Wednesday 21 March 2012

Budaya Politik Yang Perlu Dibuang.

Budaya Politik yang perlu dibuang daripada UMNO. 

Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menasihatkan veteran UMNO menggunakan saluran betul mengkritik parti daripada membuatnya secara terbuka demi menjaga imej parti itu.

Beliau diminta mengulas tindakan segelintir vateran UMNO yang dilihat lantang mengkritik parti secara terbuka.

Sikap buruk seperti perang mulut dan saling menunding jari antara satu sama lain dalam UMNO perlu dielakkan kerana boleh menyusah dan menimbulkan perbalahan sesama anggota seterusnya memberi gambaran buruk kepada rakyat.

Kalau ada pandangan beritahu kepada pemimpin UMNO dalam majlis parti atau bawa kepada jawatankuasa parti sama ada di peringkat bahagian atau cawangan atau tulis surat kepada Majlis Tertinggi.

Jangan menghina dan mengkritik parti kita (UMNO) kerana kita mahu UMNO menang dalam pilihan raya akan datang. Kalau ahli sendiri memburukkan parti ia boleh merosakkan imej UMNO.

Pimpinan UMNO boleh bertemu dan berbincang dengan golongan veteran parti bagi mendengar sendiri masalah dan pandangan golongan tersebut terhadap parti. Tidak salah kalau pemimpin UMNO juga turun padang dan mendengar sendiri pendapat golongan veteran ini kerana kadangkala pandangan mereka boleh digunakan oleh parti.

PS: Inilah Ragam/Penyakit/Masalah ataupun Budaya Politik berfikiran Kalut, Kuno dan Cepat Melatah yang masih ada pada segelintir ahli dan juga pemimpin UMNO ketika ini. PS pernah menyuarakan tentang budaya politik seperti ini semasa Persidangan Agung Umno yang lalu, betapa buruk dan memberi kesan yang negetif kepada rakyat apabila melihat suasana politik didalam UMNO itu sendiri.

Budaya Politik ini perlu dihakis dan dibuang terus daripada UMNO. Sifat "Keterbukaan" yang tidak dibuat-buat perlu ditonjolkan kepada umum bahawasanya UMNO sebuah parti yang relevan dan menerima semua pandangan serta teguran untuk kebaikan semua.

Belia/Anak Muda pasti bersetuju dengan kenyataan PS ini, bahawasanya kami sebagai pewaris kepada parti UMNO yang telah banyak berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara tidak mahu UMNO hanya gah pada Lambang semata-mata sedangkan UMNO rapuh kerana didalamnya penuh dengan perbalahan, sikap berpuak-puak dan sabotaj sesama sendiri demi kepentingan peribadi atau kelompok tertentu sehingga sanggup membelakangkan kepentingan parti UMNO itu sendiri.

"Sedarlah wahai orang UMNO, tingkah laku kita, cara kita dan kepimpinan kita sedang diperhatikan oleh rakyat. Janganlah disebabkan kita, UMNO pula hilang kuasa yang ada".


Salam Perjuangan Paradigma Srikandi.

"Suara Belia/Anak Muda Bersatu, Tidak Dapat Dikalahkan"

Wan Salwati Hj Abdullah
Ketua Puteri UMNO Bah. Seremban /Exco Puteri UMNO Malaysia
MKT Gerakkan 4B Malaysia / Presiden Majlis Belia Negeri N.Sembilan & Ahli Lembaga Penasihat IKRAR Malaysia.


No comments:

Post a Comment