. 
 
 
Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan



 Haiwan Pelik dan Ganjil
 
Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis.


Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.


Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya


 Kambing Hanya 2 Kaki

Seekor kambing biri-biri mempunyai dua kaki sejak dilahirkan di sebuah ladang di wilayah Shandong di timur China. Pemilik haiwan itu yang merupakan seorang penternak kambing, Cui Jinxiu berusia 38 tahun menyatakan pada kebiasaannya dia akan menyembelih kambing muda.


Namun, dia tidak sampai hati untuk menyembelih kambing biri-biri tersebut selepas melihat kesungguhan haiwan itu untuk terus hidup.


Apa yang ingin saya coretkan disini adalah betapa hebatnya kuasa Allah swt.....kita sebagai manusia hanya mampu merancang tetapi Allah jua yang menentukannya.

  

Terima Kasih Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil


SEREMBAN


Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang akan menamatkan tugasnya sebagai Ahli Dewan Negara dan menteri Ahad ini.  Beliau meluahkan rasa sayu untuk meninggalkan warga kementerian itu setelah 11 tahun bersama.
 

Pada 11 Mac lalu, Shahrizat mengumumkan pengundurannya daripada Kabinet dengan meletakkan jawatan sebagai menteri apabila tempoh pelantikannya selaku Ahli Dewan Negara tamat Ahad ini.



Namun, Shahrizat mengumumkan akan terus kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).



Sementara itu, pada saat-saat terakhir sebagai menteri pagi ini, Shahrizat sempat menghadiri perhimpunan bulanan kementeriannya yang dibuat secara tertutup apabila hanya dihadiri oleh warga kementerian itu di Putrajaya.


Manakala jawatan yang dikosongkan itu akan dipangku oleh YAB Datuk Seri Najib B.Abd Razak merangkap Perdana Menteri Malaysia.


Disini, saya ingin mengambil kesempatan ini, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Datuk Seri Shahrizat diatas komitmen dan jasa beliau selama beliau menerajui kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 



Walau bagaimanapun perjuangan ini bukannya perlu berhenti disini tetapi ia tetap diteruskan untuk pembangunan dan kemajuan wanita di Malaysia.  


Salam Pejuangan.


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "


Wan Salwati Hj.Abdullah  
Peg. KhasYB.Menteri Belia & Sukan Malaysia 
Exco Puteri UMNO Malaysia
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban
MKT Gerakan 4B Malaysia  
Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.





Untukmu Belia 45 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"