Wednesday 25 April 2012

MBNNS Terus Bergerak



Kenyataan Akhbar MBNNS

Majlis Belia Negeri. Negeri Sembilan (MBNNS) telah mengambil inisiatif untuk mempromosikan sempena sambutan Himpunan Jutaan Belia yang akan diadakan pada 15 Mei Hari Belia Negara 2012 nanti di Putrajaya. Ini adalah antara sebahagian program yang dirancang dan disusun atur oleh MBNNS dalam usaha mempromosikan Hari Belia Negara 2012 yang bertemakan “Kuasa Belia”  


MBNNS bersama dengan warga media Negeri Sembilan telah mengadakan pertandingan bowling tertutup yang diadakan di Seremban Parade pada 20hb.April 2012 yang lalu. Ia turut disertai oleh badan-badan gabungan MBNNS dan mendapat kerjasama daripada Majlis Sukan Negeri Sembilan (MSN), Sekretariat Belia Negeri Sembilan, Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) dan Telekom Malaysia Negeri Sembilan.



Majlis ini disempurnakan oleh YB Senator Dato Mohd Najeeb Abdullah yang merupakan Presiden, Persatuan Bowling Negeri Sembilan. Hadir sama Pn.Wan.Salwati Hj.Abdullah selaku Presiden Majlis Belia Negeri merangkap Pegawai Khas Kepada YB.Menteri Belia & Sukan Malaysia.








Program ini diadakan bertujuan mempromosikan Hari Belia Negara 2012 disamping mengeratkan hubungan diantara persatuan-persatuan belia dengan agensi kerajaan dan swasta yang terlibat.   Seiring dengan hasrat kerajaan pada setiap tahun Hari Belia Negara diadakan adalah bertujuan meraikan dan mengiktiraf belia-belia yang telah berjaya dan menyumbang bakti kepada negara. Dengan adanya Hari Belia Negara ini, peranan belia dalam pembangunan negara sentiasa mendapat perhatian kerajaan kerana belia hari ini merupakan jentera penggerak utama ke arah mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Dengan tenaga muda yang  menjadi populasi terbesar negara sekarang, jalinan hubungan rapat kerajaan dengan belia perlu dipertingkatkan seiring dengan program transformasi kerajaan, demikian kenyataan Kahar Kamarudin, Setiausaha Agung MBNNS yang pernah memenangi anugerah Tokoh Usahawan Belia Negara 2010.



Pertandingan bowling ini telah dimenangi oleh Kumpulan Kastel Telekom Malaysia, tempat kedua Majlis Belia Daerah Seremban dan tempat ketiga Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dan tempat keempat Majlis Belia Daerah Jelebu. Manakala individu lelaki dimenangi oleh Saudara Izuan bin Ahmad (Kastel TM), tempat kedua Noor Afizal (MBD Jelebu), dan tempat ketiga Rohaizat (MBD Seremban).Bagi kategori individu wanita pula dimenangi oleh saudari Jee (MBD Seremban), kedua Noor Zuliana Hannie (Kastel TM) dan tempat ketiga Raja Akmar (SAINS).


Disediakan oleh,
Kahar Kamarudin ANS
Setiausaha Agung MBNNS

s.k : 
Wan Salwati Hj. Abdullah
Presiden Majlis Belia Negeri
Negeri Sembilan. 


UNTUK BELIA 28 HARI LAGI!!!
 

 "KUASA BELIA"

No comments:

Post a Comment