Wednesday 21 March 2012

Hasrat PM

Hasrat Perdana Menteri

Datuk Seri Najib Tun Razak mengakui, adalah menjadi suatu tugas mencabar kepada kerajaan untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum akan datang berdasarkan keadaan semasa yang dilihat lebih kompleks.

Bagaimanapun, ujar Perdana Menteri, kerajaan akan berusaha keras dan tidak mahu membentuk kerajaan yang lemah di Parlimen jika terus mendapat mandat mentadbir negara nanti.

Kita akan kerja keras untuk dapatkan majoriti dua pertiga. Turun padang akan diteruskan. Tetapi, keadaan semasa memang mencabar.

Rakyat makin berpendidikan dan dengan limpahan teknologi baharu. Inilah cabaran masa kini.

Namun, jika kalau pilihan raya menghasilkan keputusan yang lemah, ia akan memberi kesan kepada negara.

*******************
PS mengakui kenyataan yang dinyatakan oleh Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO betapa getirnya pertarungan politik untuk memenangi hati rakyat dan pengundi kali ini. PS merasakan faktor utama yang mungkin boleh Melambat, Merencat dan Mengganggu kelancaran untuk memenangi hati rakyat adalah :-
  • Pertembungan Budaya Kerja
  • Pertembungan Idealisme Generasi Lama dan Baru
  • Pertembungan Kaedah Pendekatan   
Tetapi apa yang lebih penting, dalam merealisasikan hasrat Perdana Menteri ini, Titik Pertemuan, Persamaan dan Persefahaman antara ahli parti sesama sendiri adalah perlu bagi mengelakkan perpecahan atau perbalahan sesama sendiri.

Ianya perlu diberi perhatian sewajarnya kerana Pertembungan Budaya Kerja, Idealisme dan Kaedah Pendekatan amat berbeza dan mencabar berbanding 15-20 tahun dahulu kerana ianya melibatkan penggunaan teknologi maya yang maju seperti FB, Twitter, Blog, SMS, BBM dan sebagainya.

Jadi kita perlu mengakui, penggunaan kemudahan teknologi terkini ini dikuasai dan digemari oleh golongan Belia/Anak Muda. Maka, tidak mustahil pertembungan 3 perkara diatas "akan" atau "telah berlaku" sama ada di Cawangan, Bahagian, Negeri mahupun Pusat.

Apabila pertembungan ini berlaku, janganlah Pemimpin di Cawangan/Bahagian/Negeri/ atau pun Pusat menidakannya..sebagai pemimpin, kita perlu menerima kenyataan zaman telah berubah dengan limpahan kemajuan teknologi. Teknologi ini akan sentiasa datang dan terus dipertingkatkan mengikut peredaran masa.

Untuk Anak Muda, bantu dan berikanlah terbaik sama ada Kepakaran, Idea, Cadangan ataupun Pandangan kepada pimpinan di Cawangan/Bahagian, Negeri dan Pusat agar "UMNO tidak lapuk di telan zaman"

Salam Perjuangan

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah. Seremban /Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakkan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan & Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.

 

1 comment:

  1. "Suara BELIA/ANAK MUDA bersatu,tidak dapat dikalahkan"persoalannya,siapa yang menyatukannya untuk menyokong kerajaan masa ini dan dimana mereka ketika kerajaan memerlukannya.

    ReplyDelete