Friday 27 April 2012

Bersih 3.0 : Kenyataan Akhbar MBNNS




KENYATAAN AKHBAR

MAJLIS BELIA NEGERI.
NEGERI SEMBILAN



  • Dengan penuh keinsafan dan tawaduk. Adalah dengan ini Majlis Belia Negeri, Negeri Sembilan (MBNNS) yang cintakan keamanan serta kesejahteraan rakyat serta sebahagian daripda rakyat negara Malaysia yang Merdeka, telah sebulat suara mengecam sekeras-kerasnya tindakan penganjur Himpunan Bersih 3.0 yang dirancang akan diadakan pada 28hb.April 2012 (Sabtu) Jam 2.00 petang di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

  • Majlis Belia Negeri, Negri Sembilan (MBNNS) yang ditunjangi golongan belia/anak muda dari pelbagai bangsa, agama dan kepercayaan tidak menyekat atau pun melarang mana-mana pihak yang ingin berbuat demikian. Ini kerana Malaysia adalah sebuah Negara Demonkrasi Berperlembagaan yang sudah pasti mempunyai saluran yang boleh digunapakai bagi menyatakan hasrat serta pandangan dan bukannya melalui demontrasi seperti ini.

  • Demontrasi yang ingin diadakan oleh pihak penganjur dengan sasaran seramai 500 ribu orang adalah sesuatu yang tidak sepatutnya. Ini kerana sudah pasti keadaan himpunan tidak dapat dikawal dengan sebaiknya.

  • Bagi MBNNS, Demontrasi hanyalah jalan terakhir jika kaedah penyelesaian menghadapi jalan buntu dan tidak dapat diperolehi oleh pihak terbabit.

  • Demontrasi ini juga sedikit sebanyak akan merosak sistem demokrasi yang ada di Malaysia kerana ianya bukan sebahagian daripada budaya politik Malaysia.

  • Kebimbangan MBNNS ada asasnya berdasarkan daripada himpunan yang lepas-lepas oleh pihak penganjur mahupun dari pihak pembangkang yang pasti akan berakhir dengan keganasan, kekacauan serta penangkapan.

  • MBNNS menyifatkan tindakan yang dilakukan oleh pihak penganjur lebih bersifat politik yang didalangi oleh pihak pembangkang iaitu Pakatan Rakyat. Sedikit sebanyak pasti akan :-

·        Menimbulkan Kekacauan

·        Ketegangan

·        Keganasan/kekacauan Antara Pihak Berkuasa

·        Ekspolitasi Golongan Wanita & Kanak-kanak

·  Menganggu gugat ketenteraman rakyat dan peniaga disekitar perhimpunan.

·        Menimbulkan suasana kegusaran dan panik.

·        Memberi Imej buruk kepada Negara Malaysia



  • MBNNS yang juga dipolopori oleh Belia serta Anak Muda tidak mengizinkan system demokrasi Malaysia tercemar dengan agenda penganjur mahupun pihak pembangkang dalam usaha mempergunakan/mempengaruhi dan menghasut rakyat, belia, anak muda, atau pun remaja untuk bersama-sama himpunan ini.

  • MBNNS mencadangkan agar pihak terbabit berbincang di meja bulat daripada melakukan perkara seperti ini yang pasti akan merugikan banyak pihak.



SARANAN MBNNS KEPADA BELIA/ANAK MUDA/ MAHASISWA DAN MASYARAKAT


  • Kepada Golongan Belia/Anak Muda, MBNNS ingin menyaran dan menegaskan, bahawasanya Himpunan Bersih 3.0 ini adalah mainan politik serta mempunyai agenda tersembunyi.

  • Adalah lebih baik kita sebagai golongan Belia/Anak Muda menghindarkan diri daripada menyertai atau terpengaruh dengan dakyah atau hasutan pihak tertentu untuk meraih sokongan serta simpati kita.

  • Seharusnya kita sedar, bahawa hari ini kuasa belia/anak muda adalah penentu porla serta lanskap politik tanah air. Oleh sebab itulah pihak tertentu mengharapkan penglibatan belia/anak muda agar turut serta dalam himpunan yang telah dirancang ini.

  • Kepada Mahasiswa pula, MBNNS menyeru agar jangan meletakkan persatuan mahasiswa atau diri anda sendiri untuk diperkudakan atau dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini. Tumpuan utama harus diberikan kepada pembelajaran agar kita mampu melakukan satu paradigma yang lebih bertamadun dengan kaedah yang lebih baik daripada melibatkan diri dengan himpunan seperti ini.


  • Kepada Masyarakat semua, MBNNS adalah sebuah badan NGO yang dianggotai oleh golongan belia/anak muda tanpa mengira bangsa, agama dan kepercayaan merayu dan memohon agar janganlah memusnahkan kesejahteraan dan ketenteraman yang kita perolehi pada hari ini. Jangan jadikan kami golongan muda sebagai batu loncatan sebagai menghalalkan cara memenuhi kehendak serta kemahuan pihak-pihak tertentu dalam merancanakan budaya politik seperti ini.

  • MBNNS juga merayu kepada seluruh masyarakat agar menghindarkan diri dari perhimpunan ini yang belum pasti perolehi jalan penyelesaiannya. 

  • Akhir sekali MBNNS menegaskan kepada semua, JANGAN LETAKKAN DIRI ANDA SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA SEJARAH YANG MEROSAKKAN KETENTERAMAN DAN KESEJAHTERAAN YANG ADA DI MALAYSIA. UNTUK MEMBINA SEBUAH TAMADUN BANGSA MEMERLUKAN BERIBU TAHUN LAMANYA TETAPI UNTUK MEMUSNAHKANNYA HANYA BOLEH SEKELIP MATA. 




MAJLIS BELIA NEGERI. NEGERI SEMBILAN
MENGECAM SEKERAS-KERASNYA
TINDAKAN PENGAJURAN
SERTA MEREKA YANG MENGHADIRI
HIMPUNAN BERSIH 3.0
Pada 28hb.April 2012
Sabtu 2.00 Petang
Di Dataran Merdeka. Kuala Lumpur.

“Transformasi Paradigma Belia Alaf Baru”

Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan





Wan Salwati Hj.Abdulah
Presiden Majlis Belia Negeri
Negeri Sembilan.




1 comment:

  1. Tahniah dan Syabas kpd MBNNS...suara anak muda yang cukup berani menyatakan pandangan serta nasihat yang berguna kepada seluruh generasi anak muda.

    Kepada Wan Salwati selaku Presiden Wanita Pertama bagi MBNNS, terus dan teruskan perjuangan untuk membela belia didalam MBNNS serta rakyat melalui Puteri. Insya'allah Allah akan memberi ganjaran sentimpal dengan apa yang kita laku dan korbankan.

    Tidak lupa juga kepada Timbalan serta AJK MBNNS yang cukup komited dalam menyuarakan suara anak muda serta perlaksanaan program yang selari dengan jiwa anak muda perlu diteruskan...Tahniah dan Syabas juga diberikan kepada Saudara Kahar Kamarudin SUA MBNNS yang juga antara nadi utama pengerak bersama AJKnya...Saya doakan agar MBNNS terus berjaya dan menjadi inspirasi kepada anak muda di Negeri Sembilan

    ReplyDelete