Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu semua mesyuarat
Umno di peringkat cawangan supaya menumpukan kepada soal persiapan
menghadapi pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).
Beliau berkata dengan tempoh
masa yang semakin singkat menjelang pilihan raya umum ke-13, perkara itu
mesti menjadi keutamaan dalam setiap perbahasan yang dilakukan.
Beliau memohon agar dalam tempoh yang ada sekarang perbincangan dan perbahasan
peringkat cawangan mesti ditumpukan kepada cara macam mana kita nak
menang, macam mana cara peti undi yang kita jaga mampu memperoleh undi
jauh lebih baik daripada undi pada 2008. Jangan bincang soal lain, jangan bincang soal parit dan jabatan kerana
perkara-perkara ini memang selalu kita buat. Kalau kita minta pun kita
akan bagi nanti.
Itulah antara ucapan beliau ketika merasmikan majlis perasmian serentak Persidangan Tahunan Umno Cawangan-cawangan, Pergerakan Pemuda, Puteri dan Wanita Umno Bahagian Pagoh.
Oleh yang demikian, kita dicawangan haruslah peka dan mengambil saranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh pucuk pimpinan agar pilihanraya ini dapat kita hadapi dengan jayanya.
Kemenangan yang diharapkan memerlukan pengorbanan dan usaha yang gigih bukan hanya sekadar "melepaskan batuk ditangga".
Pada pengamatan saya, pertarungan pada pilihanraya kali ini sungguh sengit dan mencabar. Ini kerana hampir 53% daripada jumlah pengundi adalah pengundi dari golongan belia/anak muda berumur bawah 40 tahun yang saya gelarkan "Golongan Pengubah"
Idealogi golongan ini amat berbeza dan terlalu komplek untuk dihurai dan dinyatakan satu persatu. Tetapi sacara dasarnya, golongan ini tidak menunjukkan sokongan secara terbuka tetapi lebih menjurus kepada pendekatan "pandang dan lihat".
Itu yang mengusarkan saya apabila "golongan pengubah" ini hanya memandang dan melihat apa yang dilakukan oleh kita yakni UMNO dalam segala segi perbuatan/tindakan/pemikiran dan perlaksanaan. Semua ini akan dinilai oleh mereka sesama sendiri dan menterjemahkannya ketika hari pengundian nanti.
Golongan ini juga bukan mempunyai kepentingan berpolitik Mereka juga bukan gilakan pangkat atau kedudukan mahupun kuasa. Mereka juga bukan inginkan jawatan Ketua Bahagian mahupun sebagai Wakil Rakyat tetapi cukup sekadar keselesaan dalam kehidupan, ekonomi, kemakmuran dan keselamatan. Tetapi senjata utama mereka adalah ILMU dan RANGKAIAN MAKLUMAT.
Percayalah, "golongan pengubah" ini adalah sasaran utama kita (Umno) dalam usaha memperolehi undi mereka bagi pilihanraya yang akan datang ini.
Insya'allah dalam penulisan yang akan datang akan saya huraikan dengan lebih terperinci apa yang dipanggil "golongan pengubah" ini.
"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan "
MKT Gerakan 4B Malaysia
Wan Salwati Hj.Abdullah
Pegawai Khas
YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia
Exco Puteri UMNO Malaysia
Ketua Puteri UMNO Bah.SerembanMKT Gerakan 4B Malaysia
Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.
Untukmu Belia 46 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"
No comments:
Post a Comment