Tuesday 3 April 2012

KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI KE DUN LENGGENG (03hb.April 2012)



SEREMBAN


KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI UMNO
BAH. SEREMBAN KE DUN LENGGENG


Hari ini 03hb.April 2012 (Selasa) sekali lagi saya mengetuai Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban bersama ahli jawatankuasa serta ahli puteri membuat Kunjungan Ziarah Kasih Puteri (KZKP) ke Dun Lenggeng bagi menziarahi dan melawati 5 buah keluarga yang kurang bernasib baik serta memerlukan perhatian dari keperihatinan kita semua.

Seperti biasa, kehadiran rombongan kami disambut dengan penuh mesra dan mereka amat berbesar hati dengan kunjungan yang dibuat ini. Pergerakan Puteri UMNO Seremban juga menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada penerima-penerima yang dilawati di Dun Lenggeng.

Kepada mereka yang mempunyai maklumat tentang mereka yang susah/kecacatan dan yang menerima musibah, bolehlah emailkan ke : srikandimasyarakat@yahoo.com    

Sekali lagi, saya menyeru kepada mereka yang ingin turut sama menyertai ataupun menghulurkan Sumbangan/ Bantuan kepada mereka ini atau untuk siri-siri berikutnya bolehlah berhubung terus dengan urusetia di Bilik Gerakan Puteri UMNO Seremban di College Height, Sikamat. Seperti pepatah ini :-

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang".

SEKITAR KUNJUNGAN ZIARAH KASIH PUTERI KE DUN LENGGENG
 Ziarah Kasih Puteri tiba lagi di Dun Lenggeng...
Mak Cik Jihah Jali jatuh kaki patah dan telah dimasukkan besi.


Mak Cik Jihah menerima sumbangan tongkat untuk kegunaannya

Adik Nur Nabila bt. Mohd menerima kunjungan dan sumbangan dari Puteri UMNO Bhg.Sban, Orang Kelainan Upaya dan mengidap sawan

Mak Cik Sitiawa bt. Jalil mengidap kencing manis, darah tinggi dan baru saja menjalani pembedahan di peha akibat jatuh dari tangga. Mak Cik Sitiawa menerima sumbangan kerusi roda dan lampin pakai buang


 Turut menerima sumbangan Ziarah Kasih Puteri 
Mak Cik Baenah bt. Hussin, ibu tunggal yang menjaga 4 orang cucu. Ibu kepada cucu Mak Cik Baenah yang juga anak beliau telah meninggal dunia akibat barah payu dara


Penerima sumbangan terakhir hari ini Mak Cik Zaharah bt. Othman berusia 80thn mengidap barah usus
Saya bersama Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seremban mendoakan yang terbaik kepada mereka ini bagi melalui hari-hari mendatang. Insyallah Perjuangan UMNO/Barisan Nasional akan diteruskan untuk membela rakyat dan masyarakat.


Salam Perjuangan,

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 50 Hari Lagi !!!
"KUASA BELIA"


No comments:

Post a Comment