Sunday 8 April 2012

Mansuh PTPTN : RM43 Bilion perlu kerajaan tanggung


SEREMBAN





Kerajaan perlu membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan,
tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan. 


Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas desakan daripada  parti-parti pembangkang yang bercadang memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang ini.
 

Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway. Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya.
 

Kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.


Buat pada ketika ini juga kerajaan menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat, dengan PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar sahaja.


Kepada semua anak muda/belia dan masyarakat, janganlah kita terpedaya dan terpengaruh dengan dakyah dan janji yang diberikan oleh pembangkang.


Sedangkan negara-negara kaya di dunia juga tidak mampu untuk memberikan pendidikan secara percuma atau ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. 


Implikasi kepada istilah percuma ini, akan melahirkan satu generasi yang tidak tahu dan tidak mengenal erti kepayahan serta kesusahan. Perasaan tidak menghargai atau berterima kasih pasti wujud, sedangkan apa yang diberikan oleh kerajaan ketika ini juga sering dipertikaikan walaupun ianya untuk kebaikan rakyat jelata.


Jadi kita sebagai rakyat, renung-renungkan untuk kebaikan kita bersama. Dengan jumlah RM43 bilion itu, sudah pasti kerajaan dapat membelanjakan kepada pembangunan yang lain untuk dirasai oleh kita semua sebagai rakyat Malaysia.


Salam Perjuangan


"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak dapat Dikalahkan"

 
Wan Salwati Hj.Abdullah 

Peg.Khas Menteri Belia & Sukan.
Exco Puteri UMNO Malaysia.
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban.
MKT Gerakan 4B Malaysia.
Presiden Majlis Belia Negeri. N.Sembilan.
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR M'sia.





Untukmu Belia 46 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"
 


No comments:

Post a Comment