Wednesday 4 April 2012

RON97 NAIK 10 SEN / RON 95 KEKAL

SEREMBAN


MAKLUMAT HARGA BARU MINYAK PETROL.


  • Petrol RON97 naik 10 sen menjadi RM2.90 seliter (berkuat kuasa tengah malam tadi). 

  • Diesel kekal kepada RM1.80 seliter

  • Petrol RON95 kekal pada RM1.90 seliter 

Kenaikan harga bahan api adalah disebabkan oleh harga minyak di pasaran dunia naik baru-baru ini.

Saya penuh pasti dan percaya, pembangkang akan menggunakan dan memperbesarkan tentang kenaikan harga petrol ini sebagai senjata untuk menarik minat rakyat dan pengundi. 

Tidak keterlaluan untuk saya menyatakan bahawasanya pembangkang akan memberikan "penawaran palsu" kepada rakyat yakni dakyah, janji kosong, autar, kelentong dengan menjanjikan sesuatu yang tidak pasti iaitu jika mereka berjaya menawan Putrajaya harga minyak akan dikekalkan pada harga biasa.


Inilah kerja pempangkang yang cuba menafikan hakikat sebenar tentang kenaikan harga petrol ini adalah disebabkan peningkatan harga dipasaran dunia.


Kita sebagai rakyat Malaysia janganlah terus diperbodohkan dan dipergulakan dengan sedemikian rupa.

Salam perjuangan

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"



Wan Salwati Hj.Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah.Seremban / Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan
Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.



Untukmu Belia 49 Hari Lagi !!!


"KUASA BELIA"

No comments:

Post a Comment